SIRI PREMIUM PALING DINANTIKAN, ‘ONE CENT THIEF’ KEMBALI DENGAN PERTARUHAN BESAR & PENDEDAHAN MENGEJUTKAN

Thursday, 23 January 2025

SIRI PREMIUM PALING DINANTIKAN, ‘ONE CENT THIEF’ KEMBALI DENGAN PERTARUHAN BESAR & PENDEDAHAN MENGEJUTKAN | Musim Kedua Fokus Isu Perbankan Digital & Penggubahan Wang Haram

Setelah menjadi bualan hangat dalam kalangan penggiat seni tempatan dan juga para penonton atas kejayaan cemerlang pada tahun 2022, Astro sekali lagi melangkau selangkah kehadapan dalam industri hiburan Malaysia menerusi siri premium Astro Originals dengan membawakan ‘One Cent Thief’ musim kedua. Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah dan Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa. Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

‘One Cent Thief’ musim kedua membawakan topik lebih berat buat para penonton, memaparkan isu moral manusia yang sentiasa dahagakan kedudukan dan kuasa, sanggup menggunakan apa saja cara untuk memperolehnya demi kepentingan peribadi. Selain itu isu konflik dalaman keluarga, intergriti dalam pekerjaan, permainan politik kotor dan salah guna kuasa dengan memanipulasi undang-undang bagi kepentingan peribadi adalah antara tarikan yang menjadi tunjang kekuatan untuk naskah ini.

Siri 8 episod ini menyambung perjuangan Iman Shah pencuri dengan gelaran ‘One Cent Thief’ untuk menjatuhkan Ibu Zara, kartel dadah yang kini lebih berkuasa dan ditakuti semua pihak apabila berjaya mendapatkan kedudukan kukuh dalam dunia politik. Dengan bantuan Chen, ketua kepada kumpulan penggodam paling digeruni, Digital Karma, mereka telah merancang satu misi besar untuk merompak kesemua wang haram milik Ibu Zara dan mengedarkan kesemua wang tersebut kepada orang ramai. Ibu Zara yang kini semakin kebal setelah mempunyai jawatan dalam bidang politik, mula bermain dengan undang-undang atas perbicaraan terhadap dirinya melibatkan salah laku penggubahan wang haram, menyukarkan Intan yang kini sedang dalam usaha untuk mendakwanya melalui sistem perundangan yang sah.

Siri Premium Astro Originals ‘One Cent Thief’ musim kedua turut menyaksikan kolaborasi penuh dinamik jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Gooday Charge telah menjadi rakan kerjasama strategik Astro Shaw untuk sepanjang tahun 2025, dan usaha kerjasama strategik dalam industri ini bertujuan memberikan pengalaman menyeronokkan dan meningkatkan lagi keterujaan peminat untuk terus menonton siri hebat ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuat video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.

‘One Cent Thief’ musim kedua adalah hasil sentuhan premium Ariff Zulkarnain dan juga Alfie  Palermo, show runner dan pengarah asal bagi siri original One Cent Thief. Siri saspens penuh mendebarkan ini dibintangi oleh Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Husin (Abah), Fabian Loo (Chen), Sofia Jane (Ibu Zara), Trisha Ooi (Diyana), Syarul Izani (Dzia) dan juga Shashi Taran (Kapten Chandran).

Penerbit Eksekutif ‘One Cent Thief’ musim kedua juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad, “Kejayaan luar biasa musim pertama One Cent Thief telah memberi kami inspirasi untuk terus mengembangkan naratifnya dengan menampilkan Musim 2. Siri ini bukan sahaja mendapat sambutan hebat di Malaysia, tetapi juga meraih pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi anugerah berprestij dan mencipta fenomena di peringkat global, termasuk di Netflix, di mana ia mendominasi senarai Top 10 di Malaysia, Singapura, dan Filipina.

Menerusi musim kedua, kami meneroka jalan cerita dengan lebih mendalam mengenai dunia penggodaman, perbankan digital dan pengubahan wang haram berskala besar. Kali ini, Ia tidak lagi hanya tentang tindakan individu, tetapi melibatkan organisasi besar yang memanipulasi sistem global. Melalui kisah yang mendebarkan dan plot twist di luar jangkaan, kami turut mengetengahkan isu-isu seperti kebocoran data, keganasan siber, dan aktiviti kewangan gelap, yang relevan dengan penonton masa kini. Kami berharap One Cent Thief 2 bukan sahaja dapat mencapai jangkaan penonton, tetapi juga mencetuskan kesedaran tentang kepentingan keselamatan data dalam dunia yang semakin membimbangkan.”

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran di Etika Holdings Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan rasa terujanya, “Di Etika, kami percaya dalam membina hubungan bermakna antara jenama kami dan komuniti. Jalan cerita One Cent Thief tentang ketabahan dan keazaman diri mencerminkan nilai-nilai yang dibawa oleh Goodday Charge. Kerjasama ini melangkaui sekadar penempatan produk, di mana ia adalah tentang menjadi sebahagian daripada sebuah cerita yang menginspirasi tindakan dan perubahan.

Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘One Cent Thief’ musim kedua akan mula bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakalam jam 9 malam di Astro Cita (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka. Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X menerusi tanda pagar #OneCentThief2 dan #AstroOriginals.

Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.