Muzium Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Monday, 13 January 2025

Kalau tak naik bas Hop On Hop Off, tak mungkin lah tahu kewujudan Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Conlay. Kompleks Kraf adalah salah satu destinasi dalam City Route so kitorang hop off dekat sini untuk makan tengahari dan solat Zohor. 

Sebelum buat dua aktiviti tu, kitorang masuk ke muzium kraf dulu untuk tengok seni yang disimpan dalam arkib. 


Dari pintu masuk lagi dah nampak seni ukiran untuk seni bina Kompleks Kraf. Dekat dalam ada banyak tempat yang berbeza. Ada ruang galeri, kedai cenderamata, surau, medan selera dan banyak lagi. I tak rasa pun kitorang boleh habis tengok dalam tempoh masa yang pendek sebelum naik bas seterusnya. 

Lahhh tak perasan diri sendiri masuk dalam gambar



Dekat lobi pun dah ada banyak pameran kraf tempatan macam tembikar, labu sayung, kraf anyaman, perabot dan banyak lagi lah. Cantik sangat tapi kalau poket kempis macam kitorang boleh cuci mata je lah. 


Jalan ke hadapan sikit akan berjumpa dengan Muzium Kraf dan masuk adalah percuma. Dekat sini ada maklumat tentang seni kraf negara dari zaman dahulu sampailah sekarang. 

Muzium Kraf menyalurkan maklumat dalam peradaban seni kraf melalui pameran artifak-artifak lama di samping memaparkan perkembangan teknologi dalam menghasilkan produk kraf serta proses pembuatannya. Pameran yang berkonsepkan diorama merupakan inisiatif pemuliharaan, pendokumentasian dan disampaikan sebagai unsur pengetahuan kepada generasi kini. Pengunjung berpeluang mengenali kraf tempatan melalui keunikan produk, paparan motif, garapan bahan dan proses pembuatan serta fungsi produk itu sendiri. Mengenali muzium sebagai sumber pendidikan membuka minda pengunjung dalam menghayati dan mempelajari sejarah sesuatu peradaban.


Masuk je dah boleh nampak ruang koleksi tenunan dan sulaman yang digunakan di beberapa negeri macam Kedah, Johor, Pahang dan Kepulauan Borneo. Setiap corak tenunan ada maknanya tersendiri tapi I tengok sepintas lalu je masa pergi sana sebab kalau beria belek satu kain, mahu sampai ke Maghrib tak balik lagi. 




Seronok tengok koleksi alat tenun benang zaman dulu. Contoh benang yang tukang tenun guna pun ada disimpan dekat sini. Ada banyak juga jenis benang macam benang dari kapas atau sutera. Tak pasti lah boleh pegang ke tak benang atau fabrik dekat sini sebab tak berani nak sentuh. Kuku dah lah keras, kalau tertetas benang tak memasal rosak karya orang. Macam selendang songket ni dah wujud masa I umur 4 tahun. 


Selendang songket limar ini dihasilkan daripada benang sutera, benang hias berwarna emas dan perak dengan menggunakan teknik ikat pakan. Reka corak selendang ini diinspirasikan daripada olahan motif merpati sekawan, bunga bintang (bunga pecah lapan) dan pucuk rebung lawi ayam. - Zainab @ Ngah binti Mamat, Tokoh Kraf Negara (Tenunan Songket) 1995





Rasanya garmen ni mahal sebab selendang merah tu Selayah Keringkam. Kain selayah keringkam dihasilkan daripada kain kasa rubia dan kepingan tipis logam emas. Dekat selendang pendek macam tu dah ada emas, belum lagi set perhiasan yang dipakai macam dokoh dengan gelang tangan. Dekat hujung kain pun ada gelang kaki. 

Selaluya selayah keringkam ni digunakan dalam majlis kahwin, perayaan ataupun majlis keramaian. So far, tak pernah jumpa lagi orang pakai Selayah Keringkam ni sebab pakaian ni ada di Sarawak. 





Kain baraguru ini dihasilkan daripada benang kapas dengan menggunakan teknik tenunan tradisional. Reka corak kain ini diinspirasikan daripada gabungan olahan motif kunyit dan bahtek.


Dekat bahagian hujung ada koleksi Tenunan Pua. Ada tenunan dari benang kapas dan benang sutera tapi kebanyakannya guna benang kapas dengan pelbagai motif corak. 


Koleksi Kain Dastar yang digunakan masyarakat Sabah pun ada dekat sini. Kalau tak datang sini, memang tak tahu beza kain sampin songket dengan kain dastar. Kalau kain tenunan pua tu selalu juga nampak. 


Masuk pula ke koleksi Tenunan Pahang yang lebih ringkas coraknya. Dalam gambar tu samping tenun Pahang yang dihasilkan dengan benang sutera, benang hias berwarna emas dan perak dengan ikat corak cindai. Sama juga dengan selendang tenun Pahang di sebelah tu, dihasilkan dari benang sutera, benang hias berwarna emas dan perak menggunakan teknologi ikat corak cindai. Kedua-dua kain menggunakan motif bunga cengkih, bidai emas dan potong wajik. 

Kreatif betul orang dulu sampai boleh terinspirasi dengan potongan kuah wajik yang menegak tu. Kenapa kuih wajik eh? Sebab jarang nak jumpa ke masa tu?


Punya lah lama I spend time tengok semua kain tenunan dan sulaman dekat Muzium Kraf ni sampai tak perasan family dah seronok main permainan tradisional dekat tepi muzium. Dulu masa kecil main congkak kayu tapi dekat Muzium Kraf ni ada congkak rotan. 





Dah puas main dekat sini, kitorang naik ke tingkat atas pulak. Di bahagian kiri dan kanan ada koleksi batik





Dongak ke atas boleh nampak koleksi wau yang cantik-cantik belaka. Ada banyak bentuk wau dekat Muzium Kraf ni. Ada wau jalabudi, wau bulan dengan wau kucing. Kalau ada jenis lain tu I tak kenal lah bentuknya sebab tak familiar. Dekat Lembah Klang ni bukannya ada sangat orang main wau. Dekat Taman Layang-Layang Kepong tu layang-layang bukannya wau. 


Dekat bahagian atas ni ada banyak barang perkakas rumah ataupun perhiasan. Dekat atas ni semua item atau perhiasan ada tag nama tukang yang menghasilkan. 





























Cantik sangat bekas bunga zaman dulu, sekarang kita letak dalam bekas kayu untuk nampak aesthetic padahal bekas zaman dulu lagi berat seni dia. 


Sama jugak dengan bekas ais batu ni. Setiap sisi ada ukiran yang sarat tapi kalau dijual dekat luar mahu menangis tengok harga dia. Dulu dekat kampung ada bekas air basuh tangan itupun dah cantik dah. Yang tu je lah yang ada lagi, yang lain entah hilang ke mana dah. Ada seterika zaman lama jugak tapi buat hiasan je lah sebab berat nak guna. Kena letak arang dekat dalam seterika baru boleh bergerak. 



Kitorang beria lah plan nak makan tengahari dekat sini tup tup restoran dia tutup. Makanya solat Zohor je lah sementara nak naik bas balik lepastu makan. Nasib ada kedai runcit buka masa tu. Kitorang beli roti dengan air mineral buat alas perut dulu. 


Surau dia dekat bawah, luas lah jugak tapi tak masuk dalam so tak tahu macam mana. Sebab bosan tunggu my mom habis solat, I pergi jalan-jalan kejap dekat Kompleks Kraf. Lain bangunan lain dia punya kraf macam kraf batik, seni cerap dan lain-lain. Ada Kedai Karyaneka Cenderamata untuk beli cenderamat sebagai hadiah. Kedai Karyaneka Korporat ada cenderamata dari logam perak, tembaga, piuter, kayu dan kristal. 

















Lama jugak lah tunggu dekat sini sampai boleh ambik gambar banyak gila sementara tunggu habis solat. Jangan tanya macam mana buat gif ni sebab Google Photos yang create. Dekat tempat kitorang ambil gambar ni ada bengkel seni batik tapi malas nak join masa tu sebab tak plan untuk stay lama pun. Masa tunggu bas baru tahu yang Kompleks Kraf Kuala Lumpur ni dekat dengan MRT Conlay so lepas ni kalau nak datang sini boleh naik MRT laluan Putrajaya. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.