Pengarah: Zulkarnain Azhar
Penulis Skrip: Zulkarnain Azhar, Peter Toyat
Pelakon: Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi
Syarikat Produksi: Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, SixFun Media
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Aksi
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2024
Trailer:
Naskhah Takluk: Lahad Datu diinspirasikan dari insiden sebenar yang berlaku ketika Ops Daulat pada Februari 2013 di Sabah, Malaysia. Kumpulan pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah sebab ingin membalas dendam juga menuntut tanah yang kononnya milik mereka. Jenayah dari pihak pengganas bukan sesuatu yang baru terhadap pihak polis Bukit Jugar juga Bukit Aman sebab kumpulan pengganas ni dah wujud sejak tahun 1950 lagi. Yang buatkan operasi ni rumit bila Raja Iskandar (Eman Manan) mempunyai ilmu hitam dan para pengikut yang ganas.
Sebagaimana yang diceritakan dalam filem arahan Zulkarnain Azhar, pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) cuba membuat rundingan beberapa kali bersama ketua Gerakan Militan Nusantara (GMN) sebelum Vat 69 serang pengganas untuk menyelamatkan orang awam.
Dalam filem Takluk: Lahad Datu ada banyak pihak antaranya Gerakan Militan Nusantara (GMN) yang diketuai oleh Raja Iskandar bersama orang kanannya Raja Imran (Nasir Jani) sebagai antagonis manakala Vat 69 mempunyai Team Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo.
Watak Inspektor Saiful Zaini (Fikry Ibrahim) Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar mengetuai pasukan polis tempatan bersama konflik dan drama yang dibawa masuk oleh ibunya, Zainab (Azizah Mahzan). Dato' Mizan (Riezman Khuzaimi), Timbalan Pengarah KDNKA dan SAC Kamal (Josiah Hogan) dari Cawangan Khas ditugaskan membuat rundingan bersama pengganas. Selain itu, beberapa watak dimasukkan untuk berada di markas dan pejabat Bukit Aman.
Kalau ikutkan memang banyak watak yang dimasukkan untuk memenuhi semua babak yang terbabit dalam filem Takluk: Lahad Datu. Setiap babak yang dimasukkan agak penting untuk menceritakan tempoh kecemasan di daerah tersebut walaupun ada beberapa sub-plot untuk kuatkan elemen drama since filem ni juga bertindak sebagai menghargai pengorbanan dan jasa pihak polis yang terlibat. Jadi babak aksi memang dah dijaga oleh pihak PDRM sendiri malah ada beberapa anggota polis sebenar yang join berlakon sebagai anggota VAT 69.
Boleh kata perjalanan filem Takluk: Lahad Datu sama macam naskhah operasi yang lain, masih menggunakan format yang sama di mana perlu adanya aksi dan drama untuk hook emosi penonton. Personally, for me tak perlu pun sub-plot keluarga sebab tak memberi impak pun. Tak kisah lah apa pun latar belakang watak tu, bila dia berbakti kepada negara, emosi yang dia bawa tu sendiri dah cukup kuat dah.
Bila penulis masukkan watak Zainab, kita dah boleh nampak hala tuju filem ni ke mana, sama juga dengan keluarga DSP Maznan (Anding Indrawani). Kejutan dan emosi tu dah hilang. Second half is better than the first half sebab dua pihak dah bertindak. Apa yang Inspektor Saiful nampak dekat bawah jambatan tu dah cukup ngeri dan menyayat hati. Emosi dekat babak tu lagi kuat dari emosi keluarga. It’s not a bad thing cumanya kalau tak ada pasal keluarga pun tak apa.
Babak untuk VAT 69 bertempur dengan GMN boleh dikembangkan lagi sebab genre utama filem ni aksi. Kalau betul nak masukkan emosi yang kuat, patutnya ada babak dari penduduk Batu Jugar sendiri. Ada la pengarah dan penulis masukkan tapi sepintas lalu sahaja supaya nampak kegiatan pihak polis semasa operasi.
Sinematografi dari Tan Teck Zee antara kekuatan filem Takluk: Lahad Datu dengan drone shot untuk menggambarkan suasana dalam beberapa babak, close-up shot ketika pertempuran VAT 69 dan GMN. Visual mengukuhkan lagi emosi penceritaan dan ketegangan filem. Tan dah pernah bekerjasama dengan pengarah Zulkarnain Azhar dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022), jadi tak hairan lah kalau dia berjaya paparkan visi pengarah dengan bagus.
Sama macam orang lain kenapa production team tak masukkan pelakon dari Pulau Borneo kalau latar tempat adalah Lahad Datu. Watak Inspektor Saiful patutnya polis tempatan tapi baik dia ataupun ibu dia, kedua-duanya dilakonkan oleh pelakon Semenanjung. Faham lah tentang restriction penggunaan fakta sebenar tapi kalau dah tajuk filem guna latar tempat asal, kenapa details berbeza pula? Unless penulis bagitahu yang satu family posting ke situ ikut mendiang ayah tapi skrip pun tak dikembangkan sangat.
Dalam filem ni dah diberitahu di awal filem tentang ilmu hitam yang digunakan oleh GMN tapi sampai ke hujung filem, tak ada apa yang istimewa pun tentang keunikan pihak musuh. Kena tembak dengan peluru juga sudahnya. Babak rundingan pun terlihat biasa walaupun kita tahu rundingan antara babak genting dari pihak protagonis dalam filem Takluk: Lahad Datu.
Percubaan untuk menggambarkan keadaan serangan pengganas di Lahad Datu adalah sesuatu yang bagus sebab ramai yang tak tahu tentang situasi keamanan negara tambahan pula untuk generasi baru. Mungkin filem ni tak berjaya capai expectation ramai tapi kalau tak buat, tak tahu akan ke mana. Filem ni dah masuk Netflix so give it a try sebelum sekuel muncul nanti.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.