Director: Rohit Shetty
Writers: Yunus Sajawal, Abhijeet Khuman, Kshitij Patwardhan, Sandeep Saket, Anusha Nandakumar, Rohit Shetty, Milap Zaveri, Shantanu Srivastava, Vidhi Ghodgaonkar
Cast: Ajay Devgn, Akshay Kumar, Ranveer Singh, Tiger Shroff, Kareena Kapoor Khan, Deepika Padukone, Arjun Kapoor, Jackie Shroff, Salman Khan
Production Companies: Reliance Entertainment, Jio Studios, Rohit Shetty Picturez, Devgn Films, Cinergy
Distributors: PVR Inox Pictures, Amazon Prime Studio
Genre: Action
Running Time: 144 minutes
Release Date: 01 November 2024
Trailer:
DCP Bajirao Singham (Ajay Devgn) berjaya menangkap Omar Hafiz (Jackie Shroff) di Kashmir lalu memaklumkan Menteri Dalam Negeri (Ravi Kishan) tentang sindiket dadah yang beroperasi di Sri Lanka. Sindiket tersebut dikendalikan oleh Danger Lanka (Arjun Kapoor) yang kejam dan ganas. Keuntungan yang dihasilkan dari dadah akan digunakan untuk terrorist attack di India.
Lady Singham, Shakti Shetty (Deepika Padukone) diarahkan untuk menangkap tiga orang pembantu Danger Lanka di Madurai. Singham kemudiannya pulang ke Mumbai untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum anak bujangnya pergi ke London untuk sambung pelajaran.
Projek Ramleela yang dikendalikan oleh Avni (Kareena Kapoor Khan) dilanda masalah apabila beberapa footage yang akan digunakan dalam majlis lelongan telah terhapus. Dalam masa yang singkat Avni perlu pergi ke Rameshwaram untuk mendapatkan beberapa gambar dan video untuk programnya. Dia ditemani oleh Daya (Dayanand Shetty), pembantu Singham.
Di sana, Avni telah diculik oleh Danger Lanka. Satya (Tiger Shroff) cuba menyelamatkan Avni namun gagal apabila ashram milik keluarganya dibakar dan ibunya hampir diserang oleh konco-konco Danger Lanka. Singham bersama Satya bekerjasama memburu Avni sementara menunggu bantuan dari Simmba (Ranveer Kapoor) dan Lady Singham.
Dalam review Sooryavanshi (2021) tertanya-tanya sama ada watak Sooryavanshi (Akshay Kumar) akan join Singham tangkap Omar Hafeez di Kashmir tak. Dalam filem Singham Again arahan Rohit Shetty ni dah dapat jawapan iaitu tidak. Tapi tak bermaksud watak tersebut tak muncul dalam instalment kelima Shetty Cop Universe sebab Danger Lanka minta Simmba dan Sooryavanshi untuk datang sekali bila kedua-dua watak ni bunuh ayah dan pak cik dia.
Meriah filem Singham Again dengan kehadiran beberapa watak baru dalam Cop Universe macam Shakti Shetty dan Satya yang menganggap DCP Singham sebagai idola. Mungkin akan ada spin-off macam Simmba (2018) dan Sooryavanshi juga nanti sebab watak Satya dapat banyak screentime dan slo-mo setiap kali beraksi. Watak DCP Kabir Malik (Sid Malhotra) dari series Indian Police Force (2023) je tak muncul lagi walaupun dari universe yang sama.
Okay enough with the universe, back to the review. Penceritaan Singham Again menggunakan sejarah Dewa Hanuman, Lakshman dan watak lain yang membantu Ram menyelamatkan Sita dari cengkaman Ravan. Kalau yang tak familiar pun boleh faham dengan kisah lagenda Ramayana. Walaupun penceritaan Singham bersilih ganti dengan sub-plot Ram-Sita-Ravan tapi mudah sangat nak faham.
Penggunaan flashback juga memudahkan audience untuk faham memandangkan Cop Universe dah ada banyak filem jadi tak mustahil audience atau fans akan lupa reference yang digunakan dalam filem Singham Again macam babak Avni cakap terima kasih dekat Sooryavanshi. Baru dia faham kenapa Ria (Katrina Kaif), isteri dia buat macam tu sebelum ni.
Sambil cerita bergerak, sambil penulis ceritakan beberapa tempat yang dianggap suci oleh masyarakat India macam kuil yang menjadi tempat persinggahan Dewa Hanuman sampai meninggalkan bekas tapak kaki. Watak Danger Lanka personate Ravan dengan baik sebab sama macam antagonis tersebut, dia tak terlibat dalam bisnes haram keluarga tapi dia cuma mahu balas dendam. Sama macam motif Ravan menculik Sita.
Ajay Devgn sebagai Singham tak perlu banyak dialog pun sebab memang itu trademark dia sebagai watak utama dalam franchise Singham. Cuma nampak lemah lah jalan cerita bila watak Singham hanya muncul selepas pengarah bagi laluan kepada watak yang lain. Kenapa Lady Singham tak muncul bila anak buah dia diserang pun tak diceritakan. Bila masuk babak sedih, tak rasa kesian dekat Shakti pun sebab dia nampak tak bertanggungjawab dan berlagak. Dah tahu ada penjenayah berbahaya, kenapa tak kuatkan kawalan keselamatan sampai 15 orang pegawai polis terkorban.
Surprisingly, kemunculan Simmba menjadi rencah komedi dalam Singham Again pada second half. Dialog dan expression dia perfect untuk babak komedi. Berdekah masa dia panggil Singham dekat port. Tiger Shroff carry first half dengan stunts choreography yang menarik dan menyerlah di babak klimaks. Tak sangka langsung dia tak tenggelam dalam barisan pelakon yang lebih senior. My heart melts whenever he’s onscreen!
Arjun Kapoor tak sia-siakan peluang sebagai Danger Lanka dalam kesemua babak dia. Tak kira lah dengan watak mana pun dia berdepan, Arjun tetap cemerlang dalam avatar Ravan. Mungkin dia tak banyak stunts tapi menggerunkan lah bila dia serang balai polis Madurai. Tak ada belas langsung. Kiranya Danger Lanka ni antara villain yang paling kuat lah dalam Cop Universe sebab habis semua watak polis bergabung tenaga dengan Singham untuk kalahkan dia. Tak sama langsung vibe Arjun-Ranveer dalam Singham Again dengan vibe diorang dalam Gunday (2014) yang lebih chill dan kelakar.
Sembang pasal sinematografi Singham Again, ada banyak babak yang menggunakan CGI tapi tak lah secantik Sooryavanshi (2021) yang menggunakan khidmat Jomon T. John. Duo Girish Kant dan Raza Hussain Mehta gagal menghidupkan visi Rohit Shetty dalam babak klimaks. Nampak lah idea Rohit tu tapi sayang lah tak menjadi. Kalau dia guna khidmat yang lebih berpengalaman mungkin menjadi bualan lah. Dekat first half nampak cantik even babak Satya bertarung pertahankan Avni dan ashram pun memukau dengan percikan api dari pisau dia. Sama juga dengan babak Danger Lanka culik Avni tapi bila masuk second half dah hilang dah vibe dekat first half. Signature Rohit shetty yang banyak guna explosion atau car stunt pun tak syok.
Pertama kali lah instalment Cop Universe tak ada langsung lagu sebab sebelum ni Rohit Shetty spend duit dekat music department untuk tarik crowd. Mungkin semua bajet dah habis dekat pelakon A-list kot. Ada lagu tema untuk setiap watak je dalam filem ni. Sayanglah sebab besar mana pun franchise, wajib juga letak at least dua lagu macam YRF Spy Universe. Repeat beat yang sama pun audience tak kisah.
Anyway, Singham Again is a good movie to watch on weekend with family. Dalam filem ni nampak cantik chemistry Tiger Shroff dengan Akshay Kumar walaupun sekejap. Sayang betul bakat diorang tersia dalam filem Bade Miyan Chhote Miyan (2024). Nasib baik lah boleh berjumpa balik dalam Cop Universe untuk cipta kenangan baru. Kalau tak ada aral melintang lah.
p/s: Special surprise dekat credit scene.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 6.2/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.