Director: Dheeraj Sarna
Writers: Arjun Bhandegaonkar, Avinash Singh Tomar, Vipin Agnihotri, Dheeraj Sarna (Dialogues)
Cast: Vikrant Massey, Raashii Khanna, Riddhi Dogra
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Drama
Running Time: 123 minutes
Release Date:
Trailer:
Walaupun mendapat ancaman dari beberapa pihak, filem The Sabarmati Report berjaya diterbitkan walaupun diboikot semasa tayangannya. Filem yang menceritakan fakta dari kes kebakaran Sabarmati Express, sebuah keretapi yang membawa penumpang dari Ahmedabad mengorbankan 59 orang mangsa yang dikenalpasti dan sampai kini masih belum diketahui identitinya.
Naskhah The Sabarmati Report bermula dengan babak dalam kamar mahkamah di mana pihak plaintif, EBT News menuduh Samar Kumar (Vikrant Massey) memburukkan imej news channel dengan menipu dan mereka cerita. Defendan pertahankan diri di hadapan Hakim lalu menceritakan semula apa yang terjadi di Godhra pada 07 Februari 2002.
Walaupun keretapi Sabarmati Express mempunyai 22 unit gerabak namun hanya dua gerabak yang terbakar rentung hingga 59 orang terkorban dijilat api marak iaitu S-6 dan S-7. Gerabak selebihnya dibenarkan bergerak oleh polis yang mengawal keadaan di situ. Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kepada Samar dan juga news anchor, Manika Rajpurohit (Riddhi Dogra).
Manika minta Samar rakam klip untuk dihantar ke EBT News kerana dia perlu pergi ke daerah lain. Terkesima dengan tindakan Manika yang cuba menyalahkan Kerajaan kerana tidak mengawal jumlah penumpang dalam keretapi tersebut, Samar soal siasat semua mangsa yang terselamat di hospital. Bila pulang ke Mumbai, Ketua EBT News, Rajeev (Digvijay Purohit) minta Samar hanya diamkan perkara tersebut dan ikut arahan senior.
Sebaliknya Samar mengamuk lalu diberhentikan kerja. 5 tahun kemudian, Amrita Gill (Raashii Khanna) berjumpa dengan Samar untuk bantu dia sediakan laporan tentang kejadian negri Sabarmati Express. Kalau ingin tahu kebenaran tentang tragedi tersebut, Samar minta Amrita berhenti idolakan Manika kerana dia tak akan keluar dari kekeliruan untuk berpihak antara Manika atau kebenaran.
Bila dah tengok full movie The Sabarmati Express, boleh faham lah kenapa Vikrant Massey bagitahu dia dapat threat calls dari beberapa pihak untuk tidak berlakon dalam filem tersebut. Selain The Sabarmati Report yang diterbitkan oleh Balaji Motion Pictures dan Vikir Films Production Vipin Agnihotri Films, filem Accident or Conspiracy: Godhra (2024) juga diterbitkan menceritakan perkara yang sama selepas laporan dari Nanavati-Mehta Commission diterbitkan.
Filem The Sabarmati Reports tidak berpihak kepada mana-mana agama yang terlibat dalam rusuhan tersebut sebaliknya cuma menceritakan fakta asal yang terjadi. Kalau tak ada orang macam Samar Kumar, Amrita Gill atau Mehrunisa (Nazneen Patni) rasanya sampai bila-bila fakta tentang insiden ni akan didiamkan.
Tapi macam yang Samar cakap lah kalau dia berusaha bawa kes ni 5 tahun kemudiannya ke mahkamah, mungkin 5 tahun lagi ada suara lain yang akan bawa kebenaran ke platform lain. Makan masa 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun, kebenaran tetap akan muncul supaya keadilan terbela. Sifat kebenaran memang macam tu, walaupun didiamkan dia tetap akan muncul juga.
Pace penceritaan The Sabarmati Express bergerak pantas walaupun menggunakan genre drama sebab ada banyak teori yang dikupas tentang insiden tersebut. Macam babak Samar dan Amrita persoalkan punca kebakaran menggunakan logik dan fakta forensik dalam koc S-6 dan S-7. Sama juga dengan babak interview dengan penduduk lokal di Godhra. Invested untuk tengok proses soal siasat tu sebab kita involved sekali, watak Samar dengan Amrita pun sama level clueless dengan audience.
Lakonan Raashii Khanna sebagai wartawan muda di EBT News antara watak yang kuat dalam filem The Sabarmati Express walaupun banyak berkongsi screen dengan watak-watak utama yang lain. Berbeza lah lakonan dia dalam Yodha (2024) yang nampak clueless dan awkward walaupun pegang jawatan besar. Dalam ni watak Amrita terlihat hidup dan menjadi dinamik yang kuat di samping Samar.
Kelemahan filem The Sabarmati Express terletak pada editing yang beri ruang untuk watak Samar yang hidup sebagai kaki mabuk. Daripada panjangkan babak tu baik wujudkan babak Manika atau EBT News yang sentiasa memilih pihak untuk hidup selesa. Dari awal lagi dah nampak Manika berpegang dengan prinsip ‘berita adalah fakta yang dipilih untuk diterbitkan/diceritakan’. Kalau ada angle tu makin bertambah kuat rasa menyampah dengan news channel yang sentiasa mengejar rating.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.