Director: Chris Columbus
Writer: John Hughes
Cast: Macaulay Culkin, Joe Pesci, Daniel Stern, John Heard, Catherine O'Hara
Production Companies: 20th Century Fox, Hughes Entertainment
Distributor: 20th Century Fox
Genre: Comedy
Running Time: 103 minutes
Release Date: 10 November 1990 (sneak preview), 16 November 1990 (United States)
Trailer:
2 tahun selepas insiden tertinggal Kevin (Macaulay Culkin) dalam Home Alone (1990), the McCallister nak bercuti di Florida pula. Untung betul jadi Uncle Frank (Gerry Bamman) sebab dia sekeluarga pergi bercuti secara percuma. Sama macam sebelum ni, Kate (Catherine O’Hara) dengan Peter (John Heard) denda Kevin tidur dekat loteng dengan Fuller (Kieran Culkin).
‘I’m not sorry! I did what I did ‘cause Buzz humiliated me. And since he gets away with everything, I let him have it. And since you’re all so stupid to believe his lies, I don’t care if your idiotic Florida trip gets wrecked or not.’ – Kevin McCallister
Sama macam trip sebelum ni, jam mereka terputus bekalan menyebabkan mereka sekeluarga bangun lambat dan rushing menuju ke lapangan terbang. Kevin tak tertinggal kali ni tapi terpisah dengan mereka lalu menuju ke New York sementara the McCallister menuju ke Miami. Sebaik saja tiba ke destinasi baru Kate perasan Kevin tak ada bersama dengan mereka. Sama juga seperti Kevin yang bersendiri di New York.
Tak ada masalah pun untuk Kevin sebab dia tak suka berpanas di pantai Florida sebaliknya seronok makan angin di kota metropolitan yang sesak dipenuhi ramai manusia. Kevin menuju ke The Plaza Hotel milik Donald Trump dan buat tempahan bilik hotel dengan katil besar lengkap dengan TV.
Kenakalan Kevin sudah pun bermula sejak dia jejakkan kaki ke New York dan bahagia dengan room service untuk satisfy sundae cravings dia. Staff The Plaza Hotel, Mr. Hector (Tim Curry) mula syak dengan aktiviti Kevin dan siasat status kad kredit yang digunakan oleh Kevin sepanjang bermalam di situ. Laporan dibuat kepada pihak polis lalu memaklumkan kepada Kate dan Peter yang sedang risau di Miami.
Tanpa Kevin sedar, perompak ‘Wet Bandits’ yang bertukar kepada ‘Sticky Bandits’ – Marv (Daniel Stern) dan Harry (Joe Pesci) juga berada di New York. Mereka berdua merancang untuk merompak Duncan’s Toy Chest pada malam Krismas dan balas dendam terhadap Kevin.
Plot Home Alone 2: Lost in New York arahan Chris Columbus tak jauh beza pun dengan yang pertama tapi skrip naskhah komedi yang kedua hasil penulisan oleh John Hughes lebih logik dek akal. Polis pun tak ada lah pemalas benar macam dekat Chicago walaupun Kate dan Peter pernah kehilangan Kevin sebelum ni.
Kalau sebelum ni aesthetic dan keindahan sinematografi cuma di sekitar kawasan rumah McCallister, kali ni lebih banyak latar tempat yang dimasukkan bila Kevin berseronok di kota New York. Keluarga dia lah kesian sebab terpaksa menginap di motel sebab kad kredit dan wang tunai Peter semua ada pada Kevin. Tapi puas hati tengok diorang melongo tengok motel teruk, siapa suruh tak jaga adik betul-betul. Kedai permainan dalam Home Alone 2 ni cantik tapi bila tengok patung dekat jam tu terdetik pula kalau Chucky degan Annabelle ada dijual dekat situ. Creepy betul.
Lakonan Macaulay Culkin lebih bagus dari sebelumnya dengan range emosi yang berbeza. Cemerlang betul masa dia berborak dengan Pigeon Lady (Brenda Fricker) soal patah hati ataupun babak Kevin berjumpa dengan Mr. Duncan (Eddie Bracken) di cashier counter. I guess Kevin petah bercakap dan teman berbual yang bagus cuma dekat rumah tak ada siapa pun yang nak dengar dia. Even Kate dan Peter selalu berpihak pada Buzz yang suka membuli adik.
Dalam dua filem Home Alone ni tak pasti lah kenapa beradik Kevin jenis tak suka dengan dia. Nak kata sebab nakal, Buzz pun annoying jugak. Megan (Hillary Wolf) peduli lah sekejap sebab nak screentime. Kalau franchise Home Alone bukan genre komedi, memang dah bersimpati lah dengan nasib Kevin sebab kena palau dengan beradik sendiri. Dua filem juga keluarga dia tak tahu yang Kevin tangkap penjenayah berbahaya.
But anyway, nasib kesengsaraan Kevin dah habis sebab dua filem je yang ambil Macaulay Culkin sebagai pelakon utama. Tengok balik pun sebab Kevin ni comel teruk.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.