Movie Review | Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu (2024)

Sunday, 19 January 2025


Pengarah: Guntur Soeharjanto
Penulis Skrip: Evelyn Afnilia 
Pelakon: Egy Fedly, Endy Arfian, Rayn Wijaya, Ersya Aurelia, Annette Edoarda, Makayla Rose Hilli, Anyun Cadel 
Syarikat Produksi: Dee Company
Pengedar: Cinema 21 (Indonesia), TGV Cinemas (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Thriller / Drama 
Durasi Tayangan:  minit
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2024 (Indonesia), 23 Disember 2024 (Netflix)
Trailer:


Filem bermula dengan babak Nisa (Makayla Rose) yang meninggal setelah jatuh dari balkoni rumah lalu tertusuk besi keluli. Kejadian ngeri tersebut menjadikan karakter Pak Bakti (Egi Fedly) tampak buruk di mata para mahasiswa. Pendiam tapi tidak disenangi oleh rakan sekerja mahupun pelajar di universiti tersebut. 

Empat mahasiswa yang bernama Amelia (Ersya Aurelia), Emir (Rayn Wijaya), Maya (Annette Edoarda), dan Fattah (Endy Arfian) telah gagal dalam peperiksaan akhir semester. Maka mereka berempat terpaksa menjalani kelas tambahan sementara pelajar-pelajar lain berehat sebelum masuk ke semester baru. 


Sepanjang 20 tahun mengajar di universiti tersebut, belum pernah ada lagi pelajarnya sangkut dalam subjek psikologi yang diajar oleh Pak Bakti. Pensyarah tersebut tidak marah sebaliknya kecewa tapi tetap bersemangat untuk mengajar sampai mereka berempat lulus. Malangnya dalam perjalanan pulang ke rumah, Pak Bakti terlibat dalam satu kemalangan ngeri lalu meninggal dunia di tempat kejadian. 

Amelia, Emir, Maya dan Fattah yang hadir ke kelas intensif tersebut mula merasa aneh dengan kelakuan Pak Bakti dalam kelas. Bila dapat tahu melalui Whatsapp tentang kemalangan Pak Bakti, mereka semua lari keluar dari kelas. Akibatnya roh Pak Bakti mengganggu mereka setiap masa kerana mahu mereka berempat habiskan pelajaran yang tertunggak. 


Naskhah Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu arahan Guntur Soeharjanto diangkat dari thread yang pernah tular di Twitter pada tahun 2016. Penulis Evelyn Afnilia mengembangkan lagi kisah seram tersebut dengan menambah backstory kepada watak Pak Bakti dan juga empat mahasiswa yang terlibat. 

Idea yang mengangkat kisah seram tentang guru yang mempunyai pengalaman hidup yang gelap terlihat menarik dan padu sebagai roh yang kejam dan mempunyai urusan yang belum selesai di dunia. Menguatkan juga rasa takut kepada empat pelajar yang menjadi mangsa keadaan. 


Tapi disebabkan penulis tak kembangkan dengan bagus watak-watak yang terlibat, buatkan penceritaan Dosen Ghaib: Sudah Tahu atau Sudah Malam tampak dangkal. Bila watak Pak Bakti meninggal terlalu awal, dah risau penceritaan yang selebihnya akan lemah. Ternyata betul sebab gangguan dia tak lah merepek. Roh Pak Bakti cuma nak mereka berempat belajar tapi masing-masing gagal tunaikan kemahuan roh tersebut sebaliknya pecah masuk ke rumah Pak Bakti untuk tahu tentang Nisa. 

Susah nak rasa kesian dengan watak-watak mangsa sebab pekat sangat bodohnya. Pensyarah mana yang tak kecewa kalau 20 tahun mengajar tak pernah ada yang gagal tapi tiba-tiba ada yang gagal. Subjek dia subjek asas untuk bidang Psikologi, memang lah dia kecewa bila 4 orang ni gagal. 


Menarik bila penulis  masukkan psychology angle dalam filem Dosen Ghaib untuk wujudkan konflik dan false belief antara mainan minda atau alam angker dalam naskhah seram ni. Pengarah masukkan babak Maya kena serangan anxiety sampai nampak roh Pak Bakti walaupun di siang hari, sama juga dengan babak Bu Gita (Oce Permatasari) diganggu oleh roh Pak Bakti. 

Tak faham juga kenapa watak Pak Syarief (Joseph Kara) tak nak buat bacaan yasin besar-besaran untuk roh Pak Bakti sedangkan dalam budaya masyarakat beragama Islam, memang itu antara majlis wajib untuk mana-mana institusi. Kalau panggil bomoh datang ke kampus tu barulah orang buat tanggapan liar. 


Memandangkan filem Dosen Ghaib terbitan Dee Company menggunakan genre seram jadi pengarah masukkan banyak babak seram. Sayangnya tak lah seram sangat sebab guna khidmat CGI but still ada lah momen yang bikin kaget. Kelakar masa tengok roh Pak Bakti kejar Maya dekat kampus ataupun masa Fattah kena kacau dekat dorm. 

Boleh sangat skip layan filem Dosen Ghaib: Sudah Tahu atau Sudah Malam ni sebab mehhhhh. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.