Lunch Terakhir 2024 Di Chili's Citta Mall

Saturday, 11 January 2025


Jumaat minggu terakhir 2024, Kak Ida ajak lunch dekat Chili's Citta Mall sebab Isnin dengan Selasa depan ramai yang dah bercuti panjang. 

Masa plan tu ramai yang cakap nak join tapi bila dah nak gerak, macam-macam hal jadi. Sudahnya dari yang ramai tu tinggal kitorang berempat je. 


I order margarita pizza sebagai entrees sementara tunggu main dishes kitorang sampai. Dah lana nak makan pizza ni lepas makan dekat Gino's dulu. Pizza ni simple je, tak ada toppings beria tapi dia la yang paling sedap.

Lama juga masing-masing nak pilih menu sebab tak nak makan apa yang dah makan before this. I nak makan burger tapi nampak pasta macam sedap pulakkkk 😩

Kak Ida pun confuse nak pilih yang mana sebab dia macam nak makan burger tapi vegetables fajitas macam sedap jugak. Dayan je yang dah tahu nak makan apa dari awal sampai Chili's. 

Dayan kata dia memang selalu order Chicken lepastu bila tak habis dia buat menu dinner sekali sebab banyak. Mash potato pun banyak dia bagi. Dah ada fries, ada mash potato pulak. Memang kenyang sangat lepas makan half dari serving tu. 

Karimah order Mexican Rice, rasa dia not bad lah macam nasi goreng tu tapi dia kata sedap lagi makan nasi goreng kampung 😅😂

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.