Hari terakhir tahun 2024, I pergi firm adik sebab nak ambik gambar untuk update resume. Kebetulan diorang nak buat farewell lunch di Jerry's Coffee untuk Syahin yang last day dekat LPJE.
Sebab dah last day kan, ada lah dua meeting syahin set-up sebelum lunch. So kitorang gerak dulu pergi Jerry's sebab diorang masak lama. Syahin nak carbonara seafood, kak siti nak lamb grill. I order carbonara chicken, lin ambik sizzling chicken and adik I order chicken chop.
I suka carbonara chicken dekat Jerry's Coffee sebab tak banyak cheese. Right amount je dia letak so bila makan tak lah muak sampai kembang tekak. Portion dia pun banyak sampai mengah nak habiskan.
Sebelum order carbonara chicken ni, I nak order aglio olio campur lamb grill tapi Jerry's tak bagi sebab dia tak pandai buat. I was like ????
Nasib baik lah chicken carbonara dia sedap.
😯: hahhh *ambik sudu untuk ambik daging*
😄: Eh meh la akak suap
😯: kambingnya besar akak 😭
Lamb grill dia sedap, sos tu pun sedap, fries sedap, semua lah sedap. Lepas ni nak order lamb grill tapi geramnya tak boleh add-on aglio olio sekali!
Aglio Olio Seafood dia lebih kurang je macam I punya tapi ubah kepada seafood. I tak rasa so tak tahu seafood fresh or tak. Ada rasa manis dari seafood yang dia masuk ke tak pun I tak tahu sebab kalau menyembang dengan Syahin, segala jenis topik boleh keluar. Dari firm baru kepada stress present vision board membawak ke pengalaman dia kena balik dari sekolah ke rumah lepas dengar bunyi tembakan masa Sulu ceroboh masuk Lahad Datu.
Lin bagi I rasa sizzling mee chicken dia. Kuah sizzling dia sedap sebab pekat dan cukup rasa tapi mee dia tak berapa masak. First time I jumpa mee sizzling ada jagung.
For drinks, adik I order Love Poison tapi warna dah berubah katanya sebab before this warna ungu. Yang kitorang dapat ni warna biru gelap. Dah mix beria pun sama juga warnanya. Rasa dia unik tapi bukan untuk tekak I sebab I tak suka strawberry.
Lin order frappe latte, I order Iced Vanilla Latte. Kopi dekat Jerry's Coffee sedap je sebab memang selalu beli dekat sini. Kalau owner dia buat lagi sedap lah sebab pekat.
For desserts, I ambik tiramisu cake sebab saja nak try padahal dah minum kopi. It's a bit creamy sebab kek dia layer bawah tu, sikit je. Sudahnya Kak Siti yang habiskan sebab dia kata sedap. Syahin order Burnt Cheesecake Caramel, nice jugak. Manis dekat tekak I tapi orang lain okay je kot.
Anyway, we do have a good lunch together sebab banyak sembang pasal work life. Nasib baik tak terbabas masa bercerita tu.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.