Drama Review | XO, Kitty Season 2 (2025)

Saturday, 18 January 2025

Director: Anna Mastro
Writer: Nina Kim, Jenny Han
Cast: Anna Cathcart, Choi Min-young, Anthony Keyvan, Gia Kim, Sang Heon Lee, Peter Thurnwald, Regan Aliya, Audrey Huynh, Hojo Shin
Production Companies: Awesomeness, ACE Entertainment
Distributor: Netflix 
Genre: Teen / Romantic / Comedy
Running Episodes: 8 episodes (25–34 minutes per episode)
Release Date: 16 January 2025
Trailer:


Semester baru bermula untuk pelajar Korean Independent School of Seoul (KISS), dan sama juga dengan Katherine Song Covey a.k.a Kitty (Anna Cathcart) yang berazam nak fokus mencari lebih banyak tentang mendiang ibunya di Korea. Kitty tak nak buang masa dengan kisah cinta tegi segi dan segala drama yang berlaku pada semester lepas setelah putuskan hubungan cinta bersama Dae (Choi Min-young). 

Azam tinggal azam saja lah bila permintaan Kitty untuk tinggal dalam dorm single diabaikan oleh pengurusan sekolah. Kitty terpaksa tinggal bersama Yuri (Gia Kim) dan Juliana (Regan Aliyah) yang tengah hangat bercinta. Kitty berkongsi bilik dengan pelajar baru bernama Stella Cho (Audrey Huynh) yang berasal dari Ohio. 


Stella minta bantuan Kitty untuk kenalkan dia pada Min-ho (Sang Heon-lee) pada hari pertama mereka berbual. Tak ada masalah pun untuk Kitty share dengan Stella lepas apa yang berlaku dalam kapal terbang pada semester lepas. Min-ho juga sering mengelak untuk berjumpa dengan Kitty lepas kejadian tu atau bila Dae menyembang pasal Kitty. 

Dae masih lagi susah untuk move on dari Kitty sementara Kitty menggunakan Praveena Bhakti (Sasha Bhasin) sebagai rebound dari perasaan dia terhadap Yuri. Q (Anthony Keyvan) pula bertemu dengan cinta baru selepas putus dengan Florian (Théo Augier Bonaventure). 


Penantian selama 2 tahun berakhir bila XO, Kitty Musim 2 muncul di Netflix dan penantian tu tak mengecewakan sebab momentum drama masih lagi menggunakan vibe yang sama dengan premis sebelum ni. Pengarah bertukar tangan tapi hasil masih lagi menarik dalam naskhah yang lebih pendek durasinya. Emosi juga lah bila tengok 8 episod je sedangkan Sang Heon-lee semakin hot. Bonus teruk bila Min-ho muncul depan screen bunga berkembang mekar. He is sooooo K-drama main lead coded. 


Dekat episod awal macam geram lah juga bila kisah cinta Yuri dengan Juliana dapat screentime lebih but that’s my emotional opinion lah sebab I tak gemar lgbtq angle. Patutnya tak perlu pun buat Kitty jatuh cinta dengan Yuri sebab connection tu lemah sangat and feel forced. Relationship Kitty dengan Yuri sama macam Kitty dengan Q. It would be best kalau Kitty dengan Yuri jadi kawan baik semata. I’m afraid pengarah nak explore perasaan Kitty terhadap Yuri dengan lebih mendalam dekat Musim 3 nanti semata nak penuhi hasrat dan impian shipper dua watak ni. 


Ada banyak isu yang diwujudkan untuk kesemua watak dan beri tekanan besar pada watak Kitty sampai kita rasa stress sekali. Happy teruk bila watak Peter Kavinsky (Noah Centineo) muncul dekat KISS sebab ada Lacrosse tournament di Tokyo. The build-up was sooooo good sampai babak cameo dari Peter jadi healing scene untuk Kitty dan juga drama XO, Kitty Season 2. Walaupun Lara Jean Song Covey (Lana Condor) tak muncul sekali tapi dah excited bila Kitty dengan Peter menyembang pasal hadiah untuk LJ. Tak pasti kalau Lara Jean akan muncul dekat Musim 3 nanti but I’m excitedddd!


Dari XO, Kitty Season 1 (2023) lagi dah nampak potential Kitty dan Min-ho sebagai the endgame tapi baran pula bila muncul watak Stella. Min-ho pula terima Stella sebab sentiasa ada dan support decision Min-ho tentang ayah dia. Dalam semester lepas Min-ho memang terang-terangan menyampah dengan Mr. Moon (Philippe Lee) tapi Min-ho bagi peluang untuk berbaik dengan ayah dia. Mak dia tak muncul langsung dalam musim ni. 

Konflik keluarga Moon menarik lah juga sebagai sub-plot ditambah dengan kemunculan istimewa sebagai abang Min-ho dan anak emas Mr. Moon. Kalau musim 2 lebih panjang, rasanya banyak lagi yang boleh dimasukkan. Sama juga dengan konflik keluarga Kitty dan Jiwon (Hojo Shin) yang tak disulitkan sangat jalannya. Dalam musim ni Yuri semakin rapat dengan Alex (Peter Thurnwald) dan mungkin akan dikembangkan lagi pada musim baru. 


Walaupun harapan dalam musim lepas tak juga tercapai dalam musim kedua tapi parallel dan easter eggs yang pengarah masukkan adalah sesuatu kepastian yang pasti. Dalam musim ni perubahan ketara untuk Min-ho bila dia panggil Kitty sebagai Covey, sama macam Peter panggil Lara Jean dalam trilogi To All the Boys I've Loved Before (2018). Babak Min-ho terkejut Kitty pengsan dekat trek untuk tolong Q yang lambat datang dan babak hot tub Min-ho dengan Kitty antara jawapan kepada shipper MoonCovey. 

Memang tak puas langsung tengok XO, Kitty Season 2 tapi ada banyak moment antara Kitty dan Min-ho yang dulunya musuh mula berubah kepada cinta. Sweet gila bila Min-ho tenangkan Kitty setiap kali dia break down. Masa Min-ho mentioned pasal confession dia tu memang intense tahap K-drama. Kena lah dengan tagline musim 2 bila Kitty nak buat soul searching selain dari mencari saudara di Korea. Kalau dia tak confront perasaan dia terhadap Yuri, mungkin tak akan nampak yang Min-ho setia dengan dia sepanjang masa. 


Of course, chemistry dia dengan Yuri kuat sampai terbawa-bawa tapi Yuri dengan Praveena tak sama langsung macam Min-ho. Masa dekat stadium je Min-ho lashed out sebab dia dah selesa dengan Stella bila Kitty mula menjauh. Min-ho tak pernah judge Kitty even dia yang jadi saksi utama, in fact dia bagi ruang dan affirmation kepada Kitty. Kinda slowburn but their relationship is strong and solid. 


Ada yang kata Kitty dah macam Lara Jean 2.0 tapi tak pun sebab LJ dengan Peter ada banyak ruang dan moment bersama tapi sentiasa shaky. MoonCovey sentiasa bereksperimen dengan setiap keadaan walaupun presence masing-masing tak banyak tapi small gesture yang konsisten kukuhkan hubungan diorang. The moment Kitty mengaku dia rindu Min-ho brings A LOT tension and longing. Kudos to Nina Kim yang hadirkan Stella untuk curi moment penting MoonCovey. Semua hugs yang hadir untuk Kitty dalam musim ni bermakna sangat even in the last scene. Carry so much weight and depth. 


Entah berapa lama pula nak tunggu untuk musim 3 tapi yang pastinya penulis dan pengarah ada banyak plot untuk dikembangkan. Possible tak untuk Netflix invest dalam series ni sampai 10 season? Did they even consider it? If not, please do. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.