Drama Review | SeOfis (2024)

Saturday, 18 January 2025


Pengarah: Faizul Jais
Penulis Skrip: Nadia Khan, Mamu Vies
Pelakon: Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Munir Kharuddin, Akmal Azwar, Syahir Shafien, Anas Ridzuan, Malia, Ikhwan Lein, Kimberly Chuah, Aeril Izz, Hafidzuddin Fazil
Syarikat Produksi: Parallax Pictures
Penyiaran: Tonton, TV3 (Slot Samarinda), Netflix
Genre: Drama / Komedi
Jumlah Episod: 12 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 18 Januari 2024 – 22 Februari 2024
Trailer : 


Masa kecoh Siti Saleha menang anugerah Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 untuk lakonan dia dalam drama SeOfis terus rasa nak tengok drama ni. Dapat tahu pula penulis untuk drama SeOfis adalah Nadia Khan, lagi semangat nak layan dekat Netflix. 

Kisah bermula dengan Samirah a.k.a Sam (Siti Saleha), seorang arkitek muda yang berbakat besar dalam bidang tersebut mempunyai cita-cita untuk tersenarai dalam senarai Kayangan 40. Untuk capai impian tersebut, dia perlu mencari projek yang besar jadi muncul lah idea untuk team up dengan Yana (Nadia Aqilah), ejen hartanah yang popular dan juga business manager untuk perabot kayu bernama Aini (Nadiya Nissa). 

Dari awal lagi Faris (Fahrin Ahmad) mencari jalan untuk sailang projek mereka bertiga. Yana dan Aini tak suka dengan cara Faris memanipulasi Sam dan secara terbuka menegur Sam. Malangnya Sam dah lama simpan hati terhadap senior dia yang kacak dan bijak sejak zaman kuliah lagi. Bila Sam diganggu oleh Dato’ Ashburn (Ikhwan Lein) pun Faris dari awal lagi dah nasihat supaya berhati-hati. 

Sementara Sam bergelut dengan konfliknya, Yana pula menghadapi masalah dengan bekas suaminya, Norman (Syahir Shafie). Mereka sudahpun bercerai dan Norman juga sudah mempunyai isteri baru juga anak-anak tapi susah untuk Yana move on kerana mereka masih lagi ada perasaan sayang. Yana menunggu Norman untuk buat pilihan sama ada kekal bersama keluarga baru atau mulakan kehidupan baru bersama Yana. Aini pula ragu-ragu memilih sama ada cinta Hadi (Hafizul Kamal) atau Shaihan (Munir Kharuddin) dan Haikal (Akmal Azwar). 

Awalnya I ada expectation yang tinggi dengan drama SeOfis tapi semakin cerita bergerak, semakin kecewa dengan perkembangan trio utama. Mungkin sebab I salah faham yang naskhah SeOfis akan lebih banyak ketengahkan konflik di pejabat sedangkan berat kepada masalah cinta je. 

Dekat episod pertama nampak macam drama SeOfis ada plot yang segar dengan kerjaya yang dibawakan setiap watak tapi sudahnya bincangkan hal cinta. Bukan nak pandang rendah untuk drama cinta sebab I tak ada masalah pun dengan genre romantik tapi execution tu tak seronok. 

Konflik untuk Sam dengan Faris dah cantik dah sebab solid. Dekat awal-awal drama SeOfis pun I terjerat macam Sam juga bila tengok watak Faris caring dan prihatin. Nak pula bila dia bagitahu Dato’ Ashburn bukan calang-calang orang lepastu Sam terjumpa Faris dalam keadaan kusut masai dekat parking lot. Kalau penulis masukkan input lebih sikit tentang arkitek mungkin lebih menarik lah dan nampak realistik. 

Masa Sam stress dengan permintaan Dato Suffian pasal meja makan bentuk S tu, I tak faham kenapa dia tak boleh deliver. Kalau ada babak yang explain kenapa permintaan tu susah untuk dilaksanakan, mungkin boleh rasa emo yang sama level dengan Sam. Tapi apa yang susah dengan meja bentuk S, it is not that hard pun sebab kalau Google, banyak je contoh yang cantik. Memang meja makan kena petak dan bulat je ke dalam dunia arkitek? Kalau Aini yang stress I faham lah sebab dia yang kena buat perabot tu. In real life, banyak je rekaan unik dari arkitek sampai orang yang bertukang dan membina tu stress nak execute. 

Bila tengok trio ni jarang sentuh bab kerja dan hasil pun tak muncul dalam drama, rasa kena scam la juga. Kabinet kayu dengan sentuhan peribadi untuk mengingatkan pada arwah ayah klien tu sampai ke sudah tak tahu rupa dia macam mana. Masa diorang pergi healing tu macam tiba-tiba sangat masuk dalam cerita sebab stress dari kerja tu tak nampak sangat so healing scene tu macam tak perlu. Better letak dekat hujung drama lepas ketiga-tiga watak dah resolve semua masalah yang ada. 

Sebelum ni memang dah tahu Nadia Aqilah boleh menyanyi jadi bila pengarah masukkan lagu Nadia dan watak Yana ada cita-cita untuk jadi penyanyi tu rasa happy lah bila tengok. Personally, I suka tengok babak Yana dengan Arman (Josiah Hogan) dan pengarah patut bagi screentime yang panjang lagi untuk kedua-dua watak. Kurangkan watak Aini dan Hadi sebab bosan. Meleret betul sub-plot tisu berdarah sebab tak ada impak apa pun pada cerita. 

Chemistry Nadiya dengan Hafizul pun tak menjadi, mungkin sebab tu lah kot bosan setiap kali babak diorang muncul. Surprisingly chemistry Nadiya dengan Munir looks strong onscreen sampai I pun rasa kecewa bila dapat tahu hal sebenar. 

Isu benching untuk watak Aini antara benda yang selalu jadi pun dekat office, nak pula bila umur dah masuk 30-an. Benda ni untuk millennials mungkin dianggap biasa tapi untuk Gen Z, sesuatu yang besar juga lah so I tak faham kenapa watak Yana dengan Sam tak faham position Aini. It happened to me as well so I faham je perasaan kecewa Aini tu. Sama juga bila isu Sam kecewa dengan pencapaian Yana, apa dia rasa tu legit tapi approach dari circle dia merepek.  

Overall SeOfis is nice to watch. Betul lah cakap Siti Saleha, industri kita perlu lebih banyak terbitkan naskhah yang menggunakan watak wanita berusia 30-an sebab ada banyak isu kehidupan boleh diketengahkan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.