Drama Review | Light Shop (2024)

Wednesday, 1 January 2025


Director: Kim Hee-won
Writer: Kang Full
Cast: Ju Ji-hoon, Park Bo-young, Kim Seol-hyun, Bae Seong-woo, Uhm Tae-goo, Lee Jung-eun, Kim Min-ha, Park Hyuk-kwon, Shin Eun-soo, Kim Sun-hwa, Kim Ki-hae
Production Companies: Mr. Romance, Moving Pictures Co.
Distributor: Disney Hotstar+ 
Genre: Horror / Mystery / Drama 
Running Episodes: 8 episodes (40-60 minutes per episode)
Release Date: 04 December 2024 – 18 December 2024 
Trailer:


Diadaptasikan dari sebuah webtoon karya ilustrasi Kang Full yang diterbitkan pada tahun 2011 di Kakao. Kisah bermula dengan pemilik sebuah kedai lampu bernama Jung Won-young (Ju Ji-hoon) yang terletak di satu lorong gelap. Lorong tersebut terkenal dengan kisah-kisah seram yang didengari oleh penduduk di situ. 

Setiap malam selepas pulang dari sekolah, Joo Hyun-ju (Shin Eun-soo) cuba beranikan diri untuk berjalan ke kedai lampu tersebut kerana ibunya (Lee Jung-eun) perlukan mentol untuk rumah mereka. Satu malam Hyun-ju terdengar tapak kaki mengekorinya. Seorang lelaki memegang payung menggunakan jalan yang sama namun lelaki tersebut hanya memerhati dari jauh. 


Malam yang lainnya Hyun-ju terjumpa pula dengan wanita (Kim Sun-hwa) berkasut tinggi berwarna merah. Mukanya kosong tanpa ekspresi tapi menjawab semua pertanyaan Hyun-ju. Anehnya semakin lama fizikalnya mula berubah hingga bertukar ngeri. Hyun-ju diselamatkan oleh Won-young pada malam tersebut lalu dia segera pulang ke rumah. 

Di sebuah hospital, di unit ICU, jururawat muda bernama Kwon Young-ji (Park Bo-young) terlihat seorang lelaki berumur 30-an cuba mencari bilik mayat. Jururawat Kwon mempunyai kelebihan deria keenam selepas tersedar dari koma. Berada di ICU buatkan dia menjadi bertanggungjawab untuk bantu pesakit di situ mencari semangat untuk hidup kembali sepertimana Jururawat Heo (Lee Seung-yeon) pernah buat untuk dia semasa dalam koma dulu. 


Pengarah drama Moving (2023) kembali dengan naskhah drama bertemakan alam barzakh di mana roh manusia berkeliaran mencari semangat untuk hidup semula. Penceritaan Light Shop awalnya mengelirukan kerana terdapat banyak watak di lorong tersebut dan dalam masa yang sama mengganggu Jururawat Kwon. Pengarah masukkan juga babak staff yang bekerja di bilik mayat. Kesemua latar masa dan tempat akan bertemu dalam Episod 5 yang menjelaskan semua misteri yang ada dalam Light Shop.
 
Drama Light shop adalah drama kedua Park Bo-young menjadi jururawat yang mempunyai empati tinggi kepada para pesakit di unit dia selepas drama Daily Dose of Sunshine (2023). Tak ada yang baru pun dari lakonan dia tapi Bo-young hidupkan watak jururawat dengan bagus. Takut tapi berjaya juga galas tanggungjawab dengan baik. 


Dekat awal drama ada banyak babak seram tapi bearable lah walaupun berdiri tegak bulu roma bila tengok beberapa babak macam babak Hyung-min (Uhm Tae-goo) bertemu dengan Ji-young (Kim Seol-hyun) ataupun babak di bilik mayat. Pace drama Light shop agak perlahan but since it's available on streaming platform so advisable to change it to 1.25x or 1.5x

Naskhah seram yang menggunakan latar alam barzakh memang senang nak faham walaupun ada banyak kekeliruan pada episod-episod awal. Bila audience dah jelas dan watak-watak mula menerima takdir mereka, semua persoalan dekat awal senang sangat terjawab. Kalau tak suka misteri, mungkin drama Light shop bukan pilihan terbaik sebab kena tunggu lama untuk jumpa jawapan tapi tetap terjawab. 


Kasihan lah tengok watak Ji-young sebab Hyun-min tak kenal dia tapi mungkin itu balasan untuk orang yang buat pilihan macam dia. Dalam agama perbuatan bunuh diri akan mengakibatkan roh berkeliaran tak jumpa cahaya. Bila tengok Episod 8 bertambah kasihan lah sebab usaha dia terjawab tapi roh dia makin tak tenang. 

I suka tengok watak Hwang Seok-hui (Lee Hwang-eui) yang faham dengan kehendak roh di bilik mayat. Masa pembantu dia nak marah dengan pemandu bas tapi dia cepat tegah sebab kemalangan tu bukan disebabkan salah pemandu bas sepenuhnya. Banyak lagi faktor lain. Bila dah tua dan selalu dekat dengan si mati, banyak perkara yang buatkan watak dia lebih memahami keadaan. Sedih juga masa tengok babak Hyun-ju bergaduh dengan mak dia sebab salah faham. Bila Hyun-ju dah faham pun dia tetap kena terima takdir hidup yang berat. 


Sinematografi Light Shop terlihat seram dan ngeri terutamanya di kawasan lorong gelap dan rumah sewa Seon-hae (Kim Min-ha). Babak yang menggunakan CGI pun terlihat meyakinkan untuk hidupkan babak seram macam Jururawat Kwon yang terperangkap dalam lif penuh dengan air. Background music build up the suspense dan suasana seram macam babak Hyun-ju berjumpa dengan Hyung-min dalam lif ataupun Jururawat Kwon menjawab pertanyaan seseorang dalam tandas. Ada juga babak jumpscares but like I said, bearable to watch. 

Masa tengok Light Shop I ingatkan pengarah atau produser nak guna pelakon yang sama seperti naskhah sebelum ni rupanya tak. Bila baca fan theory baru tahu yang Light Shop adalah alternate universe untuk Moving, no wonder lah ada cameo dan easter eggs juga dari Moving macam sekolah menengah Hyun-ju. Makin bertambah excited nak tunggu Moving musim 2 lepas tengok Light Shop ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. KDrama nan 1 ini memang dalam senarai KSarie untuk ditengok. KSarie suka cerita yang ada vibes The Mystic Pop Bar semua ni. Terima kasih atas perkongsian review nya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.