Drama Review | Kau vs Aku Musim 1 (2022)

Wednesday, 1 January 2025


Pengarah: Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Afiza Asram
Penulis Skrip: Nurul Husnina Mockthar, Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afizah Asram
Pelakon: Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Imran Aqil, Hafidz Roshdi, Serra Kamal, Megat Sharizal, Rihito Itagaki, Anas Abas, Atikah Suhaime, Fimie Don, Arash Mohamad, Emelda Rosmila, Marissa Yasmin
Syarikat Produksi: Wattpad WEBTOON Studios 
Penyiaran: Sooka, Astro Ria (Slot MegaDrama), Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 8 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2022 – 7 Oktober 2022
Trailer: 


Naskhah Kau vs Aku mengisahkan tentang pelajar perempuan bernama Aulia Zulaikha (Shasha Abedul) berusia 16 tahun berkenalan dengan Instafamous bernama Danish Aryan (Dini Schatzmann). Aulia menyampah dengan status poyo dari Danish sampai meninggalkan komen yang mengundang marah dari Danish dan para peminatnya. 

Terkejut bukan kepalang bila Danish berpindah ke sekolahnya dan belajar satu kelas dengan Aulia. Bila pulang ke rumah Danish merupakan jiran barunya di kawasan perumahan tersebut. Entah macam mana Aulia boleh tergerak untuk minta bantuan dari Danish untuk menyamar sebagai teman lelaki supaya dia tak dikahwinkan dengan Emir (Hafidz Roshdi) selepas tamat SPM. 

Danish setuju dengan permintaan Aulia dengan syarat dia perlu padam video mesra Danish dan Hannisya (Atikah Suhaime) dalam kelas. Peretemuan Danish dengan Encik Ridhuan (Arash Mohamad) dan Puan Shikin (Marissa Yasmin) berjalan lancar tapi plan mereka kantoi bila Puan Emelda (Emelda Rosmila) minta Danish bagitahu followers yang dia masih single supaya penaja tak lari. 

Aulia kembali serabut dengan rancangan ayahnya yang ingin satukan dia bersama Emir, ditambah pula dengan kehadiran pelajar senior, Luqman (Fimie Don) yang suka dengan Aulia. Makin lama hubungan Aulia dengan Danish semakin rapat tapi mereka terpaksa sorok perasaan tersebut untuk jaga hati banyak pihak. 

Naskhah Kau Vs Aku merupakan web siri yang mendapat tontonan sebanyak 200 juta di Malaysia dengan mengangkat genre romantik komedi dan berlatarkan pelajar sekolah menengah. Watak Aulia nak jadi penulis tapi terpaksa padam minat tu sebab tak dapat sokongan dari keluarga. Tak sangka takdir bawa dia bertemu dengan Danish yang juga minat dengan seni dan puisi. Walaupun banyak perbezaan tapi ada juga persamaan sampai buatkan mereka berdua serasi bersama. 

Dah lama tak layan naskhah romantik komedi yang santai dan menghiburkan macam Kau vs Aku jadi tak hairan lah boleh habis layan dalam masa dua hari. Lambat sikit lah sebab ada kerja, kalau layan on weekend, mungkin setengah hari dah habis dah sebab drama ni kelakar dan comel. Senyum sendiri tengok babak romantik Aulia dengan Danish. 

Kudos to casting director yang berjaya cari lead couple dengan chemistry yang kuat. Even Nina (Mia Sara Shauki) dan Syafikah ada dinamik yang bagus dengan Syasya. Bila masuk babak friendship diorang buatkan kita rindu dengan kawan sekolah yang melekat siang dan malam. Sama juga dengan watak Zhaf (Chubb-E) dan Ashraf (Imran Aqil) bila melepak dengan Danish. I guess Mia Sara selesa dengan watak yang match dengan personaliti dia sebab lakonan dia nampak natural dalam Kau vs Aku. 

Naskhah Kau vs Aku bekerjasama dengan PUBG Mobile jadi banyak juga lah babak yang terlibat untuk mengetengahkan e-sports ni. Kalau sebelum ni dalam kebanyakan naskhah e-sports dipandang serong tapi dalam drama santai terbitan Wattpad WEBTOON Studios sukan ni diberikan nafas baru. Tapi tak heavy sangat lah ke sukan tu sebab second couple yang carry. 

Pace penceritaan sesuai dengan genre sebab bergerak laju cuma dekat episod-episod hujung tu dah mula longgar dan out of place. Tiba-tiba masuk babak Aulia confront parents dia tentang rahsia keluarga lepastu ayah dia tetap buat keputusan mendadak supaya Aulia kahwin dengan Emir. Nak kata plot kahwin muda ni merepek pun tak juga sebab dekat Malaysia perkara ni bukan sesuatu yang janggal cuma tak faham dengan cara En. Ridhuan berfikir. 

Mungkin sebab pengarah Shamyl Othman dah pass baton dekat Megat Shahrizal so tone drama ni dah bertukar. Dari fun jadi emotional and a bit heavy. Masih lagi ada core drama tu tapi olahan cerita dah tak seronok macam awal. Maybe it's me since I tak berapa gemar sutradara Megat Shahrizal. 

Selain ayah Aulia, watak Puan Emelda pun boleh tahan juga menyakitkan hati sebab kawal sangat kehidupan Danish. Memang lah influencer boleh dapat pendapatan tinggi tapi dia sebagai ibu takkan tak nak cari kerja? Kesian dekat Danish terbeban dengan tanggungjawab keluarga padahal muda lagi untuk fikir bab tu. Dah la mak dia suka trauma dumping lepastu buat keputusan merepek. 

Anyway, I had fun watching this series. Ocean is shoooo cute!

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 =  7.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.