Astro Kembali Dengan ‘From KL to PL’ Musim Kedua

Monday, 20 January 2025

Astro Kembali Dengan ‘From KL to PL’ Musim Kedua | Kembali Dengan Lebih Cabaran, Aksi Menghiburkan Untuk Peminat

Astro, peneraju destinasi hiburan Malaysia, dengan bangga membawakan From KL to PL musim 2, sebuah rancangan travelog sukan hasil kerjasama dengan Liga Perdana Inggeris. Musim terbaru ini akan membawakan barisan selebriti tempatan dalam misi mereka menjelajah England dalam menyahut cabaran baru dari Liga Perdana Inggeris. 

‘From KL to PL’ musim 2 akan bersiaran setiap Khamis, jam 11.00pm bermula 23 Januari 2025 di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka. Musim 2 ‘From KL to PL’ kembali membawakan selebriti dan juga hos popular Nabil Ahmad, serta pemain bola sepak wanita Malaysia dan juga bintang futsal, Intan Serah dalam meneruskan jelajah bola sepak mereka. 

Turut menemani mereka untuk jelajah kali ini adalah wartawan sukan Astro Arena, Abang Med, dan juga pelakon popular yang kian meningkat naik dari siri ‘Project: High Council’, Mierul Aiman. Perjalanan mereka bermula apabila mereka mendapat satu undangan misteri: cabaran untuk menyempurnakan sepakan penalti menentang seorang pemain bola professional misteri di England. Setibanya mereka di London, mereka telah menerima satu tawaran menarik: peluang untuk menyaksikan perlawanan terhebat Liga Perdana Inggeris sekiranya berjaya memenangi cabaran yang diberikan.

Angnes Rozario, Pengarah, Kandungan, Astro, berkata, Kami sangat teruja dengan prestasi musim pertama KL to PL yang mana ia telah menyumbang kepada peningkatan jumlah tontonan dan perbualan mengenai Liga Perdana Inggeris dan membawakan musim 2 adalah pilihan yang tepat. Kerjasama strategik dengan Liga Perdana Inggeris memberikan kami ruang untuk menggabungkan kesemua sudut kreatif terbaik Astro termasuklah bakat popular tempatan, dengan kelab terbaik Liga Perdana Inggeris, para pemain dan juga tradisi untuk memberikan hiburan terbaik di KL to PL. Kami juga sangat bangga memperkenalkan mainan warisan Malaysia- Bola Tepuk- bermain bersama bintang muda Chelsea menentang Nabil, Intan, Bang Med dan Mierul dan berjaya memperoleh kemenangan!

Ketua Pegawai Media Liga Perdana Inggeris, Paul Molnar, berkata Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Astro untuk musim kedua ‘From KL To PL’. Kerjasama ini mempamerkan daya tarikan global Liga Perdana Inggeris dan memberi peluang kepada para peminat untuk menikmati pertandingan bola sepak dengan cara yang baharu. Kejayaan musim pertama menunjukkan bagaimana program ini membawa keterujaan Liga Perdana Inggeris kepada penonton baharu di Malaysia melalui bintang hiburan terkemuka Astro, dan kami berharap penonton akan terus menikmati musim kedua."

Di musim 2 From KL to PL, para penonton akan dibawa untuk menjelajah kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris, mendalami sejarah setiap kelab ini dan melihat pertemuan seleberiti bersama pemain bola professional. Bagi meraikan pelancaran musim terbaru, para peminat akan berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan lagenda bola sepak Manchaster City, Joe Hart, dan juga selebriti ‘From KL to PL’, Nabil Ahmad, Intan Serah, Abang Med dan juga Mierul Aiman di Pavilion Bukit Bintang pada 18 Januari 2025.

From KL to PL musim 2 dikuasakan oleh U Mobile.

Tonton musim 2 ‘From KL to PL’ di Astro Ria (saluran 104), Astro GO dan sooka bermula 23 Januari 2025, setiap Khamis, jam 11.00pm dan ulangan setiap Sabtu jam 9.00pm. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang bermula RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.