Astro Cipta Sejarah Baharu dengan ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’ | Kolaborasi bersejarah antara IOI City Mall dan MeleTOP sajikan acara ambang tahun baharu paling ditonton di Malaysia
Astro mencipta sejarah dengan kejayaan luar biasa melalui ‘Konsert Countdown MeleTOP 2025’, yang berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya, pada malam ambang tahun baharu. Acara ini berjaya menarik kehadiran 30,000 penonton secara langsung, selain mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan menerusi TV dan platform digital. Lebih membanggakan, video acara ini di TikTok telah mencapai lebih 18 juta tontonan dan terus tular di FYP sehingga 2 Januari 2025, menjadikannya satu detik ikonik dalam sejarah hiburan Malaysia.
Kerjasama sulung antara IOI City Mall, pusat beli-belah terbesar di Asia Tenggara, Oppo, dan MeleTOP, jenama hiburan paling popular di Malaysia, telah mencipta detik bersejarah melalui persembahan hebat daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa. Antara nama besar yang memeriahkan pentas ialah Dato’ Ramli Sarip, Noraniza Idris, William So, Aina Abdul, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Rizal Rasid, Dennis Lau, Shila Amzah, Shiha Zikir, Ayda Jebat, Khai Bahar, Bunga Isme dan ramai lagi.
Acara ini turut mencatatkan pencapaian luar biasa sebagai rancangan TV nombor satu di Malaysia pada 31 Disember 2024 serta rancangan countdown tahun baharu paling popular. Selain itu, ia merupakan siaran langsung luar studio pertama untuk MeleTOP, yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api selama 10 minit yang memukau.
"Astro berasa amat bangga dapat menyatukan rakyat Malaysia dalam acara bersejarah ini, bersama rakan niaga kami, IOI City Mall dan Oppo. Memasuki tahun baharu 2025, Astro kekal komited untuk menyajikan kandungan serta pengalaman hiburan yang segar dan inovatif menerusi pelbagai rancangan dan platform kami. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan luar biasa, dengan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM171,682.29 kepada Tabung Bantuan Banjir Astro kami. Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati anda semua,” kata Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Kandungan GenNext Astro.
Turut menjadi pencapaian terbaik Astro pada malam acara tersebut, Astro telah menyumbangkan sebanyak RM 1 juta kepada Tabung Bantuan Bencana Negara. Sumbangan ini disalurkan melalui Yayasan Astro Kasih sebagai komitmen Astro untuk terus memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan, memastikan setiap usaha yang dilakukan memberi impak yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau hubungi WhatsApp di talian 03-9543 3838.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.