Lirik Lagu Sampai Jumpa - Midnight Serenade

Friday, 31 January 2025


Dari bulan lepas nampak Iqbal selalu update tour Perayaan Mati Rasa rupanya tu tajuk filem. Dalam filem tu Iqbal ahli kumpulan Midnight Serenade. Lagu Sampai Jumpa is one of my favorite song from the band. 

LIRIK LAGU SAMPAI JUMPA 

Penyanyi: Midnight Serenade 
Komposer: Fadhlan Darari
Lirik : Umay Shahab 


Mungkin tak selalu benar
Meskipun ku lelah ku terus mencoba berenang
Mungkin... dunia pun gelap
Tak tahu apa yang ku mahu darimu

[Pre-chorus]
Kau rusak lagi 
Menangis sendiri
Belajar berdiri 
Namun penuh benci
Sampai di sini ku ucapkan ini

[Chorus]
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Andaikan kau jujur padaku
Ku bangga merelaikan logika
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Hati yang berdebar karnamu
Bertabur hatiku mengalir darahku penuh dusta

Mungkin penuh ketakutan
Selalu bicara tentang mimpi kita bersama
Mungkin... semua di kepala
Menolak semua meskipun nyatanya

[Chorus]
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Andaikan kau jujur padaku
Ku bangga merelaikan logika
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Hati yang berdebar karnamu
Bertabur hatiku mengalir darahku penuh dusta

[Bridge]
Aku.... mengaku salah
Semoga kau gembira 

[Chorus]
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Andaikan kau jujur padaku
Ku bangga merelaikan logika
Sampai jumpa.. kau yang tercinta
Hati yang berdebar karnamu
Bertabur hatiku mengalir darahku penuh dusta

Movie Review | Maharaja (2024)

Wednesday, 29 January 2025


Director: Nithilan Saminathan
Writers: Nithilan Saminathan, Raam Murali
Cast: Vijay Sethupathi, Anurag Kashyap, Mamta Mohandas, Natty Subramaniam
Production Companies: The Route, Think Studios, Passion Studios
Distributor: Netflix
Genre: Action / Thriller
Running Time: 140 minutes
Release Date: 14 June 2024
Trailer:


Tahun 2024 ada dua naskhah yang lebih kurang sama judulnya dan ditayangkan di Netflix. Satu naskhah Bollywood berjudul Maharaj (2024) dan satu lagi naskhah Kollywood berjudul Maharaja (2024). Bezanya satu huruf saja tapi kedua-duanya mempunyai impak yang kuat pada penceritaan masing-masing. I dah layan kedua-dua filem tapi lupa nak buat review Maharaja sebab I ingat I dah buat. 

Maharaja (Vijay Sethupathi) seorang lelaki yang pendiam dan bekerja sebagai tukang dandan rambut di Ramki Saloon di Chennai. Satu hari Maharaja pergi membeli patung sebagai buah tangan kepada keluarga yang dilawatinya. Ketika membuat pembayaran di kaunter, sebuah trak terbabas lalu menghentam rumah kenalannya. Insiden tersebut menyebabkan semua meninggal kecuali anak perempuannya, Jothi (Sachana Namidass) yang terlindung oleh sebuah tong sampah besi. 

Sejak dari peristiwa tersebut, Maharaja dan Jothi menamakan tong sampah tersebut Lakshmi. Setiap hari Jumaat mereka mencuci Lakshmi dan mengadakan upacara doa secara ringkas. Malangnya ketika Jyothi pergi ke lawatan sekolah, Maharaja diserang oleh sekumpulan perompak yang masuk ke rumahnya kemudian mencuri Lakshmi. Selepas tersedar dari pengsan dan membuat rawatan di hospital, Maharaja pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang kecurian tersebut. 

Inspektor S. Varadharajan (Natty Subramaniam) ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Lakshmi selepas Maharaja robohkan sebahagian kecil balai polis. 

‘People get no justice in here even when their lives are in danger, and here you are, creating a ruckus over losing a dustbin.’ - Inspektor S. Varadharajan

Penceritaan Maharaja pada separuh masa pertama kebanyakannya fokus kepada pencarian Lakshmi di seluruh bandar tersebut sambil Maharaja tenang menunggu hasil siasatan pihak polis. Dalam masa yang sama pengarah membuka plot yang lain tentang sekumpulan perompak yang diketuai oleh Selvam (Anurag Kashyap). Bukan saja merompak bahkan membunuh seisi keluarga selepas merogol mangsa perempuannya. 

Penceritaan antara Maharaja dan Selvam bersilih ganti kerana mempunyai pertalian yang sama iaitu Lakshmi sampai lah pengarah putuskan untuk pertemukan kedua-dua watak tersebut. Pace penceritaan mungkin agak perlahan tapi pengarah bagi penonton masa untuk kenal dan ingat beberapa key point yang disorok pada first half untuk connect the dots di separuh masa kedua.

Sinematografi dari Dinesh Purushothaman menguatkan screenplay dengan menggunakan close-up dalam kebanyakan babak untuk tonjolkan emosi dari beberapa watak yang terlibat. Kelakar masa Inspektor S. Varadharajan cari siapa banduan yang sudi jadi kambing hitam untuk mengaku mencuri tong sampah milik Maharaja. Reaction and expression masing-masing on point sangat. 

Filem Maharaja merupakan filem ke-50 lakonan Vijay Sethupathi jadi tak hairanlah kenapa nama filem dan nama watak utama berjudul Maharaja, sesuai sangat lah dengan dia yang tonjolkan kekuatan lakonan dalam industri Kollywood. Anurag Kashyap not bad lah sebagai watak antagonis dan dapat hukuman atas perbuatan dia di hujung cerita. 

Konsep non-linear yang dipaparkan dalam filem Maharaja bukan sesuatu yang baru dan plot twist yang pengarah tunjuk pun dah boleh dijangka bila Selvam pergi ke Ramki Salon. But still I tetap layan untuk tahu apa yang penulis ingin ceritakan pada second half and it turns out good. Tak ada dull moment sampai lah takdir pertemukan Maharaja dengan perompak yang dicari. I tertarik dengan konsep takdir yang bergerak seiring dengan revenge road Maharaja. 

Memandangkan naskhah Maharaja adalah terbitan industri Kollywood, babak aksi dan stunt yang dimasukkan agak berlebihan. Sama juga dengan babak Maharaja suka grip something sampai roboh. Tak lah teruk pun sebab signature filem Kollywood memang macam tu so layan je lah. But overall, Maharaja memang layak ditonton untuk yang suka filem thriller. Some scenes a bit gory. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | The Menu (2022)

Director: Mark Mylod
Writers: Seth Reiss, Will Tracy
Cast: Ralph Fiennes, Anya Taylor-Joy, Nicholas Hoult, Hong Chau, Janet McTeer, Judith Light, John Leguizamo
Production Companies: Hyperobject Industries, Gary Sanchez Productions
Distributor: Searchlight Pictures 
Genre: Black Comedy / Horror
Running Time: 107 minutes
Release Dates: 10 September 2022 (Toronto International Film Festival), 18 November 2022 (United States)
Trailer:


Filem The Menu bermula dengan babak Tyler Ledford (Nicholas Hoult) dan pasangan dia pada malam tersebut, Margot Mills (Anna Taylor-Joy) berbual di jeti sebelum dibawa ke sebuah pulau persendirian. Di pulau tersebut terletaknya sebuah restoran kepunyaan chef selebriti, Julian Slowik (Ralph Fiennes). Selain mereka berdua, food critic – Lilian Bloom (Janet McTeer) dan editornya, Ted; pelakon sendu George Diaz (John Leguizamo) bersama pembantu peribadinya, Felicity Lynn (Aimee Carrero); juga sekumpulan business partners – Soren, Dave dan Bryce.


Dari awal Tyler bercerita tentang minat dia terhadap makanan dan dunia kulinari yang mengagumkan dia. Kehadiran Lillian Bloom buatkan malam tersebut jadi lebih istimewa sebab Lilian adalah pengkritik makanan yang discover Chef Slowik. Margot hanya mendengar cerita Tyler sebab dia tak tahu langsung tentang kulinari selain menjadi peneman yang terpaksa gantikan date Tyler. 


Masa tengok filem ni, reaction I lebih kurang sama lah dengan reaction Margot sebab tak tahu-menahu pun tentang dunia kulinari. Nak pula jenis fine dining dengan teknologi yang dipaparkan dalam The Menu arahan Mark Mylod. Emosi pun ye juga sebab geram tengok makanan masing-masing besar tapak tangan. But Margot represent us, the audience sebab tu apa yang dia tak faham, Tyler akan terangkan. 


Ironi lah bila Tyler pandang rendah dengan orang yang idolakan pemusik, ahli sukan atau artis sebab bakat mereka cuma bergantung kepada sesebuah alat sedangkan watak dia pun merepek juga idolakan seorang chef. Watak Tyler dengan orang lain yang obsess dengan selebriti, tak ada bezanya pun. Sama level je merepeknya. Sanggup habiskan duit untuk makan scallop satu sudu atas batu ataupun satu gumpalan tembikai susu sedangkan dia boleh makan satu biji tembikai dengan harga yang jauh lebih murah. Tapi disebabkan makanan tu dihasilkan dari Chef Slowik, suddenly it turns out okay to consume. Rasa bangga bila makan. 


Sama lah dengan terpaling fashion yang meronta nak beli handbag atau pakaian dari LV atau Chanel sebab bangga dengan brand padahal kalau buang label tu, design biasa je. Lebih kurang sama dengan design yang local artist hasilkan. Filem The Menu bersifat satira tentang obsesi terhadap sesuatu sampai hilang nikmat penciptaan. 


‘Over the next few hours you will ingest fat, salt, sugar, protein, bacteria, fungi, various plants and animals, and, at times, entire ecosystems. But I have to beg of you one thing. It's just one. Do not eat. Taste. Savor. Relish. Consider every morsel that you place inside your mouth. Be mindful. But do not eat. Our menu is too precious for that. And look around you. Here we are on this island. Accept. Accept all of it. And forgive. And on that note... food!’ – Chef Slowik

Perjalanan filem The Menu cuma mengambil masa dalam satu malam di satu latar tempat yang sama iaitu di restoran ternama milik Chef Showik. Uniknya pulau tersebut mempunyai banyak hidupan laut yang akan digunakan sebagai bahan dalam masakan. Sama juga tanaman dan daging yang ditanam atau diternak dengan cara yang tersendiri. 


Jumlah tu tak banyak pun sebab menu fine dining kan sikit je tapi menarik lah sebab sedikit sebanyak babak tu influence pandangan dan imaginasi kita bila masuk ke babak semua watak diberi makan. Faham lah kenapa menu tu sedap sebab bahan yang digunakan segar dan bermutu tinggi. Faham juga kenapa Chef Slowik minta semua yang ada malam tu untuk merasa dan bukannya makan. 

Sinematografi dari Peter Deming mempunyai gaya yang tersendiri lantas menguatkan lagi penceritaan The Menu yang menggunakan genre thriller sebagai genre utama. Walaupun ada beberapa shot yang tak difahami sebab nature filem yang bersifat satira tapi babak tertentu berjaya menguatkan lagi suasana yang hening dan mengerikan. 




I just watch this movie for fun je sebab tak faham pun apa satira dan mesej yang cuba disampaikan dari team production but reading all reviews stating facts and hidden messages makes me understand the movie much better. Apa simboliknya setiap watak dan kenapa Chef Slowik terkesan dengan kehadiran Margot yang hanya bekerja sebagai escort. No wonder lah filem ni dapat banyak pencalonan termasuklah Best Film Writing dan Best Thriller Film. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought + = /10

LIRIK LAGU CALAR - AMIR MASDI


Isnin lepas Amir Masdi release satu lagi music video, sebuah single dari album berjudul AM:PM yang dihasilkan bersama Edry Abdul Halim di Manchester, UK. Since I dah dengar satu album, lagu Calar antara fav song dari album ni selain Nurcinta dan Take Me Home. 

Lagu lain pun best juga macam Luar Kotak dengan Langit Biru boleh jadi OST filem atau drama genre sukan. Kalau tak jadi OST pun, at least AJK team building ada lagu lain nak masuk dalam playlist selain Gemuruh dan Standing In The eyes hshshs



LIRIK LAGU CALAR - AMIR MASDI
Artis : Amir Masdi
Penulis lirik: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Komposer: Amir Masdi & Edry Abd. Halim
Studio: Nova Music Malaysia

Berlegar di taman hati
Untuk cuba mengenali
Seorang bernama kekasih

Sahut terpanggil namaku
Sangkanya dari jiwamu
Ku berani pertaruhkan diri

[Pre-Chorus]
Rupanya aku
Bukan setandingmu
Calar hatiku petanda

[Chorus]
Sayangnya aku memetik 
Sekuntum mawar tercantik
Mekar harum mewangi
Salahnya aku menggamit 
Ranting yang mencucuk duri
Tercalar luka hatiku ini

Sedihku hampa berharap
Cinta yang mampu ku dakap
Terlepas dari dimiliki

[Pre-Chorus]
Rupanya aku
Bukan setandingmu
Calar hatiku petanda

[Chorus]
Sayangnya aku memetik 
Sekuntum mawar tercantik
Mekar harum mewangi
Salahnya aku menggamit 
Ranting yang mencucuk duri
Tercalar luka hatiku ini

[Bridge]
Aku sedar pedih bisa
Setelah hati tercalar
Aku sedar pedih bisa
setelah hati tercalar luka

[Pre-Chorus]
Rupanya aku
Bukan setandingmu
Calar hatiku petanda

[Chorus]
Sayangnya aku memetik 
Sekuntum mawar tercantik
Mekar harum mewangi
Salahnya aku menggamit 
Ranting yang mencucuk duri
Tercalar luka hatiku ini

Bollywood Star Di Majlis Ulangtahun Ke-25 Sabyasachi

Monday, 27 January 2025

Mencecah ulangtahun ke-25 atau Jubli Perak layak diberi perhatian dan pesta keramaian dengan kehadiran beberapa pelakon terkenal di Bollywood. Sabyasachi mengadakan sambutan ulangtahun di Jio Hall dengan memperagakan 157 custom yang dimulakan dengan Deepika Padukone dalam persalinan serba putih. 


I tak pergi majlis ulangtahun ke-25 Sabyasachi so this entry bukan berkenaan majlis tersebut tapi nak tengok artis mana yang datang. Tak pasti apa tema majlis ni tapi tengok pada pakaian semua tetamu, I guess it's elegant black? 

1. Ananya Panday


Super love with Ananya's look for this event! Ananya mengenakan midi dress berwarna hitam dan padankan dengan outer layer dari material organza dengan hiasan polka dot. Halter neck dihiasi renda berwarna hitam dan ikatan reben yang besar di bahagian bahu menguatkan lagi elemen retro pada penampilan Ananya. 

Ananya memilih gaya rambut retro dan smokey eyes makeup untuk tampil elegan dan menarik. Sepasang anting-anting berjurai gabungan bentuk rama-rama dan gegelung berwarna emas dipadankan dengan tas mini Chanel berona sama. 

2. Sonam Kapoor


Sonam Kapoor memilih gaya fesyen yang ekstra dengan gabungan wide neck sinlet sebagai top dan padankan bersama skirt paras lutut . Since dua pakaian di dalam ni akan tenggelam, I guess dia tak bagi perhatian sangat pun sebab jaket berbulu dia yang akan mainkan peranan utama. Choker sarat dari koleksi perhiasan Sabyasachi memukau perhatian. Rambut lurus dibelah tengah dan bold makeup menjadi pelengkap gaya Sonam. 

3. Kalyani 


Debut dalam The Fabulous Life of Bollywood Wives Season 3, Kalyani dijemput untuk hadir ke Majlis Ulangtahun Ke-25 Sabyasachi. Kalyani nampak ringkas dalam persalinan strap dress dari Dior dengan skirt berenda dari pinggang ke hujung kain. Kalyani padankan outfit dengan iconic pouch berwarna hitam dari koleksi Sabyasachi. 

4. Bipasha Basu


Dah lama tak nampak Bipasha Basu muncul dekat mana-mana event sejak dah ada Devi. Surprise juga lah bila nampak Bips dalam persalinan sari Bengali berona hitam dengan border berwarna emas. Persalinan tradisional Bips dipadankan dengan iconic pouch Sabyasachi berwarna hitam. Pouch ni sama dengan pouch Kalyani. 

Selalunya I tak suka dengan hairstyle bun but this one okay lah sebab nak tonjolkan jhumka emas dia. Kalau buat hairstyle lepaskan rambut mungkin tenggelam aksesori tu. 

5. Aditi Rao Hydari


Aditi tampil ayu dalam persalinan anarkali berona hitam dengan hiasan manik berwarna emas yang sarat di bahagian hujung kain dan juga dupatta. 


6. Alia Bhatt


Alia tampil dalam persalinan sari sutera Murshidabad yang digabungkan bersama bralette sarat dengan manik pelbagai bentuk. Sari ni dari koleksi Sabyasachi juga cuma nampak terlampau ringkas untuk Alia. Ada masanya sari sutera ni menggelembung dan tenggelamkan Alia. Soft curve di bahagian hadapan dan bun menjadi pilihan untuk majlis ulangtahun Sabyasachi.  

7. Sobhita Dhulipala


Sobhita Dhulipala tampil menggoda dengan maxi dress bercorak jalur harimau dari koleksi Sabyasachi’s Autumn/Winter 2024 Couture. Dalam gambar memang nampak bold dan elegan tapi bila dekat majlis, nampak macam baju biasa. Tak pasti kenapa Sobhita boleh pakai warna coklat, berbeza dengan tetamu yang lain. 

8. Deepika Padukone 


Since Deepika Padukone jadi opening untuk Jubli Perak Sabyasachi, cuma dapat tengok apa yang dia pakai dekat atas pentas peragaan je. I have a mixed reaction on this outfit. The pantsuit looks good tapi cotton jacket yang buatkan Deepika nampak besar. Dari depan mungkin okay lah kot tapi dari tepi, ketara sangat material tu mengembang. Plus, corak dekat jaket tu cuma ada di bahagian dalam padahal lagi cantik kalau dekat belah luar jaket. 

Sarung tangan hitam berfungsi untuk tonjolkan gelang hiasan hasil karya Sabyasachi tapi kalau ikutkan tak sesuai langsung dimasukkan sekali dalam outfit ni sebab hiasan dekat leher dan dada tu dah sarat. The hair is giving Rekha. 

Gordon Ramsay Healing di Hay Day

Saturday, 25 January 2025


Sejak bertukar hp baru, I sambung balik main game Hay Day and it's been a year already since I'm being active in here. 

Masa awal masuk dulu kerap jugak bertukar neighbourhood sebab tak ngam. Masuk yang sekarang boleh click, stress pun tak sangat as long boleh contribute. Kejap turun naik championship tu perkara biasa lah sebab task bukannya ditentukan oleh players. 

Anyway, after a year, Hay Fay keeps improving and the latest surprise untuk tahun baru 2025, Gordon Ramsay buat kemunculan selama seminggu menggantikan Greg yang pergi memancing. 


Selama seminggu jugak lah nama farm tu berubah kepada Gordon Ramsay's Farm. Nasib baik la Gordon dalam ni baik dan tenang je. Not contribute much pun sebab dia cuma jual barang dekat market lepastu bagi hadiah dalam bakul croquettes dia. 


Dalam bakul ni ada la hadiah-hadiah best untuk players' farms. 


Seminggu pun berlalu dan Gordon terpaksa balik jaga restoran dia hshshs 

Small cameo dalam game pun boleh buat I happy main Hay Day ni. 

5 Perkembangan Jalan Cerita One Cent Thief Musim 2

Friday, 24 January 2025

Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah (Syafiq Kyle) dan Digital Karma yang diketuai oleh Chen (Fabian Loo) untuk menjatuhkan Ibu Zara (Sofia Jane), pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa dan juga merupakan seorang ahli politik Parti Wirawan. 

Sementara Iman sembuh dari kecederaan ditembak oleh pengawal keselamatan, Intan (Azira Syafinaz) bawa kes menentang Ibu Zara ke Mahkamah. 

1. Iman Shah dan Digital Karma

Digital Karma melarikan Iman Shah selepas ditembak oleh pengawal (Nafis Zaidi) dalam Musim 1. Selepas sedar, Iman berjumpa dengan Ash atau nama sebenarnya Chen yang menyamar sebagai pegawai baru di Bintang Bank. Babak ni menjadi penutup pada One Cent Thief Musim 1

Misi Chen dan Digital Karma agak jelas dari episod pertama, trailer dan teaser untuk One Cent Thief Musim 2 iaitu menjatuhkan Ibu Zara dengan bantuan Iman Shah. Walaupun Digital Karma mempunyai ramai hackers tapi tak sebijak Iman yang menggunakan strategi mencuri 1 sen dari setiap akaun bank atau strategi-strategi lain. Kesemua akaun bank milik Ibu Zara berada di bawah Bintang Bank dan dijaga oleh Irene (Carmen Soo) dan Redza (Zain Hamid) akan menjadi sasaran Iman dan Digital Karma. 

Pengarah duo One Cent Thief Musim 2 - Ariff Zulkarnain dan juga Alfie Palermo bagitahu dalam musim 2 akan ada penambahan watak antagonis selain Ibu Zara. 

'Iman Shah dan Digital Karma akan bergabung untuk menjatuhkan Ibu Zara tapi bukan sekadar Ibu Zara sahaja, lebih dari tu. Maksudnya kalau dalam Season 1, Iman vs Bintang Bank, dalam Season 2 pula Iman vs something yang lagi besar iaitu Kerajaan.' - Ariff Zulkarnain

2. Penambahan Watak-Watak Baru

One Cent Thief 2 memperkenalkan Syarul Ezani sebagai Dzia, seorang polis undercover dari Unit Kegiatan Jenayah yang mengawasi rumah Intan untuk mengetahui keberadaan Iman Shah selepas menghilang dari Bank Bintang. Watak Dzia bekerja di bawah arahan ketuanya, Kapten Chandran (Shashi Taran). Watak D yang dilakonkan oleh Trisha Ooi merupakan orang kanan Digital Karma yang akan membantu Chen dan Iman. 

Selain tiga watak di atas, ada banyak lagi cameo disimpan sebagai kejutan untuk penonton One Cent Thief Musim 2. Ada beberapa pengarah terkenal akan muncul sebagai watak sampingan, pertambahan watak antagonis dan lain-lain lagi. 

3. Pairing Watak

Kalau sebelum ni dalam musim pertama Intan sentiasa bersama Ash (Fabian Loo) tapi dalam musim kedua, Intan bersama dengan Abah (Faizal Hussein). I pernah predict yang Ibu Zara akan cucuk Intan untuk lawan Iman rupanya tak. Intan dengan Abah akan berganding dan kukuhkan elemen drama dalam Musim 2. Bak kata Faizal Hussein dalam Sidang Media One Cent Thief 2, emosi dalam drama ni dua kali ganda dari musim sebelumnya. Azira juga bagitahu watak Intan mengalami kemurungan selepas tiga bulan Iman Shah menghilangkan diri. 

Iman Shah akan bergabung dengan Digital Karma iaitu Chen dan D walaupun awalnya dia nak cuci tangan. Gara-gara Ibu Zara bebas dari pendakwaan Mahkamah kerana tak cukup bukti, Iman setuju untuk bantu Digital Karma lalu curi 250 juta ringgit dari semua akaun milik Ibu Zara. 

Pihak UKJ Kapten Chandran dan Dzia pula memburu Iman untuk jenayah siber yang dilakukan. Dalam Episod 1, Dzia dapat konklusi Iman Shah berada dengan Digital Karma selepas berbulan mengawasi rumah Intan. Dalam musim 2 watak Dzia akan bergandingan juga dengan watak Intan. 

4. Lebih Banyak Aksi

One Cent Thief Musim 2 ada lebih banyak aksi dan stunt dari watak-watak utama. Walaupun Trisha Ooi berkecimpung dalam bidang stunt tapi watak D agak mencabar untuk dilakonkan. Perbezaan ketara dalam musim 2, setiap episod mempunyai stunt dan fighting scenes berbanding musim lalu cuma pada beberapa episod sahaja. 

'So far kita ada letupan dalam musim 2 sebab Astro Shaw minta kita up our game compared to Season 1 sebab ada limitasi pada bajet. Dalam Season 2 akan ada banyak aksi tembak-menembak, letupan dan muzzle flare.' - Pengarah One Cent Thief Musim 2, Ariff Zulkarnain 

5. Backstory

Dari segi jalan cerita, barisan penulis kembangkan dengan menambah backstory pada watak-watak utama. Penulis tekankan emotional journey pada beberapa watak antaranya Iman Shah dan Intan. Penulis juga kuatkan tema grey character dengan mewujudkan rasa empati terhadap watak Ibu Zara dengan paparkan 'luka' yang pernah terjadi dalam hidup watak antagonis utama. Grey area yang dipaparkan dalam musim 2 mempunyai persamaan dalam One Cent Thief Musim 1 supaya skrip terlihat berbeza dari kebiasaan yang memaparkan hitam dan putih. 

Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

SIAR PERLAWANAN EPL HARAM, KAFE POOL DIDENDA RM175K

Thursday, 23 January 2025

Astro mencatat kemenangan kedua dalam penganugerahan ganti rugi statutori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas sebuah kafe pool tempatan didapati bersalah melanggar hak cipta gara-gara menstrim perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara haram.

Dalam keputusan bertarikh 7 Januari, mahkamah memihak kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, dengan menganugerahkan ganti rugi statutori berjumlah RM175,000. Kes ini melibatkan Frenz Pool Café dan Tuwang 69 Sdn. Bhd., yang menstrim kandungan Astro tanpa kebenaran.

Tindakan undang-undang ini membabitkan tayangan awam tanpa kebenaran perlawanan EPL antara Manchester United dengan Brighton pada 16 September 2023, yang disiarkan menerusi Astro Supersport 3. Pelanggaran tersebut turut melibatkan penggunaan logo dan elemen penjenamaan Astro secara tidak sah, yang menjadi faktor penting dalam keputusan mahkamah.

Menyambut baik keputusan tersebut Pengarah Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata: “Kami amat berbangga menerajui usaha melindungi hak intelek, dan keputusan ini menegaskan komitmen kami untuk memastikan mereka yang mengaut keuntungan daripada kandungan cetak rompak dikenakan tindakan tegas. Perjuangan kami tidak terhenti di sini; kami akan terus bertindak melindungi kandungan bermutu kami bagi membina ekosistem digital yang lebih adil untuk semua.”

Selain ganti rugi, pihak mahkamah turut mengeluarkan injunksi kekal terhadap defendan, melarang mereka daripada menstrim kandungan hak cipta Astro secara tidak sah pada masa akan datang. Defendan juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM10,000. 

Kemenangan ini susulan kejayaan pertama Astro dalam penganugerahan ganti rugi statutori pada November 2024 yang melibatkan sebuah pub tempatan. Berbeza dengan ganti rugi pampasan yang memerlukan bukti kerugian sebenar, jumlah bagi ganti rugi berkanun tersedia maktub dalam undang-undang.

Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, dan inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

***********************

Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.3 juta rumah atau 65% isi rumah TV Malaysia, 8,900 perusahaan, 16.6 juta, pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 15.6 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

SIRI PREMIUM PALING DINANTIKAN, ‘ONE CENT THIEF’ KEMBALI DENGAN PERTARUHAN BESAR & PENDEDAHAN MENGEJUTKAN | Musim Kedua Fokus Isu Perbankan Digital & Penggubahan Wang Haram

Setelah menjadi bualan hangat dalam kalangan penggiat seni tempatan dan juga para penonton atas kejayaan cemerlang pada tahun 2022, Astro sekali lagi melangkau selangkah kehadapan dalam industri hiburan Malaysia menerusi siri premium Astro Originals dengan membawakan ‘One Cent Thief’ musim kedua. Siri terbitan Astro Shaw bersama Independant Pictures Sdn Bhd ini menyambung perjuangan Iman Shah dan Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, pemilik kartel dadah yang sangat berkuasa. Siri ini bakal bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat, di On Demand dan Asto GO bermula 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

‘One Cent Thief’ musim kedua membawakan topik lebih berat buat para penonton, memaparkan isu moral manusia yang sentiasa dahagakan kedudukan dan kuasa, sanggup menggunakan apa saja cara untuk memperolehnya demi kepentingan peribadi. Selain itu isu konflik dalaman keluarga, intergriti dalam pekerjaan, permainan politik kotor dan salah guna kuasa dengan memanipulasi undang-undang bagi kepentingan peribadi adalah antara tarikan yang menjadi tunjang kekuatan untuk naskah ini.

Siri 8 episod ini menyambung perjuangan Iman Shah pencuri dengan gelaran ‘One Cent Thief’ untuk menjatuhkan Ibu Zara, kartel dadah yang kini lebih berkuasa dan ditakuti semua pihak apabila berjaya mendapatkan kedudukan kukuh dalam dunia politik. Dengan bantuan Chen, ketua kepada kumpulan penggodam paling digeruni, Digital Karma, mereka telah merancang satu misi besar untuk merompak kesemua wang haram milik Ibu Zara dan mengedarkan kesemua wang tersebut kepada orang ramai. Ibu Zara yang kini semakin kebal setelah mempunyai jawatan dalam bidang politik, mula bermain dengan undang-undang atas perbicaraan terhadap dirinya melibatkan salah laku penggubahan wang haram, menyukarkan Intan yang kini sedang dalam usaha untuk mendakwanya melalui sistem perundangan yang sah.

Siri Premium Astro Originals ‘One Cent Thief’ musim kedua turut menyaksikan kolaborasi penuh dinamik jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Gooday Charge telah menjadi rakan kerjasama strategik Astro Shaw untuk sepanjang tahun 2025, dan usaha kerjasama strategik dalam industri ini bertujuan memberikan pengalaman menyeronokkan dan meningkatkan lagi keterujaan peminat untuk terus menonton siri hebat ini.

Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuat video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.

‘One Cent Thief’ musim kedua adalah hasil sentuhan premium Ariff Zulkarnain dan juga Alfie  Palermo, show runner dan pengarah asal bagi siri original One Cent Thief. Siri saspens penuh mendebarkan ini dibintangi oleh Syafiq Kyle (Iman Shah), Azira Shafinaz (Intan), Faizal Husin (Abah), Fabian Loo (Chen), Sofia Jane (Ibu Zara), Trisha Ooi (Diyana), Syarul Izani (Dzia) dan juga Shashi Taran (Kapten Chandran).

Penerbit Eksekutif ‘One Cent Thief’ musim kedua juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad, “Kejayaan luar biasa musim pertama One Cent Thief telah memberi kami inspirasi untuk terus mengembangkan naratifnya dengan menampilkan Musim 2. Siri ini bukan sahaja mendapat sambutan hebat di Malaysia, tetapi juga meraih pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi anugerah berprestij dan mencipta fenomena di peringkat global, termasuk di Netflix, di mana ia mendominasi senarai Top 10 di Malaysia, Singapura, dan Filipina.

Menerusi musim kedua, kami meneroka jalan cerita dengan lebih mendalam mengenai dunia penggodaman, perbankan digital dan pengubahan wang haram berskala besar. Kali ini, Ia tidak lagi hanya tentang tindakan individu, tetapi melibatkan organisasi besar yang memanipulasi sistem global. Melalui kisah yang mendebarkan dan plot twist di luar jangkaan, kami turut mengetengahkan isu-isu seperti kebocoran data, keganasan siber, dan aktiviti kewangan gelap, yang relevan dengan penonton masa kini. Kami berharap One Cent Thief 2 bukan sahaja dapat mencapai jangkaan penonton, tetapi juga mencetuskan kesedaran tentang kepentingan keselamatan data dalam dunia yang semakin membimbangkan.”

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran di Etika Holdings Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan rasa terujanya, “Di Etika, kami percaya dalam membina hubungan bermakna antara jenama kami dan komuniti. Jalan cerita One Cent Thief tentang ketabahan dan keazaman diri mencerminkan nilai-nilai yang dibawa oleh Goodday Charge. Kerjasama ini melangkaui sekadar penempatan produk, di mana ia adalah tentang menjadi sebahagian daripada sebuah cerita yang menginspirasi tindakan dan perubahan.

Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘One Cent Thief’ musim kedua akan mula bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakalam jam 9 malam di Astro Cita (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka. Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X menerusi tanda pagar #OneCentThief2 dan #AstroOriginals.

Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

Konsert Udit Narayan Live In KL, Okayish

Tuesday, 21 January 2025

Masa kawan ajak pergi konsert Udit Narayan Live in KL, I dah decide untuk tidak pergi sebab malas satu hal. Nak save duit satu hal lagi sebab ada restructuring dekat office so ada benda lah kena adjust supaya boleh hidup dengan stabil. Tapi tak lama lepas tu kawan ajak jugak pergi sebab anak-anak dia ada program pada tarikh dan waktu yang sama. Sayanglah kalau takde yang fill-in kan?

Konsert Udit Narayan ni dekat Megastar, Sungei Wang Plaza. Ni first time lah pergi konsert dekat Megastar, baru tahu kewujudan dia pun ye jugak. Kalau pergi konsert dengan Kak Liya, bab accomodation tak payah fikir dah sebab dia yang akan datang ambik dan hantar balik. 


Kitorang sampai agak lambat sebab konsert start jam 7.30 malam tapi sebab sesak teruk dekat simpang sebelum masuk Sungei Wang tu, terpaksa lah park dekat Times Square lepas tu jalan kaki pergi ke Megastar. Menyesal lah tak makan dulu dekat rumah sebab bukannya kena jaga wudhuk pun. 

Kalau konsert dekat stadium atau tempat yang kita tahu boleh lah makan dekat concert venue tapi yang ni tak tahu. Bila dah sampai dekat Entrance B untuk masuk dalam hall, staff organizer tak bagi bawa masuk kipas. So I tinggalkan je lah kipas tu dekat luar. Kalau hilang pun 12 hengget je. 


Lepas masuk tu nampak lah Syed Bistro open table jual makanan. I nak makan burger je tapi masa tengah queue tu ada brader bagi makanan free sebab dia kata terlebih beli. I was so thankful for that gesture tapi bila makan, nasi tu dah otw nak basi dah pun. Patut lah dapat free T.T

Boleh tahan jugak lah Syed Bistro ketuk orang sebab dia jual air suling 1 botol RM4 tapi kalau beli 3 botol boleh dapat dengan harga RM10 je. I beli je lah 3 sebab belanja sekali Kak Liya dengan adik dia. Seating dekat dalam tak tahu lagi macam mana, nanti nak keluar susah kalau in case dahaga. 

Masuk dalam ternampak Kak Nani dekat seat media, cehhh diam-diam dia join jugak. Selalunya seat media depan stage tapi yang ni jauh sikit lah but still row depan. Kitorang belakang sikit sebab beli tiket silver je. 



Kitorang jumpa seat dalam jam 7.45pm macam tu lepastu nampak dekat stage ada few people tengah berjalan. Ingatkan tengah setup untuk concert rupanya ada fashion show. I was like??? Pelik sekejap because this experience was new to me. Pukul 8 malam masuk lah Puteri Bollywood untuk buat opening performance. 



Suara dia not bad lah tapi macam mehhhh jugak sebab kenapa kena tengok dia perform sedangkan datang untuk Udit Narayan. Dia perform lagu Le Gayi - Dil To Pagal Hai dengan Aksar Duniya Mein - Dhadkan. Lepas tu bersambung ke performer kedua, Tiktokers lelaki. Dah tak ingat dah nama dia siapa sebab tak layan pun performance dia. 


I was wondering lah kenapa dalam banyak-banyak lagu Udit Narayan, dia pilih lagu Arijit Singh? Lagi tak boleh blah, Arijit Singh baru datang sebulan sebelumnya. 



Persembahan opening ketiga pula Kilafairy dengan lagu Kabhi Khushi Kabhi Gham tapi sebab Kila yang nyanyi dia jadi Total Gham sebab dia guna head voice. Bersambung pula dengan lagu Bole Chudiyan dan Ab Ab Laut Chalein berduet dengan Syamel. Dalam ramai-ramai yang nyanyi, Syamel je lah yang sedap suaranya. 



Masa performance duet ni tak faham lah kenapa cameraman dok fokus dengan Kilafairy je throughout performance. I know she's a fairy but give the screentime to Syamel as well. 


Selalunya opening performance dalam 2 atau 3 lagu tapi kemain lama ye konsert Udit Narayan Live in KL ni sebab bersambung pula ke persembahan Sana Arora, pemenang Saregamapa. But this one I happy lah layan sebab suara dia sedap teruk. Sana nyanyi lagu Zara Zara - Rehnaa Hai Tere Dil Mein. Sebelum ni tak suka pun dengan lagu asal sebab slow tapi sebab rendition Sana terus jatuh cinta. 

Ingatkan lepas Sana habis perform, Udit Narayan nak keluar lahhhh sambung balik ke Puteri Bollywood. Kau rasa? Kenapa organizer tak buat selang-seli instead letak semua performance dari artis lain di opening act? Mungkin sebab pakcik Udit lama beno bersiapnya. 


Jam 8.30 malam Udit Narayan muncul untuk perform. Sakit hati satu jam tunggu tu terubat lah juga sebab Udit start dengan lagu Papa Kehte Hain - Qayamat Se Qayamat Tak (1991), antara fav song dan lagu ni dijadikan intro kemunculan Varun Dhawan dalam movie Student of The Year (2012) jugak. 

Lepas tu lagu Ruk Jaa O Dil Deewane - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995) kemudian bersambung ke lagu Jaadu Teri Nazar - Darr (1993). Comel tengok dia buat gimmick K..K...Kiran dari movie famous tu. 


The reason Sana Arora join Udit Narayan Live In KL sebab dia akan assist Udit Narayan untuk lagu-lagu yang memerlukan suara wanita macam lagu Pehla Nasha. I happy sebab dapat dengar lagi suara Sana. Suara dia lebih kurang sama lunaknya macam Shirley Setia. Dah la features muka sama, cantik campur comel. Soft je muka diorang.



Masuk pukul 10 macam tu, Udit panggil wife dia join sekali untuk nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai title track, Dil To Pagal Hai title track dan Bole Chudiyan. Tang ni I baran jugak lah sebab masa opening performance sebelum tu, Kilafairy dengan Syamel dah nyanyi so kenapa boleh ada dua lagu yang sama dalam satu konsert? 

Lagu Udit Narayan ada 20,000 tapi kena dengar dua kali lagu yang sama. Like duhh??? Kalau nak duet nyanyi lah lagu Koi Mil Gaya title track sebab movie tu famous jugak dekat Malaysia. Organizer tak coordinate dengan artist ke?

Lagu terakhir ialah lagu Deewange Deewange - Om Shanti Om (2007) padahal baru pukul 10.50 malam? Konsert habis pukul 11 malam so boleh selit lagi satu lagu. Masa Jubin Nautiyal, SANAM dengan Arijit Singh sebelum ni boleh je stay untuk satu lagu lagi. I tak lah kecewa sangat sebab kawan belanja tiket though I paid half for the ticket price tapi yang bayar actual price tu bapak kesian gila because the experience was not worth it. 

Lagu yang Udit Narayan nyanyi pun kalau ikutkan sikit je sebab dia tak suka medley
1. Papa Kehte Hain - Qayamat Se Qayamat Tak (1991)
2. Ruk Jaa O Dil Deewane - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995) 
3.  Jaadu Teri Nazar - Darr (1993)
4. Tere Naam tiltle track (2003)
5. Pehla Nasha - Jo Jeeta Wohi Sikandar (1992) lagu ni patutnya tak payah nyanyi pun takpe sebab Jubin, SANAM dengan Arijit dah nyanyi tapi nak complaint lebih pun tak boleh sebab Udit adalah penyanyi asal. 
6. Tinak Tin Tana - Mann (1999)
7. Ho Gaya Hai Tujhko To Pyaar Sajna - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995) 
8.Mere Mehboob Mere Sanam - Duplicate (1998)
9. Main Yahaan Hoon - Veer-Zaara (2004)
10. Ae Ajnabi - Dil Se (1998)
11. Tu Cheez Badi Hai Mast - Mohra (1994)
12. Tip Tip Barsa Pani - Mohra (1994)
13. Kuch Kuch Hota Hai title track (1998)
14. Dil To Pagal Hai title track (1997)
15. Main Nikla Gaddi Leke - Gadar: Ek Prem Katha (2001)
16. Aye Mere Humsafar - Qayamat Se Qayamat Tak (1991)
17. Raja Ko Rani Se - Akele Hum Akele Tum
18. Udja Kale Kawan - Gadar: Ek Prem Katha (2001)
19. Nasha Yeh Pyar Ka - Mann (1999)
20. Dil Ne Yeh Kaha Hain Dil Se - Dhadkan (2000)
21. Kisi Disco Mein Jaaye - Bade Miyan chhote Miyan
22. Partner title track (2007)
23. Sahana - Sivaji the Boss (2007)
24. Kaho Naa Pyar Hai title track (2000)
25. Are Are - Dil To Pagal Hai (1997)
26. Bole Chudiyan - Kabhi Kushi Kabhi Gham (2001)
27. Mehndi Laga Ke Rakhna  - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995) 
28. Deewangi Deewangi - Om Shanti Om (2007)

Selama ni kalau pergi konsert Hindustan memang join under Hitman Solutions je, ni first time join under organizer lain. I boleh buat kesimpulan Hitman Solution is the best organizer for Bollywood concert. Venue dia buat konsert pun sesuai sebab boleh menari sekali. Lepas ni I akan pergi konsert organized by Hitman Solutions je lah. Staff pun tak merepek buat kerja. I tak dapat balik kipas ye sebab tak ambik gambar tangan dan kipas T.T