RM3 JUTA UNTUK 3 HARI TAYANGAN RASMI, KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL PILIHAN NO 1 FILEM LOKAL

Sunday, 1 December 2024

RM3 JUTA UNTUK 3 HARI TAYANGAN RASMI, KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL PILIHAN NO 1 FILEM LOKAL | ‘Kahar : Kapla High Council Tarik Kepercayaan Penonton Terhadap Filem Tempatan’

Filem Kahar : Kapla High Council kekal menjadi pilihan filem nombor 1 tempatan di pawagam ketika ini dan sekali gus cipta kutipan RM3 juta dalam tempoh 3 hari tayangan rasmi. 

Sepanjang ditayangkan, filem arahan Razaisyam Rashid ini telah berjaya menarik kepercayaan penonton untuk menonton filem tempatan. Menerusi perkongsian di platfrom X, @iammohsein menyatakan, “There’s no easy way to say this but uh..Kahar : Kapla High Council was actually a very, very good movie. It’s probably one of yhe most ‘complete’ Malaysian movie. And this is coming from me who totally abhors local productions that cheap out on realistic dialogue.’

Filem ini bukan sekadar memaparkan babak aksi yang mendebarkan, malah mesej yang diselitkan seperti pentingnya institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang turut meninggalkan kesan kepada penonton.

Menurut Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Terima kasih kepada penonton Kahar : Kapla High Council. Kami bersyukur dengan penerimaan baik filem ini. Melihat reaksi serta komen penonton selepas menonton, rata-rata berkongsi kepuasan mereka dari sudut jalan cerita, kualiti produksi dan memahami mesej yang ingin disampaikan seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang. Kami mengharapkan lebih ramai memberi peluang untuk menonton filem ini dan berkongsi pandangan serta pengalaman bersama kami.” 

Sejak Jumaat lalu telah bermula sesi jelajah Kahar : Kapla High Council di Kedah dan semalam di Perak. Kehadiran barisan pelakon digamatkan dengan sambutan dan sokongan padu penonton dan peminat. 



Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Counci hari ini 1 Disember di Perak; dan seterusnya 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu. 

Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.