Movie Review | Sector 36 (2024)

Monday, 2 December 2024


Director: Aditya Nimbalkar
Writer: Bodhayan Roychaudhury
Cast: Vikrant Massey, Deepak Dobriyal, Akash Khurana, Darshan Jariwala
Production Companies: Maddock Films, Jio Studios
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 124 minutes
Release Date: 13 September 2024
Trailer:


Masalah populasi berlebihan di sebuah daerah di Delhi buatkan Prem Singh (Vikrant Massey) bertindak untuk menculik kanak-kanak di situ. Organ mereka dijual kepada pembeli bernama Chote Lal (Kacho Ahmed) manakala daging mereka sama ada disimpan untuk dimakan ataupun dibuang di beberapa kawasan. 

Sub Inspector Ram Charan Pandey (Deepak Dobriyal) mendapat laporan bahawa bangkai mayat yang sudah membusuk dan juga rangka tangan dijumpai di dalam longkang berhampiran padang. Kes tersebut dibiarkan pending kerana pihak polis tidak menjumpai sebarang klu. Kerana kelemahan pihak polis, kes kehilangan kanak-kanak semakin meningkat di kawasan tersebut. 

Sehingga lah satu hari anak perempuan Sub Inspector Ram Charan Pandey hampir diculik. Nasib dia baik kerana ternampak Prem melarikan anaknya yang pengsan. Sejak kejadian tersebut, Sub Inspector Ram Charan Pandey cuba untuk menyiasat kes kehilangan Chumki (Tanushree Das) yang dilacurkan kepada Balbir Bassi (Akash Khurana), majikan Prem Singh. 

Naskhah jenayah drama Sector 36 terbitan Maddock Films dan Jio Studios diinspirasikan dari kisah benar kes jenayah yang pernah menggemparkan negara India - Nithari Case. Filem Sector 36 arahan Aditya Nimbalkar mengubah beberapa fakta kes kepada fiksyen termasuklah latar tempat dan pihak yang bekerjasama untuk memberkas dua penjenayah sadis. 

Kalau ikutkan kisah sebenar, Prem dan Balbir sepatutnya dihukum gantung sampai mati namun diringankan hukuman dan dibebaskan pada tahun 2023. Tak hairan lah kenapa filem Sector 36 diterbitkan pada tahun ini, sebagai peringatan kepada orang awam untuk lebih berwaspada. 

Dalam filem, diketengahkan usaha pihak polis untuk mencari dalang kes jenayah tersebut tapi ikutkan kisah benar, orang kampung sendiri yang mencari bantuan NGO untuk mencari anak-anak mereka yang hilang selepas terjumpa mayat dalam longkang. 

Dari awal lagi pengarah dah pertontonkan kekejaman Prem Singh terhadap mangsanya dan bagaimana kelemahan pihak polis yang menutup jejak jenayah akibat rasuah. Watak Pandey tak lah bijak mana walaupun dia yang berusaha memberkas Prem sebab dalam filem, pada second half, Prem sendiri yang datang buat pengakuan atas arahan Balbir. 

Naskhah Sector 36 lebih kepada menceritakan diskriminasi yang berlaku dan dalam masa yang sama mengutuk betapa lemahnya pihak berkuasa dalam menjaga imigran. Penduduk Sector 36 bukanlah rakyat India sepenuhnya kerana kebanyakannya adalah imigran ataupun berkasta rendah. Dalam filem juga paparkan bagaimana efisien pihak polis bekerja bila anak orang kaya diculik. Dalam masa 2 hari kes boleh selesai dengan mudah tapi sebaliknya yang berlaku kepada keluarga miskin. Nak buat laporan pun terpaksa merayu dekat pegawai polis setiap hari. 

Saurabh Goswami menggunakan sinematografi berona gelap untuk mewujudkan suasana ngeri dan kejahatan yang menyelebungi kawasan tersebut. Camera works dengan transisi menarik sesuai dan setanding dengan kehendak Netflix. 

Lakonan Vikrant Massey bagus sebagai Prem Singh yang pandai menyamar sebagai manusia normal dan berpenampilan harmless. Sayangnya sisi psiko dia gagal mneninggalkan impak pada penceritaan. Masalah psikologi turut dijadikan tunjang masalah jenayah tersebut hingga menyebabkan Prem menjadi kanibal dan pedofilia. 

Watak Inspektor Pandey bergerak sama kuat dengan watak Prem Singh namun tampak lemah dalam babak pengakuan tu. Mungkin dia tak patut react pada cerita Prem sebab dia pegawai polis tapi sebagai seorang bapa? Sama juga dengan ketua dia, Bhupen Saikia (Baharul Islam) yang lebih banyak diam dan tenang sedangkan berhadapan dengan pembunuh bersiri.

Memandangkan watak Inspektor Pandey adalah fiksyen kerana dua orang pegawai polis digantung tugas akibat tidak menjalankan tugas dalam kes sebenar, agak kecewa dengan ending filem Sector 36 yang mengelirukan. Macam mana isteri Prem boleh hantar CD kepada isteri dia kalau semua parcel dia diperiksa dahulu oleh Chote Lal? Macam mana CD boleh sampai ke tangan orang lain lepas 3 orang samseng ditangkap? 

Naskhah Sector 36 mempunyai idea dan reference yang padu tapi tersia dek olahan yang kurang rencah dari production team. Tak sepatutnya penulis tekankan kelemahan polis sedangkan penonton sedia maklum dengan masalah rasuah dan diskriminasi terhadap golongan miskin di India. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.