Movie Review | Rumah Dinas Bapak (2024)

Saturday, 14 December 2024


Pengarah: Bobby Prasetyo 
Penulis Skrip: Dodit Mulyanto 
Pelakon: Dodit Mulyanto, Putri Ayudya, Yasamin Jasem, Elang El Gibran, Rukman Rosadi
Syarikat Produksi: Starvision
Pengedar: Starvision, Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 93 minit
Tarikh Tayangan: 08 Ogos 2024
Trailer:


Bekerja sebagai renjer hutan membuatkan si ayah, Pak Joko (Dodit Mulyanto) sering berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan lainnya. Dodit (Octavianus Fransiskus) menolak keras idea terpaksa berjauhan dengan rakannya tapi setelah dipujuk Ibu (Putri Ayudya) yang akan membelikan hadiah kereta Tamiyo, Dodit akhirnya akur dengan keputusan tersebut. 

‘Dodit mahu lima Tamiyo, boleh ya bu?’
‘Boleh, satu Tamiyo satu tahun. Kalau lima, lima tahun lah.’

Rumah dinas iaitu rumah yang disediakan jabatan renjer hutan terletak jauh di pedalaman dan berdekatan dengan kawasan kubur. Rumahnya besar tapi mempunyai sel penjara kecil di luar rumah berdekatan dengan stor. Rumah tamu juga disediakan berasingan dari rumah utama tapi tak lah jauh. 

Bergerak awal pagi tapi sampai ke malam baru selesai mengangkat barang masuk ke rumah baru. Kakak Dodit, Lis (Yasamin Jasem) tak banyak membantu kerana sedang hamil anak pertama. Setelah selesai mereka disapa oleh Sugeng (Sadana Agung Sulistya) dan Kasno (Fajar Nugra), pembantu Pak Joko di situ. 

Enggan berlama di situ tapi langkah kiri pula bila diajak tidur di rumah baru Pak Joko kerana mereka berdua tahu rumah tersebut berhantu. Malam pertama sudah diganggu dengan bunyi besi. Keesokan hari pula Mbah Slamet (Rukman Rosadi) datang menghantar minyak dan memaklumkan tentang rumah yang dihuni mereka ada hantunya. Pak Joko tak ambil pusing tapi Dodit, Lis dan Ibu terganggu kerana mereka yang menetap di rumah sementara Pak Joko dan Dewo (Elang El Gibran) keluar berjaga di hutan.

Jangankan malam, malah siang juga mereka bertiga sering diganggu oleh makhluk halus sampai Dodit mengajak Sugeng dan Kasno berjumpa dengan Mbah Slamet untuk ceritakan apa yang mengganggu mereka. 

Filem Rumah Dinas Bapak diadaptasikan dari pengalaman sebenar yang dialami Dodit Mulyanto ketika kecil pada tahun 90-an. Jarang dapat tengok kisah tentang renjer hutan selain karya Hollywood yang banyak menjaga hutan supaya tak diceroboh orang. Dalam filem Rumah Dinas Bapak arahan Bobby Prasetyo diceritakan bagaimana renjer hutan menjaga kawasan hutan jati supaya tak dicuri orang tapi tak difokuskan sangat di situ sebaliknya di rumah. 

Masa keluarga Dodit sampai ke rumah dinas tu pelik lah juga bila ada penjara untuk pencuri kayu. Ingatkan orang curi kayu api rupanya kayu jati, kayu tu kan mahal bila jual jadi tak hairan lah kalau orang kampung marah benar dengan pencuri. 

Walaupun filem Rumah Dinas Bapak ni genre seram komedi tapi kedua-dua elemen sama hebatnya. Elemen kelakar ada yang tipikal tapi tetap kelakar dan menghiburkan sebab lakonan yang cemerlang yang dapat ruang tersendiri untuk menyerlah. Bila seram memang menakutkan tiap kali Mimin (Fatma Faisal Nahdi) atau hantu lain mengganggu. Masa tengok trailer I assume Mimin adalah replika Kak Limah tapi Mimin ada cerita tersendiri yang menyayatkan hati. Kasihan juga dengan roh lain dekat situ sebab Mbah Slamet cuba untuk tolong tapi dia pun tak tahu askar Belanda buang mayat diorang masa menjajah dulu.

Dialog dalam Rumah Dinas Bapak juga antara kekuatan naskhah terbitan Starvision macam conversation antara Pak Joko dengan Ibu tentang tulah hantu. Betul apa Ibu kata, kalau tak percaya nanti hantu datang kacau tapi betul juga pendirian Pak Joko, jadi bingung! Geram la juga Pak Joko tak kena kacau pun macam yang lain padahal kena bermalam sorang-sorang dekat hutan tapi nasib baik ada kejadian yang buatkan dia sedar keselamatan keluarga lebih penting dari tanggungjawab kerja dia. 

Sinematografi Padri Nadeak mengukuhkan lagi penceritaan Dodit dengan mewujudkan suasana kawasan rumah yang sepi dan kelam. Siang pun terasa sunyi sebab jauh dari orang lain tapi dekat dengan kubur. Transisi Mbah Slamet ke dunia barzakh tu smooth. Penampakan Mimin dalam beberapa babak pun menarik sebab dia tak diberi fokus pun oleh pengarah tapi vibe tu jadi kuat. 

Nasib baik filem rumah Dinas Bapak ada elemen komedi sebab pengalaman Dodit memang menyeramkan untuk kanak-kanak, tambah pula dia yang selalu berjumpa dengan Mimin berbanding watak lain. Kalau filem ni seram sepenuhnya, mungkin boleh termimpi-mimpi. Dekat credit scene pengarah letak gambar in reel dan in real life bersebelahan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.