Movie Review | Lucky Baskhar (2024)

Sunday, 1 December 2024


Director: Venky Atluri 
Writer: Venky Atluri
Cast: Dulquer Salmaan, Meenakshi Chaudhary, Rajkumar Kasireddy, Tinnu Anand, Sachin Khedekar, P. Sai Kumar, Ramki, Sarvadaman D. Banerjee, Sivannarayana Naripeddi
Production Companies: Sithara Entertainments, Fortune Four Cinemas
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Drama
Running Time: 151 minutes
Release Date: 31 October 2024
Trailer:


Berlatarkan era lewat 80-an dan awal 90-an, Baskhar (Dulquer Salmaan) merupakan seorang teller di sebuah bank ternama di Bombay, Magadha Bank. Impian Bhaskar adalah untuk menjadi penolong pengurus bank setelah 3 tahun dianugerahkan sebagai pekerja terbaik di bank tersebut. Selain menjadi seorang bapa, dia juga menyara adik lelakinya yang ingin menjadi jurutera, adik perempuannya yang sedang belajar di peringkat sarjana muda dan menjaga ayahnya (Sarvadaman D. Banerjee) yang sakit setelah kehilangan duit akibat ditipu oleh rakan baiknya sendiri. 


Komitmen yang banyak membuatkan Baskhar berhutang dengan beberapa orang jiran di komunitinya. Dek kerana pekerjaannya sebagai loan officer, ramai pelanggan yang berikan 'upah' kerana membantu mereka mengisi borang atau memenuhi keperluan lain. Pengurus dan rakan sekerjanya tahu tapi mereka tak ambil pusing kerana duit upah yang diambil agak kecil nilainya malah karakter Baskhar yang mesra dan ringan tulang juga buatkan ramai orang selesa dengan dia. 


Naskhah Lucky Baskhar adalah naskhah Telugu arahan juga penulisan Venky Atluri, mewujudkan watak Baskhar yang hidup sebagai orang awam dan bekerja keras menyara keluarga. Tuah dia datang apabila dia bekerja di bank yang sama menguruskan permohonan pinjaman Harshad Mehta yang terkenal di pasaran saham di India pada era tersebut. 


Dalam filem Lucky Baskhar, Harshad Mehta diubah namanya kepada Harsha sebab filem ini adalah fiksyen semata. Watak Baskhar tak pernah pun bertemu dengan Harsha tapi Baskhar lah yang menguruskan Bank Receipts ataupun promissory note antara bank Magadha dengan bank Katari sebelum proses jual beli saham di Bombay Stock Exchange berlaku. 


Harsha akan hantar Suraj (Maganti Srikanth) untuk buat BR di bank Katari kemudiannya hantar ke bank Magadha untuk diluluskan oleh Baskhar. Syaratnya, Suraj kena maklumkan kepada Baskhar sehari awal sebelum Harsha beli saham ataupun jual saham supaya dapat raih keuntungan yang lebih kurang banyak dengan Harsha. Dari segi undang-undang, Baskhar memang tak ada buat jenayah pun sebab dia cuma dapat untung melalui tip yang diberi oleh Suraj. Tapi kenapa filem ni di bawah genre jenayah, tu kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

I enjoy tengok filem Lucky Baskhar sebab karakter watak dia tak sama dengan watak Harshad Mehta seperti yang diceritakan dalam siri Scam 1992 : The Harshad Mehta Story (2020). Dia tahu bila nak berhenti jadi tamak. Mungkin dekat second half, isteri dan ayah dia mainkan peranan besar supaya dia berhenti jadi tamak tapi dekat first half dah boleh nampak, dia tahu limit dia dekat mana sebab masa Samba ajak dia jadi trader, dia masih tetap dengan pendirian untuk stay sebagai pegawai bank. Masa Suraj ugut pun dia tetap dengan pendirian untuk berhenti. 


Pace penceritaan Lucky Baskhar pun laju dengan info yang agak santai supaya penonton senang faham macam mana Baskhar buat duit dengan beberapa jenayah tanpa diberkas polis. Macam mana Harshad Mehta boleh dapat duit untuk buat stock trading dengan mudah. Rasuah, insider trading, stock manipulation semuanya diperjelaskan dengan bagus. 

Mungkin filem ni nampak macam mengajar orang untuk buat jenayah tapi tak sebenarnya sebab tajuk filem pun Lucky Baskhar, dalam dunia ni ada berapa ramai yang bertuah. Gerak-geri Baskhar diiringi dengan tuah. Boleh nampak macam mana sistem bank agak lemah pada era 80-an sebelum wujudnya teknologi. Semuanya bergantung kepada keikhlasan pekerja masa tu. 


Sinematografi dari Nimish Ravi menguatkan lagi penceritaan Lucky Baskhar dengan berlatarkan suasana masyarakat di bandar Bombay. Dalam kesibukan dunia orang awam, Baskhar dan Sumathi mampu bahagia dan wujudkan aura romantik dengan cara mereka sendiri. Chemistry from both actors is on fire. 

Sesuai sangat Dulquer berlakon sebagai Baskhar sebab dia ada visual yang menarik, comel bila dia berinteraksi dengan audience. Tak kurang hebatnya Meenakshi yang meyakinkan sebagai Sumathi. Watak dia menguatkan landskap emosi sebagai ibu, isteri dan anak perempuan yang tersisih dalam keluarga. Supporting cast juga membantu menyokong karakter Baskhar dengan bagus hingga ke hujung cerita sekaligus menjadikan Lucky Baskhar sebuah naskhah yang menghiburkan.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

2 comments

  1. Saya nak nonton 😍. Mungkin karena ceritanya ttg bank, tempat saya kerja lama, jadi macam familiar dengan alur dia. Penasaran juga trik2 yg dia pakai utk breach the rules ,Krn kalo skr ini memang tak mudah utk bisa melakukan hal2 yg di atas 🤭

    ReplyDelete
  2. If you're looking for a quick way to enhance your images, try using a how to expand images with ai. This AI-powered tool allows you to expand your images with ease, providing high-quality results and ensuring your photos look as sharp and detailed as possible.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.