Director: Divyang Thakkar
Writer: Divyang Thakkar
Cast: Ranveer Singh, Shalini Pandey, Ratna Pathak Shah, Boman Irani, Diksha Joshi
Production Company: Yash Raj Films
Distributor: Yash Raj Films
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Date: 13 May 2022
Trailer:
Jayesh Patel (Ranveer Singh) mempunyai masalah besar bila isterinya, Mudra (Shalini Pandey) belum melahirkan anak lelaki untuk teruskan keturunan mereka. Jayesh tak ada masalah langsung dengan jantina anaknya tapi sudah menjadi pegangan Pruthvishbhai (Boman Irani) dan kampung hanya anak lelaki yang layak dibesarkan.
Mudra sudah 5 kali menggugurkan anak selepas mengetahui jantina bayi adalah perempuan. Doktor melarang keras kandungannya digugurkan sekali lagi kerana akan mengancam nyawa si ibu. Jayesh dapat tahu kewujudan sebuah kampung bernama Laadopur di Haryana yang menerima kehadiran mana-mana perempuan ke kampung mereka akan dijaga dengan baik. Kampung mereka menerima nasib malang selepas banyak anak perempuan dibunuh sehingga tiada langsung perempuan untuk dikahwini dan ramai lelaki membujang sampai ke tua.
Jayesh bercadang untuk bawa keluarganya ke sana supaya Mudra melahirkan bayi dengan selamat. Ibunya, Jashoda (Ratna Pathak Shah) pula sudah buat temujanji untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan Mudra. Kerana bimbang keselamatan isteri dan anaknya, Jayesh berlakon akan dibunuh oleh Mudra kemudiannya mereka sekeluarga lari keluar dari rumah menuju ke Haryana.
Naskhah social drama Jayeshbhai Jordaar merupakan filem arahan dan penulisan pertama untuk Divyang Thakkar yang sebelum ni menjadi pelakon teater. Filem terbitan Yash Raj Films mengetengahkan diskriminasi terhadap kaum wanita yang melampau di kawasan pedalaman seperti babak Pruthvishbhai yang mengharamkan penggunaan sabun untuk semua penduduk wanita di kampung tersebut supaya tidak diganggu oleh lelaki. Kaum wanita juga perlu sorokkan muka di balik selendang setiap masa.
Sedih tengok nasib kaum wanita dekat kampung tu sebab banyak larangan sementara yang lelaki boleh bersuka-ria. Selain diskriminasi tersebut, ada juga kepercayaan karut lain yang diamalkan oleh penduduk kampung. Kebanyakan amalan ni diceritakan dalam babak yang menghiburkan tapi nak gelak sangat pun tak boleh sebab kasihan.
Ada juga yang pergunakan anak perempuan untuk dapatkan habuan dari Kerajaan sebab Perdana Menteri lancarkan Kempen supaya hantar selfie bersama anak perempuan masing-masing. Tak pasti lah ganjaran dari Kerajaan banyak mana tapi kalau orang kampung sanggup beratur panjang, mungkin banyak lah kot. Babak ni dimasukkan sepintas lalu bila Jayesh dengan Mudra sampai ke kampung lain untuk sembunyi dari Pruthvishbhai je.
Lakonan barisan pelakon utama cemerlang dalam watak masing-masing dengan ruang yang diberikan tapi skrip filem Jayeshbhai Jordaar sendiri tak lah kuat sangat. Dekat first half seronok lah tengok Jayesh, Mudra dan anak sulung mereka, Siddhi (Jia Vaidya) melarikan diri dari orang kampung tapi masuk second half dah mula serabut dah.
Bosan dengar preachy scene dari Jayesh Patel ditambah pula dengan permintaan untuk cium secara terbuka. Dia nak point out yang skinship atau affection antara suami isteri adalah digalakkan supaya hubungan lebih mesra but it just sounds weird. Kadang bila melebih pun boleh rosakkan mesej cerita macam Siddhi yang panggil nama parents macam Americans buat sebab nak nampak keluarga mereka bebas dari amalan kuno kampung tu tapi urggghhh I tak selesa. Mungkin ada yang okay tapi I feel it was forced and overused.
Mungkin durasi filem agak panjang untuk genre drama dengan isu sosial yang diketengahkan. Kalau pengarah selitkan dua atau tiga lagu mungkin tak lah terasa berat sangat. Sayang lah lagu banyak letak dekat credit scene padahal lagu Firecracker – Vishal Dadlani dan Shekhar Ravjiani tu best.
Filem Jayeshbhai Jordaar ni okay je untuk ditonton secara santai sebab dia ada mesej yang kuat dan beberapa babak yang menghiburkan. Mungkin ada yang tak pernah tahu kewujudan filem ni sebab tak banyak pun promo dan recommendation sampai gagal di box office. Patutnya YRF tayang dekat streaming platform je masa pandemik dulu dari biarkan filem mereka terkorban.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.