Movie Review | Hijack 1971 (2024)

Wednesday, 25 December 2024


Director: Kim Seong-han
Writer: Kim Kyung-chan
Cast: Ha Jung-woo, Yeo Jin-goo, Sung Dong-il, Chae Soo-bin
Production Companies: Perfect Storm Film, Channel Plus
Distributors: Sony Pictures Entertainment Korea, Kidari Studio
Genre: Thriller / Drama
Running Time: 100 minutes
Release Date: 21 June 2024
Trailer:


Diadaptasikan dari kisah benar, pada tahun 1971, sebuah kapal terbang komersial Korea Selatan mandapat ancaman pengganas Yong-dae (Yeo Jin-goo) yang memberontak ingin berpindah ke Korea Utara. Yong-dae dibuli oleh penduduk kampung yang menganggapnya sebagai komunis lalu mempunyai tanggapan bahawa kehidupan di Korea Utara lebih bagus dari negara sendiri. 

Dia membawa masuk dua unit bom tangan ke dalam kapal terbang dan meletupkan bom pertama di ruang laluan tengah kapal terbang. Pramugari Ok-soon (Chae Soo-bin) memaklumkan letupan tersebut kepada pilot Kyu-sik (Sung Dong-il) dan Kapten Tae-in (Ha Jung-woo) di kokpit sementara pramugara Chang-bae (Moon Yoo-kang) diikat di bahagian belakang pesawat. 

Kapal terbang yang berlepas dari Sokcho Airport menuju ke Gimpo International Airport membawa 55 orang penumpang. Kes yang sama juga pernah terjadi pada tahun 1969 di mana senior Kapten Tae-in menceroboh masuk ke sepadan Korea Utara atas desakan pengganas. Walaupun kesemua penumpang terselamat namun 11 orang krew kabin tidak dihantar pulang oleh Kerajaan Korea Utara kerana kemahiran mereka diperlukan di sana. 

Bukan sesuatu yang bagus apabila rakyat Korea Selatan ditangkap ke negara seberang kerana mereka akan dilayan dengan teruk dan diseksa. Kapten Tae-in sebolehnya mengelak untuk masuk ke sempadan Korea Utara kerana minyak pesawat juga terhad, hanya mencukupi ke Gimpo. 

Naskhah Hijack 1971 merupakan filem debut untuk pengarah Kim Seong-han yang sebelum ini pernah menjadi Assistant Director untuk filem Ashfall (2019). Mungkin sebab pengalaman bekerja dengan Ha Jung-woo dalam filem Ashfall juga antara sebab kenapa dia pilih pelakon tersebut untuk watak utama. 

Disebabkan diangkat dari kisah benar, high chance dah ramai dah pun yang tahu apa ending filem ni jadi olahan pengarah lebih fokus pada ketegangan dalam detik cemas dan emosi dari semua watak yang terlibat dalam kapal terbang tersebut. Di awal filem Hijack 1971 juga diceritakan tentang hijack yang berlaku pada tahun 1969 supaya emosi pada babak tu akan berlanjutan kepada konflik utama dan menjadi justifikasi kepada tindakan Kapten Tae-in selepas diserang oleh pengganas. 

Tak senang duduk masa layan Hijack 1971 ni sebab dekat dalam kena serang dengan pengganas, di luar kapal terbang ada dua unit jet Tentera Udara Korea bersedia untuk tembak enjin kapal supaya tidak menceroboh sempadan Korea Utara. Sama juga dengan pihak Korea Utara yang bersedia untuk serang kapal terbang tersebut sebaik saja masuk ke sempadan negara. 

Penulis Kim Kyung-chan masukkan backstory untuk watak antagonis bukan untuk rasa kasihan pada Yong-dae tapi sebagai pengajaran dan mesej sosial kepada masyarakat. Memang kejam orang kampung yang buli dia tapi kalau dia balas balik kepada orang kampung then it is justifiable lah tapi bila dia serang penumpang dalam kapal terbang tu, dia memang layak dihukum. Sedih tengok babak penumpang berserah terpaksa koyak ID masing-masing sebelum masuk ke sempadan Korea Utara. 

Sinematografi dari Lee Hyung-deok menguatkan penceritaan dengan beberapa camera shot yang sesuai untuk menguatkan lagi elemen thriller dan drama dalam naskhah Hijack 1971. Reaksi beberapa watak diperjelaskan lagi melalui close-up shot. Tak banyak props yang digunakan untuk tahun 70-an tapi boleh lah tengok situasi di kapal terbang pada era tersebut. Masa ni tak ada seating number jadi kebanyakan penumpang kena lari untuk berebut tempat. Zaman sekarang berebut nak duduk dekat window seat. 

Kudos to Kim Seong-han dan team Hijack 1971 sebab berjaya paparkan kisah benar yang berlaku dalam Sejarah penerbangan Korea Selatan dengan cemerlang. Dekat hujung filem ada beberapa gambar sebenar dari insiden hitam ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.