Movie Review | Ford v Ferrari (2019)

Tuesday, 31 December 2024


Director: James Mangold
Writers: Jez Butterworth, John-Henry Butterworth, Jason Keller 
Cast: Matt Damon, Christian Bale, Jon Bernthal, Caitríona Balfe, Tracy Letts, Josh Lucas
Production Companies: Chernin Entertainment, TSG Entertainment, Turnpike Films
Distributor: 20th Century Fox
Genre: Biography / Sports / Drama
Running Time: 152 minutes
Release Date: 30 August 2019 (Telluride), 15 November 2019 (United States)
Trailer:


‘In 1899, my grandfather, Henry 'By God' Ford, was walking home from Edison Illumination after working a double shift. He was ruminating. That morning, he had himself an idea that changed the world. Sixty-five years, and 47 million automobiles later, what shall be his legacy? Getting it in the tail pipe from a Chevy Impala.’ – Henry Ford II

Pada tahun 1963, Ford Motor Company mengalami kemerosotan penjualan kereta yang agak teruk lalu Vice Presiden Lee lacocca (Jon Bernthal) mencadangkan kepada Henry Ford II (Tracy Letts) untuk menyertai perlumbaan kereta. Pesaing mereka, Ferrari sudah lama menjuarai Le Mans dan jenama mereka popular dan kukuh kerana perlumbaan kereta. 


Lacocca mengambil Carroll Shelby (Matt Damon), bekas pelumba kereta yang pernah menjuarai Le Mans pada tahun 1959 untuk mencipta racing car. Shelby menggunakan kepakaran dan kemahirannya mencipta kereta tersebut dan mencadangkan nama rakannya, Ken Miles sebagai pelumba kereta Ford kerana dia mempunyai masalah kesihatan. 

Ken Miles tidak disukai oleh Leo Beebe (Josh Lucas), Senior Vice President Ford kerana memandang rendah prototaip kereta baru, Ford Mustang. Akibatnya, Beebe menghalang Ken Miles untuk bertanding dalam Le Mans. Ford pilih Phil Hill dan Bruce McLaren untuk menjadi pelumba kereta mereka atas saranan Beebe. Malangnya keputusan tersebut menyebabkan Ford kalah dalam Le Mans. 


Shelby menegaskan kepada Henry Ford II yang masalah bukan terletak pada kereta yang dibina tapi pada kemampuan pelumba yang tak secekap Ken Miles. Shelby buat perjanjian dengan Henry, sekiranya Miles menang di perlumbaan Daytona, dia layak berlumba di Le Mans. Jika Miles kalah, Ford boleh ambil ownership Shelby American sepenuhnya. 

‘All due respect, sir, you can't win a race by committee. You need one man in charge. Now, the good news, as I see it, is that even with all the extra weight, we still manage to put old Mr. Ferrari exactly where we want him.’ – Carroll Shelby


Tergerak hati nak layan filem Ford v Ferrari sebab rating dia tinggi padahal tak pernah layan pun sukan lumba kereta. Tahu kewujudan Ferrari dan Ford tapi tak pernah tahu ada sejarah antara dua jenama kereta yang terkenal di seluruh dunia. 

Naskhah Ford v Ferrari merupakan biografi dan drama sukan yang menceritakan bagaimana Shelby dan Miles berjaya mengubah nasib Ford dalam sejarah sukan lumba lalu menyelamatkan Ford dari bankrap. Walaupun genre dia agak berat tapi olahan pengarah James Mangold buatkan naskhah sukan terlihat menarik. Tak senang duduk tengok konflik dalaman Ford antara Leo Beebe dan Ken Miles sebab bermula dari ego dan berakhir pun dengan ego juga. 


Watak Carroll Shelby mempunyai kemahiran dalam pembuatan kereta selepas berhenti bertanding sebagai pelumba kereta dan kerana marketing skills dia juga dia boleh yakinkan Henry Ford II untuk setuju dengan keputusan yang dia buat. Bukan senang nak pujuk CEO yang dikelilingi ramai eksekutif dalam syarikat besar. 

Tapi kalau ikutkan Carroll Shelby tak rugi apa pun kalau Ford pecat dia sebab populariti dan kerja dia masih lagi kuat. Cuma sayang lah kalau dia tak grab peluang untuk pergi lebih jauh dengan kerjasama bersama syarikat besar macam Ford. 


Lakonan Matt Damon menjadi sinergi kepada persembahan Christian Bale sebagai pelumba kereta yang cerewet dan baran. Cerewet bukan sebarang cerewet lah sebab dia tahu kerja dan passion dia. Kerjasama dan kepercayaan Shelby dengan Miles yang membuahkan kemenangan dalam sukan lumba. Masa orang lain minta Miles slow down sebab brek nak terbakar tapi Shelby yang yakinkan Miles untuk tambah kelajuan. Kalau Miles tak percayakan Shelby, tak mungkin Miles dapat pecahkan rekod dalam sukan lumba pada masa tu. 

Cabaran kepada Phedon Papamichael untuk menghasilkan sinematografi yang cantik dalam naskhah Ford v Ferrari sebab race track untuk Le Mans adalah gabungan 5 tempat yang berbeza. Pengarah perlu pastikan pergerakan kereta sama dalam babak sebelumnya dan pastikan juga keadaan cuaca. Masa tengok movie rasa macam berlumba dekat race track yang sama padahal banyak sentuhan VFX untuk touch-up kekurangan visual. 



Sebanyak 9 GT40 dibina semula untuk filem Ford v Ferrari. Filem ni ambil masa selama 69 hari untuk penggambaran tapi develop dari tahun 2010 sebab ada banyak masalah terutamanya dari segi bajet yang tinggi. Nasib baik berjaya juga diterbitkan dan mendapat pulangan berganda dari modal yang dikeluarkan. Kudos to the team for making a dream comes true. Boleh kata filem ni akan ditonton banyak kali juga menjadi rujukan peminat sukan lumba kereta sebab banyak fakta menarik dimasukkan. 


I layan filem Ford v Ferrari ni masa kecewa dengan workplace tapi terubat bila tengok ending scene. Buat kerja bagus macam mana pun, kalau atasan tak hargai, sampai ke sudah pun tak akan dihargai. Yang penting kita tahu mutu kerja dan impian kita apa. Cukup ada strong support system macam Shelby, Mollie Miles (Caitriona Balfe) dan Peter (Noah Jupe) dah boleh kuatkan semangat untuk capai impian yang kita kadang kala tak yakin boleh dapat. Recommended to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.