Pengarah: Mohd Shah Faizul
Penulis Skrip: Wan Rafiq Fadzly
Pelakon: Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee, Kis Aisha, Hazama, Noh Salleh, Jesse Lim, Cupcake Aisyah, Arieff Yong, Natasha Hudson
Syarikat Produksi: Nads Media Entertainment
Pengedar: Nads Media Entertainment
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2024
Trailer:
Di awal perkahwinan Isyak (Qi Razali) bersama Hayati (Cristina Suzanne), mereka dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Maya. Seluruh masa dan perhatiannya diberikan kepada Maya dan kenangan mereka sekeluarga sentiasa diabadikan dalam gambar polaroid.
Ketika anak mereka menginjak ke alam sekolah rendah, Isyak dibuang kerja sebagai arkitek setelah berbakti kepada syarikat tersebut sekian lama. Isyak mencari jalan untuk mendapatkan wang supaya kelas piano Maya (Kis Aisha) tidak dibatalkan. Impian Isyak adalah ingin melihat Maya bermain piano di hadapan orang ramai. Dia mencuba pelbagai jenis kerja termasuklah menjadi badut di karnival sementara Hayati menguruskan rumah dan menjaga Maya.
Konflik berlaku apabila Maya memberontak tidak lagi mahu belajar bermain piano kerana mengganggu fokus dia di dalam pelajaran. Isyak pula menambah tekanan Maya dengan memaksa anaknya menghadiri kelas supaya lulus ujian piano sedangkan Maya bakal menduduki SPM. Kerana pertengkaran antara mereka, Isyak disahkan pekak sepenuhnya akibat tekanan.
Terinspirasi dari klip video viral, Nadia Nazri selaku idea asal dan penerbit filem Babah menggunakan momen Istimewa tersebut untuk menjadi pencetus tema filem yang menceritakan tentang hubungan kasih sayang antara seorang ayah dan anak perempuannya. Sepertimana yang telah digambarkan oleh Isyak dan Maya menerusi beberapa latar masa sejak Maya lahir sehinggalah bertarung nyawa akibat menghidap Sindrom Gullain-Barre, sejenis penyakit yang menyerang urat saraf sehingga lumpuh.
Kudos kepada casting director yang membuat pemilihan pelakon melalui sesi uji bakat yang diadakan untuk Babah. Sepanjang 90 minit penceritaan Babah terasa dekat di hati, lakonan Qi Razali dan Sweet Qismina nampak natural dan meyakinkan sebagai duo anak-beranak yang rapat sejak kecil. Comel bila tengok conversation Maya dengan Babah dekat pasar, masa main piano ataupun masa hiking. Conversation diorang dalam sign language pun nampak fluent cuma tak faham lah kenapa nak guna buku dan pen sedangkan boleh Whatsapp.
Walaupun watak Hayati jarang muncul tapi Babah tetap bergantung dengan si isteri untuk perkara-perkara lain. Maya rapat dengan babah tapi selesa bercerita atau meluah dengan mama macam hal period ataupun tentang Ikmal (Adam Lee). Bila Maya dengan Isyak bergaduh, Hayati yang tenangkan keadaan. Screentime dia tak banyak tapi dia berjaya mainkan peranan ibu dengan baik menerusi lakonan, body gesture atau pandangan mata dia. Qi dengan Cristina berjaya wujudkan atmosfera dan suasana kekeluargaan dalam rumah. Sweet bila Hayati yakinkan Isyak yang dia akan setia di sisi sampai bila-bila lepas Isyak dibuang kerja.
Filem Babah menggunakan genre drama dan masukkan penyakit kronik sebagai konflik naskhah jadi boleh expect ending dia macam mana. Penerbit dan pengarah pun dah bagitahu filem Babah bukan filem sedih sebaliknya filem rindu. Pengorbanan yang Babah buat untuk Maya besar sangat sampai Maya sendiri mengaku dia tak mampu nak balas.
Sinematografi Babah hasil karya Nadjmee Nasarudin menghidupkan lagi suasana selesa dan hangat dalam beberapa babak. Filem Babah tak menggunakan banyak dialog tapi lebih kepada reaksi, bahasa badan dan visual language yang diletakkan dalam beberapa babak penting. Sedih bila Isyak sapu bedak sebelum buat show sebagai badut sebab perit untuk dia hadap perubahan besar dalam hidup dia. Dari arkitek yang bagus terpaksa jadi badut untuk hiburkan orang sedangkan hati sendiri sakit.
Penggunaan audio juga memainkan peranan bila pendengaran Babah mula terganggu, sedikit sebanyak menguatkan lagi plot utama dengan sub-konflik yang dimasukkan. Lagu tema dari Noh Salleh, Rahsia Tuhan menjadi sinergi yang bagus untuk mengukuhkan mood penceritaan dengan lirik yang berserah dengan takdir dan ujian Tuhan kepada semua watak dalam Babah.
Happy dapat tengok filem Babah dengan olahan yang menarik dan lakonan bermutu dari barisan pelakon utama. Filem Babah tak lah sempurna tapi perjalanan cerita tentang Isyak sebagai ketua keluarga yang banyak membantu anaknya, Maya juga menantunya, Ikmal adalah sesuatu yang istimewa dan berharga.
Tahniah kepada pasukan Babah atas kejayaan filem Babah, dan tahniah juga kepada Nads Media Entertainment. Semoga kejayaan pertama ini menjadi pemangkin untuk menghasilkan lebih banyak filem tempatan yang berkualiti pada masa akan datang.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.