Dah sebulan Kopi Lorong ni beroperasi tapi baru sekarang rasa nak usha apa ada dekat cafe baru ni. Masa nampak bunting Kopi Lorong haritu, I ingatkan dia buka booth kecil dekat tepi lorong area situ tapi rupanya cafe. Kopi Lorong ni ganti restoran Kapten Zaman, rasanya owner yang sama cuma tukar main selling product je.
Lepas sarapan dekat Restoran Bilal kitorang masuk sini sebab ada promosi 50% sempena pembukaan cafe. Ada banyak pilihan drinks dekat Kopi Lorong ni dan juga pilihan makanan. Dari breakfast, lunch sampai ke dinner boleh makan dekat Kopi Lorong sebab menu dia sesuai untuk semua waktu. Operation hours pun dari jam 7 pagi sampai 11 malam.
since kitorang dah pergi 3 kali so entry ni gabungkan semua cerita sebab malas nak update banyak kali. Kitorang dah try Iced Roasted Hazelnut Latte untuk first day, kopi dia sedap sebab pekat. Sebab tak nak manis sangat, I minta no sugar. Okay je rasa dia, pahit sikit lah tapi dah biasa. I beli brownies jugak on first day untuk hilangkan kempunan. Brownies dia biasa je for me, tak kerasa sangat, tak lembik sangat.
Kali kedua pergi pun beli latte yang sama sebab sedap, lagipun tak ramai orang so senang dan cepat sebab attention staff dekat kita je. Tapi ada problem masa kali kedua berkunjung ni sebab takeaway all drinks. Cup holder dia lembik sampai Iced Latte I jatuh tertumpah. Actually first time pergi pun lebih kurang je tapi sebab cukup tangan nak pegang maka sempat lah nak prevent benda yang nak jadi. Kali kedua tu tak sempat, terjatuh la depan pintu. Staff Kopi Lorong ganti baru latte yang tertumpah tu. Kek Gula Melaka taste okayish, a bit manis lah sebab nama pun gula melaka, what to expect kan?
Kali ketiga pergi Kopi Lorong, I decide nak breakfast makan nasi lemak dekat sini tapi nasi lemak ayam tak ada. Terpaksa lah ambil nasi lemak biasa dengan sosej koktel. Nasi lemak Kopi Lorong okay lah sebab sambal dia not bad tapi ikan bilis keras sangat.
Tak sure konsep utama Kopi Lorong ni back to nature ataupun vibe hiking ke apa tapi kalau tengok semua diner table semuanya rendah. Bila makan sangatlah tak selesa sebab kena membongkok. Even dine-in pun dapat makanan dalam box tapau tu. Mungkin first and last lah kot makan dekat Kopi Lorong sebab tak selesa. Lepas ni beli kopi atau desserts je.
Semua dessert tu macam best. Harga pun affordable.
ReplyDeleteMacam kedai kopi tepi pantai je ada kerusi healing gitu. Tak selesa la nak makan. Takat minum kopi & makan desserts ok la lagi tu
ReplyDeleteNi bukan lorong lagi dah ni. Mula ingatkan kiosk kecik aje, berbaloi sangat jika sedap.
ReplyDeleteWah...air dia murah la compare dengan cafe2 jenama terkenal yang lain...nasib jauh dari office akak..kalau tak..boleh terjah..
ReplyDelete