KAHAR : KAPLA HIGH COUNCIL RAIH KUTIPAN RM5.5 JUTA! | Bakal Masuk Pawagam Singapura Mulai 5 Disember
Filem Kahar: Kapla High Council bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi satu manifesto keberanian dalam mempersembahkan penceritaan yang relevan, dan penuh aksi. Kejayaan meraih kutipan RM5.5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu, menjadi bukti sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan dan sekali gus mampu bersaing dengan filem antarabangsa. Atas permintaan, Kahar : Kapla High Council kini bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Menurut Penerbit Eksekutif Kahar : Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Kami ingin ucapkan terima kasih kepada penonton yang telah memilih Kahar : Kapla High Council sebagai naskhah tontonan di pawagam. Esok bermulanya tayangan filem ini di Singapura, dan pada hujung minggu ini tiba giliran barisan pelakon turun ke wilayah Selatan seperti Johor, Melaka dan Seremban bagi menemui peminat dan penonton. Kami turut menerima pemintaan daripada peminat dari luar negara untuk menyaksikan filem ini. Insyaallah, dengan sambutan dan sokongan padu penonton, kami akan lebarkan sayap filem ini tembusi layar negara luar.”
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar : Kapla High Council pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Kahar : Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya. Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.