Director: Park Joon-hwa
Writer: Yoon Nan-joong
Cast: Lee Min-ki, Jung So-min
Production Companies: Studio Dragon, MI
Distributor: tvN, Netflix
Genre: Romantic / Comedy
Running Episodes: 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 09 October 2017 – 28 November 2017
Trailer:
Penulis muda bernama Yoon Ji-ho (Jung So-min) terpaksa keluar dari rumahnya kerana adik lelaki dan isterinya perlukan rumah yang selesa untuk membesarkan anak mereka. Tuah Ji-hyo muncul bila dia jumpa bilik untuk disewa dengan harga yang murah. Dengan syarat, dia perlu bagi makan kucing, kemas rumah dan pastikan barangan untuk dikitar semula dibuang di bawah.
Tak ada masalah langsung untuk Ji-hyo sebab dia suka dengan kucing dan suka mengemas rumah. Ji-hyo akan mencuci dengan bersih sampai berkilat bila perlukan idea baru untuk menulis dan mengembangkan skrip. Awalnya Ji-hyo salah faham dan menganggap tuan rumahnya adalah perempuan bekerjaya rupanya Nam Se-hee (Lee Min-ki) adalah seorang lelaki dewasa dan merupakan co-founder dan programmer untuk dating apps – Don’t Marry, Date!
Kerana selesa tinggal bersama dan untuk mengelakkan masalah lain terjadi, Se-hee dan Ji-hyo setuju untuk berkahwin selama 2 tahun. Tanpa sengaja kontrak mereka sampai ke tangan CEO Ma (Park Byung-eun) dan berita tersebut sampai ke pengetahuan kawan baik Ji-hyo, Woo Su-ji (Esom) dan Yang Ho-rang (Kim Ga-eun). Munculnya watak Yeon Bok-Nam (Kim Min-kyu) yang obses dengan Ji-hyo dan mungkin adalah suspek utama kepada masalah stalker.
“When I decided to chase after my dream, I knew that my life would be like walking through a dark tunnel. However, I didn’t know it was going to be this dark. I didn’t know it was going to be this lonely. How much longer do I have to keep going?” - Ji-hyo
Drama ni baru masuk dekat Netflix and I badly need to watch a romantic comedy drama so I pun tekan je lah play tapi tak sangka pulak stuck dari satu episod sampai ke episod lain. Sudahnya 16 episod habis dalam masa dua hari. Nak kata sebab storyline bagus tak lah juga sebab ada bab yang cliché especially dua episod terakhir.
I faham writer nak watak Ji-hyo dapat lebih lagi dari watak Se-hee tapi penulis kena faham juga bila Se-hee pernah terluka dari orang-orang yang dia sayang sampai dia jadi cold macam tu. Watak Se-hee dah tunjuk sayang dia dari segi perbuatan so I tak faham kenapa Ji-hyo tak nak bagi ruang pada Se-hee untuk open up. Both of them dah kahwin dah pun, jadi Ji-hyo tak perlu nak compete dengan sesiapa tapi beri ruang dan masa kepada Se-hee.
Naskhah Because This Is My First Life ditulis dari POV wanita jadi boleh faham lah watak Ji-hyo macam tu. Sama juga dengan watak Su-ji yang keras kepala tapi bezanya watak Su-ji dengan Ho-Rang dapat perkembangan dan lengkungan yang menarik sepanjang 16 episod. Personally, I lagi seronok tengok kisah cinta dua couples sampingan berbanding main couple. Vibe dan chemistry tu ada tapi mungkin sebab curve kisah cinta tak cantik sangat.
I rasa daripada buat plot Ji-hyo insist untuk tengok Room 19 Se-hee, ada baiknya suami isteri ni perbaiki balik hubungan dengan keluarga instead of lari. Ataupun penulis boleh explore pandangan Se-hee tentang keluarga dan anak sebab dia ada pendapat tentang perkahwinan adalah salah satu struktur sosial yang buang masa. Dekat awal drama pun dah banyak persepsi Se-hee dan Ji-hyo dipatahkan oleh watak-watak sampingan dan berusia. I suka bila ayah Se-hee bagitahu perkahwinan tak perlu sebab cinta semata tapi akan bertahan lama dengan keserasian. Dah cantik dah bila Se-hee tolong keluarga Ji-hyo buat kimchi sebab dah pecahkan stigma lelaki goyang kaki tengok orang perempuan bekerja.
Selain membincangkan kisah cinta, penulis beratkan tema psikologi yang dibawa secara santai melalui kupasan tentang alam perkahwinan. Macam watak Ho-rang dan Sim Won-seok (Kim Min-suk) yang tertekan untuk berkahwin lepas 7 tahun bercinta. Sebagai perempuan, I faham perasaan Ho-rang walaupun kesian tengok Won-seok. Kalau Ho-rang bagi ruang untuk pasangan dia pursue impian jadi kenapa dia tak dapat treatment yang sama dari Won-seok?
Overall, it’s a good drama and I have fun watching this since Nam Se-hee is my type of husband I want to have. Stable and calm. Mysterious and charming. Drama Because This Is My First Life pun seronok ditonton kerana mesej yang dibawa tentang messy adulthood life, sesuai lah dengan tajuk drama yang menerangkan kehidupan manusia yang akan terjebak dalam pelbagai dilema dan kesilapan.
“Going through this life is the first time for all of us anyway.” - Nam Se-hee
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.