‘DONGENG SANG KANCIL’MENGIMAGINASIKAN SEMULA KARAKTER POPULAR CERITA RAKYAT DALAM SENTUHAN MODEN

Tuesday, 24 December 2024

‘DONGENG SANG KANCIL’ MENGIMAGINASIKAN SEMULA KARAKTER POPULAR CERITA RAKYAT DALAM SENTUHAN MODEN | ‘Daripada Les’ Copaque Production, Pencipta Animasi Popular Upin & Ipin’ 

Penerbit animasi terkemuka Malaysia, Les' Copaque Production, merupakan studio pelopor kepada filem animasi 3D Malaysia yang berjaya mengangkat animasi tempatan ke pentas global menerusi karya popular Upin & Ipin, terus melebarkan sayap kreatif dengan menghasilkan filem terbaru, ‘Dongeng Sang Kancil’.



Filem ini merupakan filem animasi tempatan pertama yang menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D. Menjadi  satu-satunya filem animasi tempatan yang menemui penonton pada 2024 dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2024. Ini adalah masa yang tepat memandangkan cuti sekolah sudah bermula.


Dongeng Sang Kancil menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa. Selain penceritaan yang penuh keterujaan dan menyeronokkan,serta visual berkualiti tinggi, filem animasi ini membawakan babak aksi yang mendebarkan. Naskhah ini menampilkan watak utama ‘Sang Kancil’, iaitu karakter haiwan yang sangat popular dalam cerita-cerita rakyat sejak dahulu kala atas simbol kepintarannya dan kini diangkat ke layar perak untuk generasi baru. 

Menurut Penerbit Eksekutif Dongeng Sang Kancil merangkap Pengasas & Pengarah Urusan Les' Copaque, Haji Burhanuddin Md. Radzi berkata, “Dongeng Sang Kancil merupakan Kisah Kancil berwajah baru. Sebuah cerita dongeng rakyat terbitan Les’ Copaque Production untuk menginspirasi dunia. Mengekalkan keunikkan cerita Kancil sebagai haiwan yang bijak dan penuh dengan muslihat sehingga di angkat menjadi hakim di rimba. Tetapi kini Kancil akan diangkat menjadi Wira Rimba apabila menyelesaikan masalah penghuni hutan dengan skala yang lebih besar dan penuh emosi.”



Filem berdurasi 90 minit ini menyaksikan kisah pengembaraan seekor Kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh bayang hitam. Kehadiran Gagak memberi harapan yang hasratnya dapat menjadi kenyataan. Sepanjang pengembaraan Kancil, dia berjumpa tiga binatang pemangsa yang menguasai langit, daratan dan lautan/sungai iaitu Helang Perkasa, Gajah Belukar dan Raja Buaya. Kancil perlu melepasi cabaran setiap pemangsa tersebut. Tambah mencemaskan, Hutan Rimba yang dihuni semua binatang, kini menjadi sasaran seterusnya oleh bayang hitam.

 


Dongeng Sang Kancil membawakan kembali Nini Razali sebagai pelakon suara Kancil. Nini Razali merupakan pelakon suara Kancil dari umurnya 12 tahun melalui siri Pada Zaman Dahulu terbitan Les’ Copaque Production.

Dongeng Sang Kancil juga merupakan penampilan pertama penyanyi Amir Masdi sebagai pelakon suara dengan membawakan watak Harimau Kumbang. Beliau bukan sahaja menyumbang suara untuk lakonan malah turut menyanyikan dua buah lagu.

Selain itu, pelakon suara lain yang terlibat adalah Dinda Dania sebagai Arnab, Loke Keng Sun (Sang Tupai), Md FadzrianIldzan Bin Fadzian (Gajah Belukar), Muhammad Hafiz Bin Hassan (Helang Perkasa), serta Ahmad Razuri Bin Roseli (Raja Buaya) yang juga merangkap sebagai pengarah filem.
Terdapat lima buah lagu mengiringi babak-babak dalam filem ini. Antaranya, ‘Dongeng Sang Kancil’, ‘Hoo La Hey’, ‘Nasib Buaya’, ‘Bayang Hitam’, dan  ‘Dikir Harimau Kumbang’.

 

 

Trivia Dongeng Sang Kancil:

  • Filem animasi pertama terbitan Les’Copaque Production bertemakan haiwan rimba yang diangkat ke layar perak
  • Filem animasi tempatan pertama yang menggunakan Dolby Atmos Finas.
  • Filem animasi tempatan pertama menggunakan tenik hybrid 3D & kesan khas 2D
  • Produksi filem ini yang dijangkan akan mengambil masa 2 tahun berjaya disiapkan hanya dalam tempoh setahun setengah atas kehebatan krew Les’Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
  • Untuk visual,ini adalah julung kalinya teknik 2.5D digunakan di layar perak dengan mengabungkan teknik animasi tradisional iaitu lukisan 2d frame by frame dan 3d key framing animation.
  • Bahagian rendering dan kompositing menggunakan teknik "layer based". Setiap satu shot/babak memerlukan purata 50 layer (5x ganda dari siri upin ipin). Setiap 1 shot memerlukan masa rendering sehari untuk di render. Semua ini penting demi mencapai maksud 2.5D.

Dongeng Sang Kancil terbitan Les' Copaque Production dengan kerjasama Astro Shaw selaku pihak pengedar dan pemasaran bakal ditayangkan mulai 26 Disember ini. Gunakan #DongengSangKancil #WiraRimba untuk berkongsi tentang filem ini di platform media sosial. Ikuti perkembangan terbaru dan klip menarik di akaun media sosial media Les' Copaque Production dan Astro Shaw.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.