Tinggal sebulan je lagi nak masuk tahun 2025, tak sabar tapi dalam masa yang sama takut juga sebab ada banyak rumours dengar pasal content creator's industry dengan corporate's industry. Banyak benda nak kena fikir bulan ni dan semestinya banyak planning juga nak buat bila dah masuk bulan Disember ni.
1. PV
I jangka bulan November akan jadi macam
bulan Oktober di mana entri akan mencecah target bulanan tapi tidak juga sebab bulan ni sibuk dengan dua tiga perkara urgent. Bila ada masa senggang rasa nak rest je. Ada juga update tapi banyak yang tak berupdate. Itu belum masuk nak clearkan storage yang dah penuh sana-sini. I cuba buat yang termampu je.
Sebelum ni nak menuju ke angka 6 juta tu rancak sangat pageviews awalnya tapi sekarang stuck pula dekat angka puluh ribu. Mungkin kena fix lah target entri bulanan cecah 60 entri kemudian blogwalking 10 blog sehari. Hopefully tahun depan tak stress macam tahun ni. But I can only hope....
2. Posts
Penangan betul drama Andai Tiada Dia sampai lirik lagu Nurcinta - Amir Masdi mencecah 3 ribu pageviews. Masa tu saja je nak update untuk cukupkan 60 entri, tak sangka membantu naikkan pageviews bulan November. Dulu rajin update tapi sejak semua lagu dah ada lyric video, I pun dah malas update. Rupanya I baru perasan dekat Spotify tak ada lirik lagu. So membantu juga lah kepada yang rajin update lirik lagu kan? I tak rajin, I tolong bagi data untuk tolong blogger yang tak tahu nak update apa hshshs
Popular Post untuk bulan November, sama macam sebelumnya, dah banyak dengan review cuma I yang tak banyak update filem Hindustan jadi tak banyak lah yang masuk dalam carta bulanan. For now, filem Hindustan yang best kena peram sampai tahun depan so mungkin tahun depan akan ada banyak filem Hindi yang best keluar tayangan.
3. Bilangan Entri
Like I said earlier, bulan ni tak mampu mencecah 60 entri. Mungkin kalau sempat, untuk bulan 12 ni I akan cuba update sampai 60 atau lebih sebab nak update pasal event yang I pergi. Beria ambil gambar tapi tak update pun lepastu penuh storage sampai 100gb pun tak mampu menampung. Tapi yang pastinya bilangan entri tahun ni jauh berbeza dengan tahun lepas.
Terima kasih yang datang berkunjung ke sini, have a nice month everyone. Please take care too :)
Memang penangan betul drama Andai Tiada Dia. Suka dengar ost lagu Nur Cinta. Kita yg tak kenal artis baru pun sampai kenal Amir Masdi, hehehe.
ReplyDelete👏👏👏
ReplyDeleteWah... Tahniah
ReplyDeleteOh iyaa Spotify nih tak semua ada lirik lagu. Kalo lagu2 yg famous biasanya ada diksh lirik, Krn saya sering hapalin lirik lagu dari Spotify. Tapi kalo lagu yg masih baru atau tak famous sangat, biasa dia tak buat lirik, atau belum di update.
ReplyDeleteSaya paling suka kalo dah baca review film atau drama yg Kaka buat. Tp prefer yg Korea, Malaysia atau Indonesia. Dah lama tak nonton India atau Hollywood. Saya nih memang suka spoiler soalnya, Krn nak memastikan endingnya tak sedih atau gantung.