Astro Anjur Tayangan Istimewa Pasca Kejayaan ‘Andai Tiada Dia’ | Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan ramai lagi memeriahkan acara ini bersama-sama dengan rakan-rakan media
Selepas mencetuskan bualan hangat dan mencipta fenomenanya tersendiri di media sosial, drama bersiri ‘Andai Tiada Dia’ telah mengungguli tempat pertama dalam seleksi drama-drama Astro di slot MegaDramanya bagi tahun ini. Sambutan luar biasa oleh para pelanggan telah melonjakkan drama ini sehingga berjaya memperoleh rating tertinggi sebanyak 1.623 juta tontonan, memecahkan rekod sepanjang sejarah kandungan Melayu Astro.
Susulan kejayaan drama ini, Astro menganjurkan tayangan istimewa episod baharunya bersama barisan pelakon, produksi dan rakan-rakan media, bertempat di Dash Box Hotel, Cyberjaya, pada 12 Disember 2024.
Antara yang hadir untuk memeriahkan acara ini termasuk pelakon utama Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan Zahiril Adzim, serta barisan pelakon yang lain seperti Rosnah Johari, Kodi Rasheed, Alicia Amin, Mia Nasir, Mas Anizan dan Husna Mustaffa. Acara ini turut dihadiri oleh Riza Baharudin selaku pengarah drama ‘Andai Tiada Dia’.
Para hadirin disambut dengan tayangan episod ke-32 iaitu episod terbaharunya, beserta persembahan- persembahan runut lagu daripada drama ini yang dinyanyikan oleh Amir Masdi dan Isyariana. Rakan-rakan media yang hadir juga diberi peluang untuk melakukan sesi temu bual bersama barisan pelakon daripada drama ‘Andai Tiada Dia’.
Saksikan ‘Andai Tiada Dia’ di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan sooka. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.
************************
Info Siaran: Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
Platform Televisyen: Astro Ria, (saluran 104)
Platform Digital: On Demand, Astro GO dan sooka
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Genre: Konflik Keluarga, Drama, Cinta terlarang antara ipar
Bilangan Episod: 36 episod
Pelakon Utama:
1. Hisyam Hamid sebagai Haikal
2. Ummi Nazeera sebagai Suri
3. Mimi Lana sebagai Intan
4. Zahiril Adzim sebagai Falah
Sinopsis Drama: Kehadiran bayi yang membawa kebahagiaan kepada Suri selepas 7 tahun hidup berumah tangga tanpa cahaya mata akhirnya diranapkan oleh kecurangan yang berlaku antara suami dan adik perempuannya sendiri.
Sinopsis Episod 32:
Suri dan Falah terus berusaha mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit Falah sambil menjalani kehidupan dengan tabah, dibantu oleh doa dan sokongan orang kampung. Intan cuba menggoda Falah dengan berpura-pura belajar agama, namun niat jahatnya terserlah apabila dia meracun Suri untuk membunuh kandungannya, menyebabkan Suri dikejarkan ke hospital. Haikal akhirnya konfrontasi Intan, menuduhnya cuba menghancurkan hidup Falah, dan Intan mendedahkan rahsia besar bahawa dia sebenarnya tidak lumpuh.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.