Movie Review | Ford v Ferrari (2019)

Tuesday, 31 December 2024


Director: James Mangold
Writers: Jez Butterworth, John-Henry Butterworth, Jason Keller 
Cast: Matt Damon, Christian Bale, Jon Bernthal, Caitríona Balfe, Tracy Letts, Josh Lucas
Production Companies: Chernin Entertainment, TSG Entertainment, Turnpike Films
Distributor: 20th Century Fox
Genre: Biography / Sports / Drama
Running Time: 152 minutes
Release Date: 30 August 2019 (Telluride), 15 November 2019 (United States)
Trailer:


‘In 1899, my grandfather, Henry 'By God' Ford, was walking home from Edison Illumination after working a double shift. He was ruminating. That morning, he had himself an idea that changed the world. Sixty-five years, and 47 million automobiles later, what shall be his legacy? Getting it in the tail pipe from a Chevy Impala.’ – Henry Ford II

Pada tahun 1963, Ford Motor Company mengalami kemerosotan penjualan kereta yang agak teruk lalu Vice Presiden Lee lacocca (Jon Bernthal) mencadangkan kepada Henry Ford II (Tracy Letts) untuk menyertai perlumbaan kereta. Pesaing mereka, Ferrari sudah lama menjuarai Le Mans dan jenama mereka popular dan kukuh kerana perlumbaan kereta. 


Lacocca mengambil Carroll Shelby (Matt Damon), bekas pelumba kereta yang pernah menjuarai Le Mans pada tahun 1959 untuk mencipta racing car. Shelby menggunakan kepakaran dan kemahirannya mencipta kereta tersebut dan mencadangkan nama rakannya, Ken Miles sebagai pelumba kereta Ford kerana dia mempunyai masalah kesihatan. 

Ken Miles tidak disukai oleh Leo Beebe (Josh Lucas), Senior Vice President Ford kerana memandang rendah prototaip kereta baru, Ford Mustang. Akibatnya, Beebe menghalang Ken Miles untuk bertanding dalam Le Mans. Ford pilih Phil Hill dan Bruce McLaren untuk menjadi pelumba kereta mereka atas saranan Beebe. Malangnya keputusan tersebut menyebabkan Ford kalah dalam Le Mans. 


Shelby menegaskan kepada Henry Ford II yang masalah bukan terletak pada kereta yang dibina tapi pada kemampuan pelumba yang tak secekap Ken Miles. Shelby buat perjanjian dengan Henry, sekiranya Miles menang di perlumbaan Daytona, dia layak berlumba di Le Mans. Jika Miles kalah, Ford boleh ambil ownership Shelby American sepenuhnya. 

‘All due respect, sir, you can't win a race by committee. You need one man in charge. Now, the good news, as I see it, is that even with all the extra weight, we still manage to put old Mr. Ferrari exactly where we want him.’ – Carroll Shelby


Tergerak hati nak layan filem Ford v Ferrari sebab rating dia tinggi padahal tak pernah layan pun sukan lumba kereta. Tahu kewujudan Ferrari dan Ford tapi tak pernah tahu ada sejarah antara dua jenama kereta yang terkenal di seluruh dunia. 

Naskhah Ford v Ferrari merupakan biografi dan drama sukan yang menceritakan bagaimana Shelby dan Miles berjaya mengubah nasib Ford dalam sejarah sukan lumba lalu menyelamatkan Ford dari bankrap. Walaupun genre dia agak berat tapi olahan pengarah James Mangold buatkan naskhah sukan terlihat menarik. Tak senang duduk tengok konflik dalaman Ford antara Leo Beebe dan Ken Miles sebab bermula dari ego dan berakhir pun dengan ego juga. 


Watak Carroll Shelby mempunyai kemahiran dalam pembuatan kereta selepas berhenti bertanding sebagai pelumba kereta dan kerana marketing skills dia juga dia boleh yakinkan Henry Ford II untuk setuju dengan keputusan yang dia buat. Bukan senang nak pujuk CEO yang dikelilingi ramai eksekutif dalam syarikat besar. 

Tapi kalau ikutkan Carroll Shelby tak rugi apa pun kalau Ford pecat dia sebab populariti dan kerja dia masih lagi kuat. Cuma sayang lah kalau dia tak grab peluang untuk pergi lebih jauh dengan kerjasama bersama syarikat besar macam Ford. 


Lakonan Matt Damon menjadi sinergi kepada persembahan Christian Bale sebagai pelumba kereta yang cerewet dan baran. Cerewet bukan sebarang cerewet lah sebab dia tahu kerja dan passion dia. Kerjasama dan kepercayaan Shelby dengan Miles yang membuahkan kemenangan dalam sukan lumba. Masa orang lain minta Miles slow down sebab brek nak terbakar tapi Shelby yang yakinkan Miles untuk tambah kelajuan. Kalau Miles tak percayakan Shelby, tak mungkin Miles dapat pecahkan rekod dalam sukan lumba pada masa tu. 

Cabaran kepada Phedon Papamichael untuk menghasilkan sinematografi yang cantik dalam naskhah Ford v Ferrari sebab race track untuk Le Mans adalah gabungan 5 tempat yang berbeza. Pengarah perlu pastikan pergerakan kereta sama dalam babak sebelumnya dan pastikan juga keadaan cuaca. Masa tengok movie rasa macam berlumba dekat race track yang sama padahal banyak sentuhan VFX untuk touch-up kekurangan visual. 



Sebanyak 9 GT40 dibina semula untuk filem Ford v Ferrari. Filem ni ambil masa selama 69 hari untuk penggambaran tapi develop dari tahun 2010 sebab ada banyak masalah terutamanya dari segi bajet yang tinggi. Nasib baik berjaya juga diterbitkan dan mendapat pulangan berganda dari modal yang dikeluarkan. Kudos to the team for making a dream comes true. Boleh kata filem ni akan ditonton banyak kali juga menjadi rujukan peminat sukan lumba kereta sebab banyak fakta menarik dimasukkan. 


I layan filem Ford v Ferrari ni masa kecewa dengan workplace tapi terubat bila tengok ending scene. Buat kerja bagus macam mana pun, kalau atasan tak hargai, sampai ke sudah pun tak akan dihargai. Yang penting kita tahu mutu kerja dan impian kita apa. Cukup ada strong support system macam Shelby, Mollie Miles (Caitriona Balfe) dan Peter (Noah Jupe) dah boleh kuatkan semangat untuk capai impian yang kita kadang kala tak yakin boleh dapat. Recommended to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Bhool Bhulaiyaa 3 (2024)

Monday, 30 December 2024


Director: Anees Bazmee 
Writer: Aakash Kaushik
Cast: Kartik Aaryan, Vidya Balan, Madhuri Dixit, Triptii Dimri, Vijay Raaz, Rajesh Sharma, Manish Wadhwa, Sanjay Mishra, Ashwini Kalsekar
Production Companies: T-Series Films, Cine1 Studios 
Distributor: AA Films, Netflix
Genre: Horror / Comedy
Running Time: 158 minutes
Release Date: 01 November 2024
Trailer:


2 tahun selepas kejayaan Bhool Bhulaiyaa 2 (2022), T-Series Films terbitkan instalment ketiga pula dengan jalan cerita yang sama dan pengarah yang sama. At this point, I dah jelak dengan jalan cerita Rooh Baba walaupun pelakon utamanya Kartik Aaryan. 

Kalau sebelum ni watak Ruhaan Randhawa a.k.a Rooh Baba bercinta dengan Reet, kali ni di latar tempat dan masa yang lain, Ruhaan jatuh cinta dengan Meera (Triptii Dimri). Sama seperti keluarga Reet, Meera juga mempunyai sejarah keluarga yang berpatah semula ke zaman lama di mana Manjulika dibunuh dengan kejam lalu menghantui istana agam mereka. Keadaan tersebut menyebabkan keluarga Meera hidup merempat di kandang lembu. 


Ruhaan ditakdirkan datang untuk menyelamatkan mereka sekeluarga kerana dia adalah kelahiran semula Putera Debendranath, anak lelaki tunggal Maharaja Rakhtghat (Denzil Smith) pada tahun 1824. Putera Debendranath dibunuh dengan kejam oleh Manjulika (Vidya Balan) angkara sakit hati takhtanya dirampas. 

Sami Rajpurohit (Manish Wadhwa) mengalu-alukan kedatangan Ruhaan kerana hanya lelaki tersebut dapat buka mangga besar yang dilindungi oleh tali azimat supaya roh Manjulika tidak membunuh lebih ramai orang di kampung tersebut. Namun mangga tersebut hanya boleh dibuka pada hari suci iaitu Durgashtami yang bakal menjelma beberapa hari saja lagi. 


Dalam masa yang sama Meera mengupah Mallika (Vidya Balan) untuk melakukan kerja-kerja pemuliharaan di dalam istana tersebut sebelum dijual kepada pembeli yang berminat seperti Mandira (Madhuri Dixit) dan Vicky Khanna (Shataf Figar). 

Tak banyak beza pun cast dalam Bhool Bhulaiyaa 3 dengan previous instalment cuma bertukar heroin dan watak-watak hantu. Tak banyak pun boleh cerita untuk performance Triptii dalam filem seram komedi ni sebab ruang dia terhad. Chemistry pun lemah bila bergandingan dengan Kartik. Entah kenapa produser tak mampu nak cari heroin yang tepat untuk Kartik. Mungkin juga sengaja jadikan platform untuk pelakon baru jadi pasu bunga. 


Nak merungut banyak pun tak guna sebab watak Meera memang untuk jadi cantik sepanjang masa. Especially dalam lagu Jaana Samjho Na dengan Beiraada gubahan Pritam. Music album Bhool Bhulaiyaa 3 padu dengan lagu-lagu yang best. Gubahan lagu Ami Je Tomar 3.0 lagi best dari Mere Dholnaa dalam Bhool Bhulaiyaa 2. Title track je hancur sebab over sangat nak masukkan Pitbull Bagai. Yang original lagi catchy tapi tak boleh dengar selalu sebab penggunaan nama dewa dalam lagu tu. 



Sinematografi Manu Anand lebih menarik dalam Bhool Bhulaiyaa 3 dengan mengangkat keindahan bangunan bersejarah macam Jahangir Mahal tempat Ruhaan dan Meera bergaduh pasal gambar, Orchha Fort dan Ram Raja Mandir untuk babak klimaks. Penggunaan CGI dan VFX terlihat kemas lantas menguatkan lagi mood seram dari Manjulika juga Anjulika. Seronok tengok kawasan pasar ria di kampung tu sebab meriah dengan warna. Kostum diorang pun cantik belaka. 



Keputusan yang bijak juga lah dengan panggil Vidya Balan lakonkan semula watak Manjulika sebab dia adalah watak asal dalam filem Bhool Bhulaiyaa (2007). Watak Mallika dengan Mandira berjaya mencipta konflik dan misteri kemunculan mereka sampai Meera mula cuak. Dari tak percaya dengan hantu sampai rasa takut dengan dua wanita misteri ni.  

Naskhah Bhool Bhulaiyaa 3 menggunakan genre komedi tapi bosannya tengok babak berulang dari pelakon sampingan. I mengharapkan komedi dari watak Rooh Baba tapi dia pula yang kena scam sepanjang masa. Rooh Baba yang asal tak lah penakut tapi makin banyak instalment makin teruk pula penakutnya. 


Boleh dah kot berhenti sampai yang ketiga je sebab tak pergi mana pun. Tak pasti lah kenapa boleh mencanak kutipan dekat box office padahal skrip tak berkualiti. Product placement pun dah start muncul dalam filem ketiga ni. Dah serupa filem Radhe: Your Most Wanted Bhai (2021) pun ye jugak. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.3 = 5.9/10

Movie Review | Jayeshbhai Jordaar (2024)


Director: Divyang Thakkar
Writer: Divyang Thakkar
Cast: Ranveer Singh, Shalini Pandey, Ratna Pathak Shah, Boman Irani, Diksha Joshi
Production Company: Yash Raj Films
Distributor: Yash Raj Films
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 124 minutes
Release Date: 13 May 2022
Trailer:


Jayesh Patel (Ranveer Singh) mempunyai masalah besar bila isterinya, Mudra (Shalini Pandey) belum melahirkan anak lelaki untuk teruskan keturunan mereka. Jayesh tak ada masalah langsung dengan jantina anaknya tapi sudah menjadi pegangan Pruthvishbhai (Boman Irani) dan kampung hanya anak lelaki yang layak dibesarkan. 

Mudra sudah 5 kali menggugurkan anak selepas mengetahui jantina bayi adalah perempuan. Doktor melarang keras kandungannya digugurkan sekali lagi kerana akan mengancam nyawa si ibu. Jayesh dapat tahu kewujudan sebuah kampung bernama Laadopur di Haryana yang menerima kehadiran mana-mana perempuan ke kampung mereka akan dijaga dengan baik. Kampung mereka menerima nasib malang selepas banyak anak perempuan dibunuh sehingga tiada langsung perempuan untuk dikahwini dan ramai lelaki membujang sampai ke tua. 


Jayesh bercadang untuk bawa keluarganya ke sana supaya Mudra melahirkan bayi dengan selamat. Ibunya, Jashoda (Ratna Pathak Shah) pula sudah buat temujanji untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan Mudra. Kerana bimbang keselamatan isteri dan anaknya, Jayesh berlakon akan dibunuh oleh Mudra kemudiannya mereka sekeluarga lari keluar dari rumah menuju ke Haryana. 

Naskhah social drama Jayeshbhai Jordaar merupakan filem arahan dan penulisan pertama untuk Divyang Thakkar yang sebelum ni menjadi pelakon teater. Filem terbitan Yash Raj Films mengetengahkan diskriminasi terhadap kaum wanita yang melampau di kawasan pedalaman seperti babak Pruthvishbhai yang mengharamkan penggunaan sabun untuk semua penduduk wanita di kampung tersebut supaya tidak diganggu oleh lelaki. Kaum wanita juga perlu sorokkan muka di balik selendang setiap masa. 


Sedih tengok nasib kaum wanita dekat kampung tu sebab banyak larangan sementara yang lelaki boleh bersuka-ria. Selain diskriminasi tersebut, ada juga kepercayaan karut lain yang diamalkan oleh penduduk kampung. Kebanyakan amalan ni diceritakan dalam babak yang menghiburkan tapi nak gelak sangat pun tak boleh sebab kasihan. 

Ada juga yang pergunakan anak perempuan untuk dapatkan habuan dari Kerajaan sebab Perdana Menteri lancarkan Kempen supaya hantar selfie bersama anak perempuan masing-masing. Tak pasti lah ganjaran dari Kerajaan banyak mana tapi kalau orang kampung sanggup beratur panjang, mungkin banyak lah kot. Babak ni dimasukkan sepintas lalu bila Jayesh dengan Mudra sampai ke kampung lain untuk sembunyi dari Pruthvishbhai je. 


Lakonan barisan pelakon utama cemerlang dalam watak masing-masing dengan ruang yang diberikan tapi skrip filem Jayeshbhai Jordaar sendiri tak lah kuat sangat. Dekat first half seronok lah tengok Jayesh, Mudra dan anak sulung mereka, Siddhi (Jia Vaidya) melarikan diri dari orang kampung tapi masuk second half dah mula serabut dah. 

Bosan dengar preachy scene dari Jayesh Patel ditambah pula dengan permintaan untuk cium secara terbuka. Dia nak point out yang skinship atau affection antara suami isteri adalah digalakkan supaya hubungan lebih mesra but it just sounds weird. Kadang bila melebih pun boleh rosakkan mesej cerita macam Siddhi yang panggil nama parents macam Americans buat sebab nak nampak keluarga mereka bebas dari amalan kuno kampung tu tapi urggghhh I tak selesa. Mungkin ada yang okay tapi I feel it was forced and overused. 


Mungkin durasi filem agak panjang untuk genre drama dengan isu sosial yang diketengahkan. Kalau pengarah selitkan dua atau tiga lagu mungkin tak lah terasa berat sangat. Sayang lah lagu banyak letak dekat credit scene padahal lagu Firecracker – Vishal Dadlani dan Shekhar Ravjiani tu best. 



Filem Jayeshbhai Jordaar ni okay je untuk ditonton secara santai sebab dia ada mesej yang kuat dan beberapa babak yang menghiburkan. Mungkin ada yang tak pernah tahu kewujudan filem ni sebab tak banyak pun promo dan recommendation sampai gagal di box office. Patutnya YRF tayang dekat streaming platform je masa pandemik dulu dari biarkan filem mereka terkorban. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

Drama Review | Squid Game 2 (2024)


Director: Hwang Dong-hyuk
Writer: Hwang Dong-hyuk
Cast: Lee Jung-jae, Wi Ha-joon, Lee Byung-hun, Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-wook, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Jo Yu-ri, Kang Ae-shim, Lee Seo-hwan, Park Gyu-young
Production Company: Siren Pictures Inc
Distributor: Netflix 
Genre: Thriller / Action 
Running Episodes: 7 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 26 December 2024 
Trailer:


Sequel drama popular Korea Selatan, Squid Game (2021) arahan dan penulisan Hwang Dong-hyuk membawa kembali watak utama, Seong Gi-hun (Lee Jung-jae) selepas 2 tahun menang dalam permainan lalu mendapat ganjaran sebanyak 4.65 billion won. 

Setiap hari Gi-hun mencari lelaki misteri (Gong yoo) di semua stesen keretapi di bandar Seoul dengan bantuan gangster Mr. Kim (Kim Pub-lae). Usaha mereka berjaya namun semua rancangan mereka gagal hingga Gi-hun buat keputusan untuk join Squid Game sekali lagi untuk menyelamatkan semua orang yang bakal terpedaya dengan helah licik Front Man (Lee Byung-hun).  


Setelah tersedar dari koma, Hwang Jun-ho bekerja sebagai polis trafik tapi tak putus asa mencari pulau misteri tempat Squid Game diadakan. Jun-ho bertemu dengan Gi-hun dan setuju untuk bekerjasama. Sementara Gi-hun bertarung di dalam permainan, Jun-ho bersama satu pasukan askar mencari pulau misteri tersebut dengan bantuan Kapten Park (Oh Dal-su), nelayan tua yang pernah menyelamatkan Jun-ho. 

Masa nampak trailer musim kedua rasa menyampah nak tengok watak Gi-hun masuk bermain dalam permainan yang sama sebab dalam musim lepas pun dia menang sebab bertuah je. Punca utama tengok Squid Game 2 pun sebab watak Hwang Jun-ho dan taruh harapan pada penulis supaya dia dapat screentime yang lebih banyak. 


Sayangnya tidak. Drama Squid Game 2 terbitan Siren Pictures Inc masih lagi fokus kepada permainan kanak-kanak yang popular di Korea Selatan. Kalau sebelum ni Squid Game mencipta fenomena dengan Dalgona, kali ni penulis perkenalkan beberapa permainan baru. Geram juga lah tengok permainan Mingle sebab tak ada peraturan pun untuk bentuk kumpulan tapi tak faham kenapa ramai yang tak nak berpecah. Mungkin sebab dah ada trust issue antara pemain gara-gara undian untuk tetap main atau keluar. 





Masa permainan Pentathlon semua pemain bersorak supaya team Hyun-ju (Park Sung-hoon) boleh menang padahal beberapa watak antagonis beria nak tabung cepat penuh. Tak pasti lah peserta yang tak konsisten dengan pilihan hidup masing-masing ataupun penulis yang sengaja tone down mood cerita. Musim kedua lebih banyak bermain dengan dialog yang santai dan menghiburkan. Macam pekerjaan Hyun-ju, watak Thanos (T.O.P.) tagih hutang dekat 333 (Yim Si-wan) atau keletah anak-beranak Geum-ja (Kang Ae-shim) dan Yong-sik (Yang dong-geun). 


Nasib Gi-hun masih lagi sama, bertahan sebab nasib baik dan kekuatan pemain 001 macam sebelum ni. Tengok cara Gi-hun buat keputusan pun tak ada bezanya dengan dua tahun sebelumnya, dalam limosin je sembang kencang sampai management setuju untuk masukkan dia kembali. Setiap episod I jadi macam Front Man, observe dan judge keputusan Gi-hun sambil tunggu Jun-ho dengan team dia jumpa pulau misteri. 

Berbalik kepada watak Jun-ho, tak faham kenapa penulis nak lemahkan watak dia sampai macam tu sekali. Ketua dia tak sudah puji Jun-ho sebagai polis yang bagus setiap kali muncul tapi perbuatan Jun-ho pula sebaliknya. Masa follow limosin tu kenapa tak berpecah? Kenapa dia percaya dengan seorang nelayan yang kononnya kebetulan selamatkan dia? Tengok cara staff keluarkan organ dari pulau tu pun dah boleh agak siapa Kapten Park.


Hopefully musim ketiga nanti tak jadi macam franchise drama Home Sweet Home lah bila musim pertama je yang menarik dan solid jalan ceritanya tapi semakin cerita bergerak semakin banyak lompongnya. Bila dah tengok dari awal mestilah tertunggu-tunggu musim akhir keluar yang dijangka keluar pada tahun 2025. 

p/s: Dulu makcik I pernah pesan jangan pandang jumlah duit pada perkataan tapi bayangkan kalau duit kena susun atas jalan physically. Confirm akan nampak banyak sangat. Dalam Squid Game 2, boleh nampak yang 4.65 billion won tu banyak sangat sampai nak penuh satu bilik. Mungkin sebab tu la juga kot peserta dekat dalam bilik tu boleh tak tetap pendirian setiap kali nak mengundi. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.6/10

Arijit Singh Live In Malaysia 2024 | Another Wishlist Crossed!

Friday, 27 December 2024

Bulan Ogos lepas Hitman Solution buat kejutan dengan pengumuman konsert Arijit Singh di Axiata Arena padahal Hitman kata dah tak nak bawa artis Bollywood tup tup ada pulak. Megastar pulak tu dia jemput datang. Masa tu dah sad sad sebab savings dah habis untuk melagha dekat konsert so I thought I'd pass this one. 

Tapiiiii Kak Liya being such a nice friend, dia boleh je advancekan duit dia beli tiket dulu pastu bayar kemudian. Dah la dia dahulukan duit dulu lepastu dia ambil I dekat rumah then hantar balik pulak so I don't have to worry about anything at all, just enjoy the show je. 


Kitorang gerak lepas Asar so I jaga wudhuk dari Asar sampai Maghrib dan tak makan atau minum langsung sebab takut nak ke toilet. Sampai ke Bukit Jalil dalam jam 5.30 macam tu, masih lagi awal lah tapi dah start renyai-renyai masa ni. Since datang naik kereta, kena park jauh sikit lah sebab bahagian depan Axiata dah penuh. Nangis bayar parking RM30 sekali masuk. 

Sebelum bergambar dekat backdrop konsert Arijit Singh, kitorang kena kumpul dulu geng Bollywood kitorang. Jumpa Fiza dekat depan Subway lepastu jumpa Sabby dengan Irdina pulak. Luck kitorang baik lah sebab ada fans Arijit tolong ambilkan gambar, in return kitorang ambilkan gambar dia. Few minutes after that, hujan makin lebat. 

Istg susah gila nak jaga wudhu dekat tempat crowded macam Axiata tu, I cuba untuk tak terlanggar mana-mana lelaki even masa body check pun I pilih staff perempuan. Lega gila dapat masuk dengan jayanya. 


Lepas pakai wrist tag Konsert Arijit Singh, I gerak ke surau untuk solat Maghrib. Nasib baik waktu Maghrib masuk awal dalam 7.03pm masa ni. Sebelum masuk surau I ternampak Zahra dekat depan pintu but I was rushing so plan nak jumpa dia lepas solat tapi dia dah hilang dah. I nampak Zubir Khan bergambar dengan fans. 

Konsert start jam 8 malam dan seat kitorang dekat sangat dengan pintu masuk so senang lah nak keluar pergi toilet ataupun beli makanan. Fiza bagitahu konsert ni sampai jam 12 malam, masa konsert Jubin dulu ada break dalam 15 minutes macam tu so kitorang lega lah dapat seat cantik. 





Complete quorum kitorang bila Rin dah sampai lepastu dia ajak bergambar dekat bawah berlatarkan skrin tapi bila dah sampai bawah, Hitman pasang video anniversary. Naik atas balik terasa lapar pulak lepastu I beratur beli makanan dekat Subway. Panjang barisannya tapi terpaksa juga sebab lapar. Menyesal tak beratur lepas habis solat sebab tak sangka konsert start on time. Bayangkan I dengar opening performance lagu Hawaayein dekat Subway padahal orang dekat dalam dah bersorak sakan. 



Dapat masuk masa Arijit dah perform lagu ketiga - What Jhumka? dah masa tu tapi takpe lah sebab ada berpuluh lagi lagu lepas ni. Masa ni I record guna zoom biasa je sebab tak nak habiskan bateri cepat dan tak nak kejadian Samsung overheat berulang lagi macam dekat konsert TREASURE REBOOT Tour haritu. 

I tak banyak record pun sebab kalau konsert Bollywood ni merepek je nak record sebab kitorang nyanyi kuat gila kalah penyanyi asal. Record sikit je dalam seminit dua supaya bila rindu boleh play balik. Happy gila masa Arijit Singh perform lagu Teri Meri Kahani dan Sawan Aaya Hai sebab tak ada pun lagu ni dalam setlist previous concert. 



Makin rancak konsert bila Arijit Singh perform lagu Gerua sebab ramai yang tahu lagu ni lepastu bersambung pula dengan lagu Kesariya. Ramai gila menjerit masa ni sebab lagu romantik yang famous tahun 2022. Sama juga dengan lagu Apna Bana Le, ingatkan tak ramai yang layan lagu ni sebab movie Bhediya tak naik pun tahun lepas. Happy gila dapat nyanyi satu stadium dengan Arijit Singh. 

Banyak juga lah lagu yang Arijit nyanyi sambil layan request fans minta sign dekat barang. Awal tu lukisan lepastu mula lah melarat sampai ke phone case, handbag dan segala item yang ada. Tapi bila dah mula ramai yang minta sign, ada barang yang tak balik kepada tuan punya. Masa meet and greet boleh minta sign, nak juga kacau waktu konsert. 

Lepas banyak pakai energy di awal konsert, Arijit cool down dengan perform guna piano. Terkejut teruk dengar dia nyanyi lagu Kun Faya Kun sebab tu bukan lagu dia tapi Mohit Chauhan tapi dia buat surprise cover. 

Here is the list of songs Arijit sang:
1. Hawaayein - Jab Harry Met Sejal
2. Chaleya - Jawan
3. What Jhumka? - Rocky Rani Aur Prem Ki Kahani
4. Nashe Si Chadh Gayi - Befikre
5. Sawan Aaya Hai - Creature 3D
6. Gerua - Dilwale
7. Kesariya - Bhramastra
8. Apna Bana Le - Bhediya
9. Samjhawan - Humpty Sharma Ki Dulhaniya
10. Heeriye - Arijit Singh ft Jasleen Royal
11. Janam Janam - Dilwale
12. Jhoome Jo Pathaan - Pathaan
13. Bekhayali - Kabir Singh
14. Fitoor - Fitoor
15. Main Dhoondne Ko Zamaane Mein - Heartless
16. Judaa - Ishqedarriyaan
17. Ae Dil Hai Mushkil - Ae Dil Hai Mushkil
18. Judaai - Badlapur
19. Sawaare - Phantom
20. Agar Tum Saath Ho - Tamasha
21. Channa Mereya - Ae Dil Hai Mushkil
22. Khwaja Mein Khwaja - Jhoda Akbar 
23. Kun Faya Kun - Rockstar
24. Tu Jaane Na - Ajab Prem Ki Ghazab Kahani 
25. Jiya Dhadak Dhadak Jaye - Kalyug
26. Tera Hone Laga Hoon - Ajab Prem Ki Ghazab Kahani 
27. Dil Dhadakne Do - Zindagi Na Milegi Dobara
28. Udta Punjab - Udta Punjab
29. Chaiyya Chaiyya - Dil Se
30. Muskuraane - Citylights
31. Tum Hi Ho - Aashiqui 2
32. Phir Mohabbat - Murder 2
33. Phir Bhi Tumko Chahunga - Half Girlfriend
34. O Bedardeya - Tu Jhoothi Main Makkaar
35. Enna Sona - OK Jaanu
36. Raabta - Agent Vinod
37. Ghungroo - WAR
38. Bulleya - Ae Dil Hai Mushkil
39. Soulmate - Arijit Singh ft Badshaah
40.  Zaalima - Raees
41. Naan Un (Tamil) 
42. Kalank - Kalank
43. Leke Prabhu Ka Naam - Tiger 3
44. Dilliwaali Girlfriend - Yeh Jawaani Hai Deewani
45. Sanam Re - Sanam Re
46. Tu Hi Mera Shab  Hai - Gangster
47. Tu Hi Hai Aashiqui - Dishkiyaoon
48. Kya Mujhe Pyaar Hai - Woh Lamhe
49. Tere Pyaar Mein - Bas Ek Pal
50. Labon Ko - Bhool Bhulaiya
51. Uska Hi Banana - 1920 Evil Returns 
52. Suno Na Sangemarmar - Youngistaan
53. Kabira - Yeh Jawaani Hai Deewani
54. Asatoma Sadgamaya (Bengali)
55. Ilahi - Yeh Jawaani Hai Deewani

Seronok gila pergi konsert Arijit Singh, berbaloi teruk duit tiket sebab dia menyanyi dari jam 8 sampai 12 tengah malam. Tak ada break langsung!!! Betul-betul balas rindu peminat lepas 10 tahun tak datang Malaysia. Masa dia datang tahun 2014 dulu I tengah busy dengan exam, sabar tunggu sampai dapat peluang dengar live. 

Ingatkan boleh rabak lepas pergi konsert Arijit Singh sebab lagu dia banyak yang heartbroken rupanya tak! Arijit tak bagi chance langsung fans dia menangis malam tu. Rendition live dengan studio version tak sama langsung. Kalau suka layan lagu Bollywood memang wajib pergi konsert Arijit Singh once in a lifetime. Truly a wonderful experience. I bersyukur gila dapat pergi konsert Arijit Singh. Thank you!!!!

Berhibur Sambil Belajar Dan Bersukaria Untuk Semua Selama 4 Hari Di Astro Home of Kids

Thursday, 26 December 2024

Berhibur Sambil Belajar Dan Bersukaria Untuk Semua Selama 4 Hari Di Astro Home of Kids | Terokai Dunia Kemeriahan Dan Temui Karakter Kegemaran Anda

Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan, kini membawakan semula “Home of Kids”, sebuah pengalaman yang membawakan keriangan dan keceriaan buat kanak-kanak seisi keluarga. Program selama 4 hari ini akan diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024, bermula pada 10.30 pagi – 9.00 malam. Terbuka kepada semua secara percuma, anda semua berpeluang untuk berjumpa dengan karakter kandungan Astro yang akan membawakan keterujaan dan keriangan kepada semua.

Ikuti kami dengan menjelajah dunia penuh dengan imaginasi, kreativiti yang menyeronokkan. Dengan kerjasama seperti; Cartoon Network, Nickelodeon. DreamWorks, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studious, Monsta, Disney+ Hotstar, dan Viu – kami juga telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya membangkitkan rasa ingin tahu setiap daripada pelawat cilik kami.

Agnes Rozario, Pengarah Kandungan, Astro berkata, “Di Astro kami sentiasa bangga dapat memberikan si cilik dengan kandungan yang berilmiah dan juga menghiburkan. Astro Home of Kids adalah lebih dari sebuah program kanak-kanak; ia adalah kemuncak kepada kandungan kanak-kanak dimana Astro membuka ruang kepada mereka untuk meneroka, belajar dan juga bercita-cita. Kami percaya dengan kuasa imaginasi kita mampu membentuk masa depan, dan kami komited untuk mengalakkan generasi seterusnya untuk menjadi pemikir kreatif. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan seluruh ahli keluarga anda. Mari kita terokai dunia yang penuh dengan keajaiban dan biarkan si cilik anda untuk terus berimaginasi di Astro Home of Kids”.

Bawa si cilik anda untuk menerokai pengembaraan luar biasa, berjumpa dengan karakter kegemaran, dan pelajari ilmu bermanfaat menerusi kuasa hiburan. Astro Home of Kids akan membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti:

Bertemu Karakter Kegemaran: Si cilik boleh bertemu dengan kesemua karakter kegemaran mereka seperti Didi & Friends, Pinkfong, Cocomelon, SpongeBob & Patrick Star, Bluey & Bingo, Ultraman Arc, Upin & Ipin, We Bare Bears, Mechamato, Kung Fu Panda, dan banyak lagi dengan lebih dekat.

Permainan Dan Aktiviti Interaktif: Daripada menjalankan aktiviti dan permainan interaktif ke sesi kraf, dan juga persembahan mengujakan, semestinya ada sesuatu untuk semua.

Permainan Zon Bertema: Terokai zon dengan tema menarik seperti, Pinkfong dan Didi & Friends yang menawarkan pengalaman hebat dan juga kejutan menarik.

Cenderamata Esklusif: Dapatkan cenderamata dan barangan esklusif terdiri dari karakter kegemaran dan barangan Istimewa program.

Pelanggan Astro juga boleh menebus pas bergambar ekslusif menerusi aplikasi My Astro untuk berpeluang bergambar bersama karakter kegemaran mereka. Tambahan, para pelawat yang mendaftar atau menaiktaraf pakej Astro mereka juga akan menerima barangan esklusif.

Komitmen Kepada Masyarakat

Sebagai sebahagian dari komitmen kepada Alam Sekitar, Masyarakat, dan Urus Tadbir, (ESG), Astro sangat komited untuk menyediakan hiburan yang menarik dan juga selamat kepada kanak-kanak. Kami menyusun kandungan kami dengan teliti mengikuti piawan keselamatan yang tinggi, memastikan kandungan tersebut bersesuaian dengan umur dan bebas dari unsur yang tidak sesuai. Dengan kawalan ibu bapa dan juga profil mesra kanak-kanak memastikan para ibu bapa untuk menguruskan pengalaman menonton anak-anak mereka. Kami percaya dengan menyediakan suasana yang media mesra di mana setiap keluarga dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa berhibur.

Jangan lepaskan peluang ini untuk hadir ke program Home of Kids di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024, bermula pada 10.30 pagi – 9.00 malam. Program ini diperkasakan oleh penaja utama, U Mobile, dan penaja bersama KFC dan Al-Kauthar Eduqid, serta penaja lain, Marigold.

Pek Astro One kini boleh didapati bermula dengan RM49.99. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Si cilik akan dapat keseronkkan berganda yang lebih sihat di Astro, istimewa untuk mereka termasuk 8 saluran dan lebih dari 17,000 kandungan di On Demand untuk mereka berhibur tidak kira masa di mana jua. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838. Untuk pelanggan sooka, strim kandungan kanak-kanak menerusi pelan hiburan. Layari sooka.my untuk info lanjut.