Pengarah: Wan Hasliza dan Wan Alauddin
Produksi: KL Motion Pictures Sdn Bhd
Siaran: Astro Ria
Episod: 16 episod
Tarikh Tayangan: 4 Disember 2024
Waktu Tayangan: setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam
Sinopsis:
‘Ofis Politik’ adalah sebuah komedi tentang sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan oleh Datuk Harun untuk menyelewengkan duit. Namun selepas Datuk Harun meninggal dunia, rancangannya terbantut dan agensi itu terpaksa diisi dengan pekerja-pekerja kurang berprestasi dari kerajaan Bandar Mega.
Encik Abdullah Abdullah, seorang yang malas bekerja, dilantik sebagai ketua pengarah dan melantik Zain untuk menguruskan Jabatan Perantaraan yang terdiri daripada pekerja-pekerja pelik dan bermasalah seperti Kursyia yang putus harapan, Kak Rosemarry yang ada agenda tersembunyi, Nessi yang ketagih media sosial, Ehsan yang beristeri dua, Mawar yang berkira, dan Zohri yang mudah marah.
Dia perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan bahawa jabatan yang diwujudkan mempunyai fungsi untuk terus kekal beroperasi.
Pecahan Watak:
Erysha Emyra sebagai Kursyia
Syafie Tee sebagai Zain
Rashidi Ishak sebagai Abdullah Abdullah
Hafiz Halim sebagai Ehsan
Shania Hendrik sebagai Nessi
‘Ofis Politik’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.