Kalau pergi SSM mesti tak tahu nak breakfast dekat mana. Dulu selalu makan dekat Kedai Kopi Malaya tapi service dia lately ni dah semakin tak best. Pergi kedai sebelah pulak panas sangat. Sudahnya pergi lah ke I Love Yoo! sebab nak makan bubur cakoi dia. Kebetulan pagi tu gusi kiri dan kanan bengkak sebab nak tumbuh gigi.
I order set bubur ada semangkuk bubur nasi, dua batang cakoi dengan segelas susu soya sejuk. Lepastu tambah kuih bijan kacang merah sebab dekat I Love Yoo! je ada kuih bijan inti kacang, dekat tempat lain kuih bijan dia inti kelapa. Dulu ada jumpa kuih bijan inti kacang hijau tapi akak tu dah tak meniaga :(
Kenapa entah dalam dunia ni benda sedap mesti ditamatkan, memang semua benda best kena tunggu masuk syurga ke?
Bubur nasi dia nampak sedih sebab kosong, tapi set ni harga RM14 lebih. Rasa kesian dekat diri sendiri sebab beli bubur kosong macam ni. Selalunya bila beli bubur ada daun bawang, ikan bilis, isi ayam rebus, sambal dengan telur masin. Tapi tu lah orang kata jangan judge dari rupa je sebab bubur kosong dia dah blend dengan isi ayam. Lebih kurang sama dengan rasa bubur mekdi. Makan pulak dengan cakoi yang panas tu, sedapppp!
Last sekali baru makan kuih bijan favourite ni, bau dia pun dah A+++ sebab bau wangi bijan kena bakar.
Seronok lah dapat makan breakfast set yang sedap tapi lepas ni tak singgah situ dah sebab cashier dia garang. Dengan lelaki baik pulak dia bercakap. Selekkkk.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.