Movie Review | Speak No Evil (2024)

Saturday, 23 November 2024


Director: James Watkins
Writer: James Watkins
Cast: James McAvoy, Mackenzie Davis, Aisling Franciosi, Alix West Lefler, Dan Hough, Scoot McNairy
Production Company: Blumhouse Productions
Distributor: Universal Pictures, Prime Video, AppleTV, VUDU
Genre: Horror / Thriller
Running Time: 110 minutes
Release Date: 9 September 2024 (DGA Theater), 13 September 2024 (United States)
Trailer:


Kisah bermula dengan percutian Louise (Mackenzie Davis) dan Ben Dalton (Scoot McNairy) di Itali bersama anak perempuan tunggal mereka, Agnes (Alix West Lefler). Di sana mereka berkenalan dengan Paddy (James McAvoy), isterinya, Ciara (Aisling Franciosi) dan anak lelaki mereka, Ant (Dan Hough). 

Tak ambil masa yang lama untuk kedua-dua keluarga berkenalan lebih rapat dan mesra sehingga percutian mereka berakhir dan Paddy menjemput Ben sekeluarga ke rumah mereka di kawasan terpencil di Amerika. Ben pujuk Louise dan Agnes ke sana untuk hilangkan tekanan sebelum Krismas. Mereka sekeluarga disambut baik oleh Paddy dan Ciara. 


Paddy pernah bekerja sebagai doktor kemudiannya berhenti dan habiskan masa di farmhouse. Dia sudah berkahwin dengan Ciara sejak 17 tahun lepas dan membesarkan Ant yang mempunyai penyakit di mana lidahnya kecil dan tak mampu bercakap. Ant sentiasa menyendiri kerana keadaan dia yang berbeza. 

‘Technology's advanced incredibly, but emotionally speaking, we're all still just cave dwellers. it's all this perfect life, Instagram, Facebook bullshit. Everybody talking but nobody honest. It's left us impatient and stressy.’ - Paddy


Semasa Ben buang sampah di belakang rumah, Ant mendekatinya dan tunjukkan lidahnya kepada Ben. Terasa canggung dengan situasi tersebut, Ben cuba pujuk Ant tapi Paddy memanggil mereka berdua masuk ke dalam rumah. Louise ajak Ben untuk pulang ke rumah keesokan harinya tapi Ben mula selesa berada di situ. Louise tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan cara Paddy dan Ciara melayan Ant. 

Naskhah Speak No Evil arahan James Watkins adalah remake kepada filem Danish yang diarahkan Christian Tafdrup dengan tajuk yang sama dan diterbitkan pada tahun 2022. Masa tengok Ben dengan mudah percaya dengan kata-kata Paddy, terfikir macam mana dia jerat kesemua mangsa dia. Bila tengok Paddy menyembang dengan Ciara tentang hidup mewah dalam teknologi masa makan malam di rumah Mike, dah boleh nampak yang Paddy dah jumpa pattern mangsa dia. 


Lakonan James McAvoy antara kekuatan filem terbitan Blumhouse Production sebagai seorang yang dominan dan alpha male. Dia tahu macam mana nak pujuk Ben supaya tinggal dengan dia lebih lama dan selesa tinggal di situ sampai Ben terjerat dalam perangkap. Kalau watak Ciara lebih mengikut kata-kata Paddy, Louise pula mengatur dan menjaga suami dan anaknya, mungkin sebab tu juga dia lebih cepat tangka pada sesuatu yang tak kena dengan keluarga tersebut. 

Dekat first half lebih kepada mengenali keluarga Ben dan keluarga Paddy kemudian bila cerita bergerak ke second half, momentum bertukar kepada fast paced sebab Agnes cuba selamatkan keluarga dia dari menjadi mengsa Paddy dan Ciara. Geram juga lah bila tengok Agnes tak faham apa yang Ant bagitahu dia tapi logik lah juga sebab Agnes duduk dalam environment yang terjaga. Tengok TV pun jarang sebab fokus belajar je. 


Makin saspens bila tengok Ben dan Louis selamatkan diri dari Paddy sebab apa yang diorang rasa tu real, masing-masing cuma orang biasa dan pertama kali berjumpa dengan psiko. Tak ada satu pun kelebihan yang berpihak pada pasangan tu. Bertarung pun di kawasan Paddy, dalam rumah Paddy yang dia tahu serba-serbi. 

Walaupun Speak No Evil berjaya stay true pada genre dia tapi Ben dengan Louise ni memang merepek juga lah sebab Ant tu pakai baju yang sama dari awal diorang jumpa tapi sekali pun diorang tak pernah pelik. Bilik Ant dekat loteng, kecil tanpa gambar Ant langsung, tak ada gambar sekolah pulak tu, langsung tak ada yang bertanya. Memang patut lah dengan mudah Paddy tipu mereka sekeluarga. Worth to watch anyway. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.