Movie Review | Sekawan Limo (2024)

Sunday, 24 November 2024


Pengarah: Bayu Skak 
Penulis Skrip: Nona Ica
Pelakon: Bayu Skak, Nadya Arina, Keisya Levronka, Dono Pradana, Benidictus Siregar, Indra Pramujito, Firza Valaza
Syarikat Produksi: Starvision, Skak Studios
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Komedi
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan:  
Trailer:


‘Jangan menoleh ke belakang. Nanti ada yang mengikuti. Nah, ini mitos nombor satu di Gunung Madyopuro.’ – Bagas (Bayu Skak)

Bagas dijemput ke Medeni Pol Podcast dengan dua podcaster utama – Dyny (Keisya Levronka) dan Deri (Dono Pradana) untuk menceritakan pengalaman seramnya ketika mendaki Gunung Madyopuro bersama rakan-rakannya Lenni (Nadya Arina), Dicky (Firza Valaza), Juna (Benidictus Siregar) dan Andrew (Indra Pramujito). 

Rencana awal pendakian gunung tersebut hanya selama 1 hari 1 malam saja sebab Lenni nak tengok sunset di puncak dan Bagas hanya menemani saja. Pengawal pos Gunung Madyopuro sudah berpesan supaya jangan mendaki dalam kumpulan nombor ganjil kerana akan ada yang menemani. Bagas dan Lenni tak ambil peduli sangat kerana mereka mendaki berdua tapi bilangan mereka menjadi ganjil kerana terjumpa Dicky (Firza Valaza) di pintu gerbang. 

Baru saja ingin memulakan pendakian, mereka disapa oleh Juna (Benidictus Siregar) yang juga ingin turut serta ke puncak. Juna ditinggalkan oleh rakan-rakan sekuliahnya ketika dia membuang air besar. Mereka setuju untuk mengikut petunjuk dari Dicky kerana dia sudah berpengalaman dan arif selok-belok gunung tersebut.

Ketika sampai di checkpoint pertama, Bagas mula mengalami kejadian aneh. Di sana juga mereka bertemu dengan Andrew yang sesat. Awalnya risau dengan identiti Andrew tapi setelah disiasat, dia adalah Putera bongsu kepada business tycoon yang terkenal di bandar tersebut. Namun sejak ahli kumpulan mereka menjadi ganjil, semakin kerap mereka semua diganggu oleh makhluk halus. 

‘Sekawan itukan persahabatan. Sekawan ada dua makna, mengikut bahasa Jawa, sekawan maknanya empat. Limo maknanya lima.’ – Bagas

Naskhah seram komedi hasil sutradara Youtuber terkenal, Bayu Skak mengangkat kisah seram berdasarkan mitos Jawa ketika mendaki gunung. Selalu kalau masuk ke hutan atau naik ke gunung, pesan yang selalu didengar oleh orang tua ialah jaga percakapan. Dari filem Sekawan Limo ni baru tahu ada pantang larang jangan mendaki dengan nombor ganjil. Tapi tak hairan juga kalau tak pernah dengar sebab itu pantang larang untuk Gunung Madyopuro sahaja. Jangan pandang belakang tu ada juga dekat Malaysia tapi tak lah ditegaskan sangat. 

Memandangkan genre filem Sekawan Limo ni seram komedi, I tak expect jumpscares dia seram. Tak memasal menjerit bila ternampak hantu pocong muncul untuk kacau Lenni dekat atas gunung. Kesian juga lah jadi Lenni sebab dia seorang saja ahli perempuan dalam kumpulan mendaki tersebut. Kalau ikut plan asal, tak ambil masa yang lama pun di Gunung Madyopuro tu tapi sebab dah terlanggar pantang larang, dari sehari jadi berhari-hari. Tambahan pula kumpulan mendaki tu ada ahli yang pelbagai ragamnya.

Pace filem Sekawan Limo terbitan Starvision dan Skak Studios bergerak laju dan berjaya mengimbangi elemen seram dan komedi dengan cemerlang. Bukan saja penulis kembangkan perjalanan mereka berlima di Gunung Madyopuro malah masukkan juga sub-plot yang mengukuhkan lagi perkembangan watak yang terlibat. Banyak juga mesej yang dimasukkan secara santai sambil mengangkat budaya masyarakat Jawa. Personally, I agak rimas dengan flashback yang repetitive untuk menguatkan lagi emosi di babak klimaks.

Berdekah teruk bila mereka berlima berjumpa dengan penjual bakso (Cak Ukil) yang natural dan bersahaja padahal dialog dia ulang ayat yang sama. Ekspresi muka dia yang mainkan peranan. Mungkin ada yang dapat agak siapa hantu antara mereka berlima tapi tak jadi penghalang untuk terus tengok sampai pengarah dedahkan di penghujung cerita.  

Sinematografi dari Adrian Sugiono mengukuhkan lagi penceritaan Sekawan Limo dengan menggunakan landskap gunung untuk mewujudkan suasana seram dan mengerikan. Musik latar juga menjadi peneman yang bagus sepanjang penceritaan. 

Walaupun ada babak yang draggy macam kisah cinta Bagas dan Lenni tapi okay lah sebab tak banyak sangat. Mungkin lepas ni Bayu Skak boleh jadi pengarah untuk filem-filem seram yang viral di social media sebab olahan dia menarik dan menghiburkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.