Release Date: 01 May 2024 (Thailand), 20 June 2024 (Malaysia)
Trailer:
Naskhah seram komedi mengisahkan tentang Joe (Sutthirak “Gee” Subvijitra), seorang game streamer yang pergi ke sebuah kampung untuk menjual rumah pusaka. Abang sepupunya, Top dengan riang hati memberikan rumah tersebut kepada Joe kerana sumpahan puaka yang berlaku pada tepat jam 12 malam.
Anehnya perkara yang berlaku di rumah tersebut sama seperti mimpi yang dialami Joe sebelum pergi ke sana. Bezanya, Joe jatuh cinta dengan kecomelan Anong (Maylada Susri) sampai dia buat keputusan untuk jadikan rumah tersebut sebagai rumah hantu. Anong bersama dua orang lagi hambanya, Thongkon (Chaleumpol Tikumpornteerawong) dan Thong Yip (Thatchaya Supathanyasatit) menjadi ‘pelakon utama’ di rumah hantu tersebut.
Rumah hantu mereka semakin popular dan viral hingga tersenarai sebagai Top 5 Rumah Hantu Paling Seram di Thailand. Joe juga berjaya bayar hutang termasuk bunga yang dipinjam dari ah long sebelum memulakan perniagaan tersebut. Hidup dia semakin indah dengan kehadiran Anong, persoalannya sampai bila dia akan bercinta dengan hantu?
Filem My Boo arahan Komgrit Triwimol menggunakan kisah cinta dua alam sama seperti francais terkenal Bollywood, Stree (2018) atau filem Do You See What I See (2024) dari Indonesia. Bila tengok Joe dapat idea untuk buat rumah hantu menggunakan hantu betul teringat pula dengan jalan cerita Agak Laen (2024) tapi I enjoy layan My Boo sebab Joe dapatkan consent dari hantu-hantu yang ada dan berjanji akan bantu mereka bertiga untuk dilahirkan semula.
Sinematografi My Boo banyak menggunkaan CGI untuk kesemua hantu bila Thongkon terputus kepala, Thong Yip terkeluar usus dan Anong yang boleh pusingkan kepala ke belakang. Filem My Boo tak lah seram sangat tapi lebih terarah kepada komedi yang menghiburkan di separuh pertama. Tapi ada beberapa babak yang bikin saspen juga. Music score dan music album My Boo antara kekuatan naskhah romantik lantas menguatkan suasana romantik dalam dunia Joe dan Anong.
Lakonan Gee sebagai Gen Z yang chill dan panjang akal tampak menghiburkan dan lakonan dia yang banyak carry filem My Boo. Kelakar bila dia pergi dating dengan Anong dekat bandar sampai orang sekeliling pandang-pandang sambil judge. Kalau Gee tak pandai lakonkan babak tu rasanya tak menjadi sebab dia bermain dengan dua watak masa tu. Ada juga character twist di penghujung cerita dan twist tu menguatkan lagi range lakonan dia. I tak familiar dengan Gee, mungkin dia banyak berlakon drama sebelum ni tapi screen presence dia kuat sangat.
Chemistry Gee dengan Maylada pun comel, rasa tak puas tengok scenes diorang berdua. Siapa lah yang come up dengan idea hantu comel macam Anong ni sebab awwdorable sangat bila dia muncul. Cakap pun sopan je lemah-lembut, hati siapa je tak bergetar tengok dia. Jadi seram pun tak mampu sebab comel. Menangis pun comel bila cemburu tengok Gee menyembang dengan Soda (Aom Punyawee Jungcharoen) atau Thongchai (Thanaerng Kanyawee Songmuang).
Dalam banyak kelebihan filem My Boo ada juga babak yang terasa draggy macam babak Gee dan Anong menari dengan lagu klasik. Kalau tak ada pun tak apa sebab dah tahu bukannya hantu dengan manusia boleh buat apa sangat. Patutnya letak dekat credit scene.
Better kalau pengarah masukkan plot macam mana Top boleh tergerak hati nak robohkan rumah pusaka tu padahal sebelum ni dia yang takut nak pergi. Kalau penulis Kirati Kumsat tambah babak seram masa Top rosakkan rumah tu pun boleh. Dia macam eh jugak lah sebab kalau rumah tu semudah itu boleh dirobohkan pada waktu siang, kenapa Top tak buat sebelum ni?
Filem My Boo masukkan juga unsur karma tapi I tak faham dengan konsep tu dalam filem ni, mungkin penantian Joe adalah karma untuk kelahiran sebelumnya. Hidup mewah tapi sunyi. Jadi pengajaran juga lah tapi kenapa Joe tak tebus dosa dengan bertapa di tokong macam dalam filem Nang Nak tu tak pasti. Mungkin dia tak nak kehilangan Anong. A bit complex lah dekat sini tapi penulis tak nak explore sebab takut hilang vibe dan mood santai tu.
Pace filem ni sederhana, tak lah laju sangat, tak juga perlahan sebab template dia santai so in terms of entertaining, it does pretty good job. Siapa yang perlukan filem romantik komedi berlatarkan dunia mistik, layan lah filem My Boo dekat Netflix. Pretty sure you akan jatuh cinta juga dengan Anong.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ok, masuk list!
ReplyDeleteSaya dah liat trailernya, dan memang hantunya comeeeel 😄😄😄👍. Dah tertarik nak nonton sebenarnya. Saya suka genrenya yg horror komedy. Apalagi film2 Thailand ini banyak yg lucu2 juga 😁
ReplyDelete