Movie Review | Ipar Adalah Maut (2024)

Sunday, 17 November 2024


Pengarah: Hanung Bramantyo 
Penulis Skrip: Oka Aurora 
Pelakon: Michelle Ziudith, Deva Mahenra, Davina Karamoy  
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar: Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix  
Genre: Drama 
Durasi Tayangan: 131 minit
Tarikh Tayangan: 13 Jun 2024 (Indonesia), 20 Jun 2024 (Malaysia, Singapura & Brunei) 
Trailer:


Selepas 10 tahun berkahwin, Nisa (Michelle Ziudith) dan suaminya, Aris (Deva Mahenra) menerima adiknya, Rani (Davina Karamoy) untuk tinggal bersama kerana kos sewa hostel di universiti agak mahal untuk ditampung oleh ibunya. 

Nisa menganggap Aris sebagai malaikat kerana sudi menumpangkan adiknya di rumah mereka kerana tak ramai suami yang sanggup menerima kehadiran ipar. Kehidupan mereka awalnya seperti biasa tapi kerana tingkah laku Aris sebagai suami yang baik dan juga pensyarah yang sentiasa menjaga Kebajikan Rani, perasaan suka mula hadir. 

Sejak Aris selamatkan Rani dari Yan (Toby Armstrong) dari diperkosa di bangunan kampus, perasaan suka mula menjadi liar hingga dia sanggup curang dengan abang ipar sendiri. Mereka sentiasa bersama baik di kampus ataupun di rumah tanpa disedari oleh Nisa yang sibuk menguruskan bisnes bakeri yang semakin lama semakin berkembang dan meningkat jualannya. 

Pak Junaedi (Susilo Nugroho) berpesan kepada Aris supaya jangan bermain dengan api namun nasihat tersebut tidak diendahkan sehingga lah satu hari hubungan sulit mereka ketahuan oleh Nisa. 

Naskhah drama yang mendapat tontonan tertinggi di negara Seberang dan juga menjadi bualan di Malaysia sejak ditayangkan di sini dan juga di streaming platform Netflix merupakan adaptasi kisah benar dari content creator bernama Elizasifaa. Penceritaan yang diolah oleh Hanung Bramantyo adalah lite version yang sebenarnya berlaku namun sudah cukup buatkan ramai panas hati dengan Aris dan Rani. 

Personally, for me jalan cerita Ipar Adalah Maut agak lemah dengan dialog yang ditekankan secara melampau macam Nisa yang terlampau mengagungkan suaminya Aris padahal bukan sesuatu yang mulia pun tumpangkan adik-beradik ipar di rumah. Kalau masyarakat B40 atau M40, perkara ini biasa. Kalau T20 memang tak wujudlah scenario ni sebab dia kaya, dengar je adik perlukan duit dia terus transfer duit. Bayarkan terus yuran pengajian sepanjang adik ipar belajar. 


Dialog yang berulang-ulang pun menjengkelkan juga sebab kawan-kawan Rani tak sudah memuji Aris padahal benda biasa je. Of course, pengarah dan penulis Oka Aurora cuba letakkan Rani sebagai watak antagonis tapi tengok pada keadaan yang diletakkan tu agak kesian juga lah sebab semua watak paksa Rani bersama dengan Aris. Merepeknya Nisa minta Aris betulkan paip dalam bilik Rani padahal suami dia pensyarah bukannya tukang paip. Kalau dia boleh upah orang gaji, tak mustahil boleh upah tukang paip.  

Tak dinafikan Rani adalah punca keretakan rumah tangga Nisa dan Aris dan mereka berdua pun sentiasa bersama dari pagi hingga ke malam. Senang sangat untuk Aris tergoda dengan Rani yang suka berpakaian singkat di rumah dan bagi dia ruang untuk terlihat perkasa. It feeds his ego walaupun dia sembang dia suka wanita berdikari tapi lelaki kalau sembang kari memang boleh pergi jauh. Lepastu dia salahkan Nisa bagi kebenaran Rani tinggal di rumah padahal dia yang bagi kebenaran. 

Penceritaan Ipar Adalah Maut bersifat klise dan mempunyai saspen yang sengaja dibuat-buat walhal ada banyak yang boleh dikembangkan dan diperjelaskan dengan lebih baik. Pengarah build momentum agak perlahan untuk hubungan sulit Rani dan Aris tapi itulah kalau dia buat dengan cantik pun, hipotesis dia tetap sama. Lelaki kalau dia nak curang, dia curang. 


Enough about storyline, sembang pasal performance kesemua pelakon, semuanya biasa je nyah. Lakonan Michelle Ziudith sebagai wanita yang lemah tak berdaya tapi emo berebut parking pensyarah tak ada yang memberi impak pun. Walaupun kaki dia tertusuk kaca sambil meroyan cari di mana tempat Aris dan Rani bermiangan tu pun biasa. I terkesan dekat babak Nisa tahu Rani pregnant. Betul lah dia kata, Aris ni dah hancurkan hidup dia, hancurkan pula hidup adik dia. Sampai macam tu sekali Tuhan nak tunjuk yang manusia tetap manusia, bukannya malaikat. 

Chemistry Deva dan Michelle tak ada, mungkin sebab babak mereka memang sengaja terlihat dingin untuk kuatkan screenplay kecurangan antara suami dan ipar. Bolehlah justify yang Aris terbiar dahaga oleh isteri sendiri sedangkan Rani boleh siram air lencun dalam shower. Tak hairan lah kalau Davina boleh menang Pelakon Pembantu Terbaik bila dia banyak menggunakan renungan mata untuk goda abang ipar sendiri. Dia sebut nak je, filem dah boleh berjalan jauh. 


Sinematografi dari Ipung Rachmat Syaiful tak perlu dipertikaikan lagi dan sama seperti filem KKN Di Desa Penari (2022), Pasutri Gaje (2024), Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017), Ipar Adalah Maut juga mempunyai tona warna dan moodnya tersendiri. Warna suram dan romantik lebih selesa menjadi pendukung mood filem. Ruangan rumah Nisa dan Aris seperti menjemput kecurangan berlaku antara Aris dan Rani. 

Kesimpulannya, filem Ipar Adalah Maut adalah filem drama yang diperlukan oleh masyarakat awam untuk mencemuh watak antagonis secara total setelah jelak dijamukan dengan kisah bermadu dan poligami.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

2 comments

  1. Saya memang tak akan menonton movie poligami atau selingkuh. Mau dibilang bagus sekalipun, saya tak akan tonton. Prefer baca spoiler saja kak. Jadi tak terlalu panas dan emosi kalo lihat langsung 😂😂.

    Apalagi film ini based on cerita benar pula. Dahlaah, memang paling betul baca sinopsisnya saja 🤭. Ditambah pula percakapan yg berulang, yg tak logic, makin buat bad mood nanti

    ReplyDelete
  2. Cerita macam ni buat orang tambah lagi moody je >.<

    Ipar memang maut. Walau macam mana sekalipun, ipar tetap bukan muhrim kita. Baik macam mana sekalipun...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.