Syarikat Produksi: Astro Shaw, Infinitus Gold, Golden Screen Cinemas
Pengedar: GSC Movies
Genre: Komedi / Seram
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2024 (Malaysia)
Trailer:
Don Arif (Zul Ariffin) merupakan bomoh yang lahir dari keturunan bomoh terkenal. Setiap generasi waris lelaki dari keturunan Don menjadi bomoh yang menyelamatkan masyarakat dari gangguan hantu kecuali ayahnya, Pak Samad (Datuk Yusof Haslam) yang lebih selesa menjual cendol.
Ketika Konvensyen Bomoh diadakan, Don Arif bersama pembantunya, Jaafar (Ropie) menyembuhkan seorang wanita yang dirasuk secara tiba-tiba. Proses penyembuhan tersebut disaksikan oleh pengunjung yang datang dan juga netizen yang menonton live di akaun media sosial Don Dukun.
Bukan saja Don Arif, seterunya, Aloysius (Douglas Lim) seorang dukun Cina juga berada di konvensyen tersebut dan mempromosikan tangkalnya dari gangguan makhluk halus. Aloysius mempunyai kebolehan ‘mata ketiga’ yang mampu melihat hantu lantas menjadikan popularitinya sama tinggi dengan Don Arif.
Tak kurang hebatnya juga Dr. Divya (Sangeeta Krishnasamy) yang menggunakan gadget berteknologi canggih yang dinamakan BADARSILA. Kerana kehebatan mereka bertiga, Maarof (Aloy Paradoks) menjemput mereka semua ke rumah Datin Azizah (Marsha Milan) untuk merawat Laila (Putri Qaseh) yang dirasuk oleh saka harimau selepas kematian ayahnya (Rashidi Ishak). Ganjaran untuk sesiapa yang dapat menyembuhkan Laila akan diberikan sebanyak RM1 juta ringgit.
Dek kerana habuan tersebut, Don Arif cuba mencuri kitab ketiga yang dijaga oleh Pak Samad supaya kuasa batin dia semakin kuat. Malangnya, kitab tersebut cuma sebuah buku kosong tanpa sebarang ilmu atau jampi. Berjaya tak Don Arif dan Jaafar selesaikan tugasan Datin Azizah, kena tengok sendiri lah dekat wayang.
Naskhah komedi seram arahan Wan Hafiz berlatarkan dunia bomoh yang bersaing menggunakan kelebihan masing-masing di mana industri mereka semakin berkurang pelanggan. Jalan cerita Don Dukun digarap secara santai dan bersahaja sesuai dengan genre komedi yang dipaparkan. Belum pernah lagi jumpa dukun influencer di media sosial tapi watak Don Arif tak lah gunakan kelebihan populariti tu sangat.
Gandingan Zul Arifin dan Ropie Cecupak mempunyai dinamik yang kuat untuk hidupkan suasana yang kelakar. Watak Don Arif tak berkaitan pun dengan watak Solihin dalam Hantu Kak Limah (2018) tapi disebabkan kemunculan watak Solihin tu I ada expectation yang Zul Ariffin akan jadi kelakar. In real life pun dia memang seorang yang kelakar. He is just naturally kelakar. Tapi nak kata dia boleh carry Don Dukun seorang diri pun tak juga, sebab watak dia memang perlukan watak Jaafar dengan Aloysius untuk kukuhkan penceritaan. Surprisingly Douglas Lim cemerlang dengan watak Aloysius yang penakut tapi diberi kelebihan mata ketiga.
Filem Don dukun banyak menggunakan khidmat visual terutamanya untuk babak seram dan beberapa babak yang mengunakan kuasa bomoh. Don Arif mungkin tak banyak lah tapi ada juga nampak aura dan kuasa dia tu. Yang paling banyak untuk babak Dr. Divya sebab senapang unik dia. Sinematografi Don Dukun juga menarik perhatian walaupun Cuma berlatarkan suasana kampung dan di rumah Datin Azizah.
Walaupun filem Don Dukun bergenre seram tapi tak seram pun semua hantu yang wujud dalam dunia bomoh ni. Kalau ada sekuel mungkin team production boleh masukkan entiti hantu yang menggerunkan sebab kelakar lah tengok ketiga-tiga bomoh takut sangat dengan saka harimau padahal tak lah menakutkan mana pun.
Ada beberapa plot yang boleh dikembangkan lagi daripada bagi screentime yang lama untuk babak klimaks sebab watak Datin Azizah boleh diagak character development dan agenda dia. Boleh kata filem ni predictable sebenarnya tapi kalaupun predictable, tak ada masalah pun sebab garapan cerita dah cantik cuma tak berapa padu lah.
Filem Don Dukun ada banyak watak wanita tapi kesemuanya tak diberikan ruang untuk menyerlah pun tapi tak boleh nak expect banyak lah dari penulis dan pengarah lelaki. Untuk layan secara santai dan healing, seronok lah ditonton dengan keluarga sebab ada mesej yang dibawa dari beberapa watak.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Mesti best cerita ni.
ReplyDeleteKutipan pun dah juta2