Movie Review | Do Patti (2024)

Friday, 8 November 2024


Director: Shashanka Chaturvedi
Writer: Kanika Dhillon
Cast: Kajol, Kriti Sanon, Shaheer Sheikh
Production Companies: Kathha Pictures, Blue Butterfly Films
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Mystery
Running Time: 127 minutes
Release Date: 25 October 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan pergelutan antara Saumya (Kriti Sanon) dan suaminya, Dhruv (Shaheer Sheikh) hingga menyebabkan mereka berdua hampir maut di gunung. Saumya buat laporan Dhruv akan membunuh dia dek kerana panas baran. 

Itu bukan kali pertama Vidya Jyothi a.k.a VJ (Kajol Devgn) menjadi saksi Saumya menjadi mangsa penderaan Dhruv kerana dia pernah terserempak dengan Saumya yang cedera di muka dan bahagian badan yang lain. Perkahwinan Saumya dan Dhruv atas dasar cinta tapi sejak kemunculan Shailee (Kriti Sanon), kembar seiras Saumya yang sering menggoda suaminya, rumah tangga mereka mula bergolak. 


Walaupun Saumya sering menidakkan perbuatan suaminya, pembantunya, Maaji (Tanvi Azmi) minta pertolongan dari VJ sebelum Saumya semakin parah atau lebih teruk lagi, tak bernyawa. 

Tahun lepas Netflix tayangkan filem Gumraah (2023) lakonan Aditya Roy Kapur dengan genre crime / mystery / thriller yang juga bertemakan jenayah si kembar. Selang tak berapa lama keluar pula filem Do Patti yang berkisarkan jenayah keganasan rumah tangga. Sama seperti Gumraah, Do Patti juga mempunyai kembar seiras tapi berbeza karakter. 


Lakonan Kriti Sanon sebagai Saumya dan Shailee bukanlah sesuatu yang baru pun sebab kedua-duanya pernah dilakonkan. Sayangnya watak Saumya tak berapa menjadi sebagai wanita yang menghidap kemurungan dan bipolar akibat trauma yang pernah dilalui ketika kecil. Dari kecil sampai besar Shailee dan Saumya bermusuh tapi tak pasti apa yang buatkan Shaille setuju untuk bantu Saumya, perubahan tu tak dipaparkan dengan bagus sampai buatkan skrip rasa half-baked. 

Lakonan Kajol sebagai pegawai polis dan peguam juga kurang menyengat. Bukan sebab lakonan dia tapi penulisan Kanika Dhillon yang tak mampu kembangkan watak dengan bagus buatkan watak VJ tampak lemah. Dari awal lagi dah tahu si kembar akan bekerjasama untuk larikan diri dari Dhruv jadi macam mana watak VJ akan buat pilihan? Sama ada untuk berpegang pada prinsip hidup atau berpegang pada keadilan. 


Babak dekat kamar mahkamah terasa lemah sangat sebab tak ada hujah yang padu untuk situasi jenayah yang dilakukan oleh pihak plaintif mahupun defendan. Macam mana watak VJ boleh jadi pegawai polis dan peguamcara dalam masa yang sama? Kalau kerja dengan kerajaan, tak boleh ada dua kerja kan? I faham Manali adalah kawasan luar bandar tapi takkan lah populasi dekat situ teruk sangat sampai peguam tak cukup orang? 

Pengarah tak patut pun suruh Kajol belajar dialek Haryana sebab nampak dia terseksa sangat nak deliver. Tak ada masalah pun buat dia pegawai polis yang kena transfer. Babak VJ pergi Haryana tu merepek sebab tak ada hasil pun. 


Filem Do Patti adalah debut platform kepada Shaheer Sheikh yang terkenal sebagai pelakon drama TV di India. Dia serlahkan sisi romantik menjadi, sisi baran pun mengerikan sampai rasa kesian dengan Saumya bila kena belasah dekat tangga rumah. Seram juga babak Dhruv dalam bathtub lepas jawab panggilan ayah dia. Sayangnya tak ada encounter antara watak Dhruv dengan VJ dalam filem sebab watak VJ adalah kunci kepada semua watak malangnya tak mendapat peluang dan ruang untuk menyerlah. 

‘There’s nothing a man can do to keep a woman happy! Make a joke and you start sulking! If plan an outing, you’re scared. And you are on medication all the time! I’m not able to live my life, you know that?’ - Dhruv


Sinematografi Mart Ratassepp memaparkan keindahan landskap gunung-ganang di kawasan peranginan di Manali. Babak paragliding kurang meyakinkan lah bila guna VFX tapi nasib baik tak banyak sangat scene dekat atas so boleh pejam mata je lah untuk kelemahan tu. 



Music album Do Patti gubahan Sachet-Parampara jalankan tugas dengan baik dengan kemunculan lagu romantik antara Dhruv dengan Shailee dan juga lagu patah hati, Raanjhan yang ceritakan penderitaan Shailee bila Dhruv memilih Saumya sebagai isteri. 

Pace penceritaan perlahan, babak tegang dalam mahkamah tak menarik, misteri pun tak berapa nak misteri makanya naskhah Do Patti terlihat membosankan. Mungkin kepada fans Kriti Sanon, watak Shailee nampak menarik untuk ditonton tapi kalau diambil kira aspek lain, Do Patti bukanlah pilihan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +,0.6 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.