Director: Jaturong Mokjok
Writers: Prueksa Amaruji, Golf Sakon Wongsinwiset, Noolek Sureechay Kaewses, M Rittikrai Kanjanawiphu
Cast: Teeradetch Metawarayut, Ranchrawee Uakoolwarawat, Nopdol Songsaeng, Chukiat Eiamsook, Katchathathep Iamsiri, Chutavuth Pattarakampol
Production Company: Vela Entertainment Co., Ltd
Distributor:
Genre: Action / Comedy
Running Time: 120 minutes
Release Date: 18 January 2024 (Thailand)
Trailer:
Filem komedi arahan Jaturong Mokjok menggunakan tema time travel di mana watak utama, Kie (Ranchrawee Uakoolwarawat), seorang gadis muda berpatah kembali ke masa silam untuk mengubah nasib keturunanya yang disumpah menjadi malang oleh penduduk kampung. Penting untuk dia ubah nasib hidup bila ayah (Jaturong Mokjok) dan ibunya sentiasa ditimpa malang, sama juga seperti dia yang sentiasa bernasib malang sejak lahir.
Moyang datuknya bernama Khung (Teeradetch Metawarayut) merupakan ketua mafia yang digeruni di kawasan tersebut kerana dia adalah lagenda yang membunuh mangsa dengan hanya sebilah gunting. Kie dapat peluang untuk mengubah masa silam apabila masuk ke dalam badan Tai (Chutavuth Pattarakampol), kawan baik kepada Khung tapi mati dibunuh oleh pembunuh upahan yang diupah oleh pihak lawan.
Kerana Kie, Tai hidup semula ketika upacara berkabung. Berita tersebut sampai ke pihak musuh apabila rancangan mereka gagal. Kie mula kenal karakter Khung yang sebenar rupanya jauh berbeza dengan cerita yang dia dengar dari tok sami. Moyang dia lebih gemar menjahit daripada jalankan perniagaan haram dan hidup sebagai mafia.
Moyang neneknya, Miss Ji Jung (Ranchrawee Uakoolwarawat), juga merupakan ketua mafia di kawasan lain dan merupakan pihak lawan kepada Khung. Mereka sering bergaduh tapi makin lama Khung mula tertarik dengan Ji Jung. Tanpa mereka sedar ada musuh dalam selimut antara mereka dan mengambil upah dari pegawai British bernama Captain John.
Komedi yang digunakan dalam filem Chinatown ChaCha adalah slapstick comedy di mana pengarah sengaja exaggerate hampir kesemua babak dalam filem ni macam babak ayah Kie ditikam oleh ah long dan kedai juga rumah meletup gara-gara sebatang rokok terjatuh dalam kotak mercun. Kalau ikutkan ibu dia dah meninggal ataupun terbakar tapi dia cuma melecur sikit di bahagian muka dan kaki.
Ada juga komedi yang miang bila Khung dengan Tai pergi ke rumah pelacur tapi Tai lari sebab Tai adalah Kie. Sama juga dengan Khung yang tanpa segan sentuh private parts watak perempuan. Komedi yang berulang macam Lao yang terlanggar tiang sampai dua kali sebab nak buat kelakar ataupun komedi yang ketawakan kekurangan orang pun bersepah.
Jalan cerita Chinatown ChaCha tak lah teruk sangat cuma predictable lah siapa pembelot antara kumpulan Khung dan Ji Jung tapi sebab try hard sangat nak buat kelakar sampai tak bagi perhatian sangat pada perkembangan plot. Ada beberapa watak yang ada potensi untuk dikembangkan lagi macam watak Ji Jung dengan kisah cinta Kie dan Dr. Porames (Bank Artit Tangwiboonpanit).
Lakonan Ranchrawee Uakoolwarawat dan Chutavuth Pattarakampol menjadi betul bila mereka berdua kena sync with each other. Tai yang dirasuk roh Kie lebih lembut dan banyak membebel, walaupun kita tak kenal karakter Tai sebelum dia mati tapi boleh nampak orang sekeliling pelik dengan Tai yang hidup semula.
Ada babak Tai guna fighting skills dia tapi tak banyak pun, dekat situ Kie boleh guna kelebihan badan Tai tapi penulis lebih suka bergantung pada takdir semata sampaikan tujuan Kie balik ke zaman silam tampak dangkal. Bila tengok sampai habis, tak nampak pun perubahan yang Kie buat selain bagi semangat pada Khung untuk berubah padahal jiwa Khung memang ke arah tu pun. Perubahan dia cuma bagi confirmation yang Kie memang kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan Khung.
Anyway, sinematografi filem Chinatown ChaCha menarik juga lah bila berlatarkan zaman penjajahan British dengan setup era penjajahan, beberapa bangunan dan latar tempat yang mengikut senibina pada zaman tersebut dan juga kostum pakaian. Suka tengok wardrobe Ji Jung yang terpengaruh dengan budaya masyarakat China.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.