Director: Hansal Mehta
Writers: Aseem Arrora, Raghav Raj Kakker, Kashyap Kapoor
Cast: Kareena Kapoor Khan, Keith Allen, Ranveer Brar
Production Companies: Balaji Motion Pictures, Mahana Films
Distributors: Pen Marudhar Entertainment, Netflix
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 107 minutes
Release Date: 14 October 2023 (London), 13 September 2024 (India)
Trailer:
Selepas kehilangan anak lelakinya, Detektif Jasmeet Bhamra a.k.a Jass (Kareena Kapoor Khan) berpindah ke Buckinghamshire, United Kingdom untuk jawatan yang lebih rendah dari sebelumnya. Dia tak kisah dengan jawatan dan kawasan baru asalkan dia dapat sibukkan diri supaya dapat hilangkan rindu pada anaknya yang dibunuh oleh penagih dadah.
Sebaik saja sampai ke sana, dia diarahkan oleh Miller (Keith Allen) untuk bantu siasatan kehilangan Ishpreet (Sartaaj Kakkar) yang terakhir kali berada di kawasan taman. Selepas pencarian dilakukan seharian di kawasan tersebut, DI Hardik Patel (Ash Tandon) laporkan mayat Ishpreet dijumpai dalam sebuah kereta. Dari laporan DNA, badan Ishpreet dipenuhi dengan cap jari Saquib Chaudhary (Kapil Redekar), remaja lelaki yang ketagih dengan dadah.
Bukan hanya Saquib seorang yang melakukan jenayah tersebut kerana Naved juga ada bersama di tempat dan pada waktu kejadian. Naved (Rahul Sidhu) buat pengakuan Saquib bunuh Ishpreet secara sengaja dan tinggalkan di dalam kereta. Jass berasa ragu-ragu dengan pengakuan tersebut kerana keadaan mayat Ishpreet yang dijumpai di dalam kereta tak masuk akal sebab kunci kereta Saquib hilang masa tu. Bila Jass bincang dengan Patel dan Miller tentang perkara tersebut, keadaan berubah tegang lalu Jass dibuang dari siasatan kes.
Naskhah jenayah thriller yang mendapat tayangan secara perdana di BFI London Film Festival berlatarkan riot yang berlaku antara British Hindu dan British Muslim di Leicester, London. Sama seperti latarnya, penulis Aseem Arora mewujudkan lagi ketegangan dengan perbalahan antara dua keluarga yang berbeza agama di kawasan tersebut.
Walaupun mempunyai perbezaan yang ketara, satu persamaan yang juga sengaja diserlahkan oleh penulis ialah kedua-dua komuniti mempunyai masalah ketagihan dadah. Dari usia awal lagi anak-anak mereka terdedah dan terjebak dengan dadah. Dalam siasatan Jass, dia nampak pakcik Ishpreet pernah menjadi tokan dadah sementara suspek pembunuhan juga terkenal dengan masalah ketagihan. Anak Jass sendiri dibunuh oleh tahi dadah.
Dari tajuk filem The Buckingham Murders pun kita dah sedia maklum dengan nasib Ishpreet bila keluarga dia laporkan pada pihak polis tapi perjalanan cerita bukanlah fokus pada mangsa tapi Detektif Jass yang terpaksa bergelut dengan kerjaya dan emosi kehilangan anaknya. Diskriminasi Patel terhadap Jass kerana dia seorang perempuan dan juga orang luar. I wish Hansal Mehta tambah lebih banyak lagi memori Jass dengan anak dia supaya emosi melankolik yang dia paparkan tu lebih kuat. Babak dia jerit dekat belakang rumah tu terasa dipaksa.
Walaupun Kareena Kapoor Khan bagus dengan watak Detektif Jass tapi sebagai produser, filem arahan Hansal Mehta ada banyak kekurangan dari segi jalan cerita yang longgar. Idea dan perkembangan watak tak ada masalah tapi cara setiap watak selesaikan masalah agak extreme. Kalau filem ni berlatarkan India mungkin I faham kenapa direction dia macam tu tapi sebab berlatarkan masyarakat British, I rasa ada beberapa babak yang tak perlu.
Lakonan Ranveer Brar sebagai Daljeet dan Prabhleen sebagai Preeti juga mengukuhkan lagi plot utama misteri pembunuhan sebab personaliti dan karakter mereka yang membentuk perjalanan Detektif Jass.
Sinematografi dan visual dari Emma Dalesman bekerjasama dengan landskap taman yang sunyi dan lengang untuk mewujudkan suasana misteri yang diperlukan pada filem The Buckingham Murders. Beberapa babak dan transisi menguatkan lagi emosi pada watak yang berkabung dengan kehilangan dan kesedihan.
Kalau diikutkan filem The Buckingham Murders ialah sebuah kisah dan idea yang bagus untuk diketengahkan sebab kesan dan natijah pengaruh dadah dalam sesebuah masyarakat tapi olahan pengarah tampak canggung. Mungkin sebab latar budaya yang berbeza buatkan production team tak mampu nak berkarya lebih. Vibe dia sama macam filem The Girl on the Train (2021), dia boleh pergi jauh tapi stuck.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 7.3/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.