Konsert Akhir The Chosen One Musim 2 | Kiki Fateha Juara ‘The Chosen One 2024’

Monday, 11 November 2024

Melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas, program ‘The Chosen One 2024’ menobatkan Kiki Fateha sebagai juara musim keduanya. Menarik perhatian para juri tetap dan juri jemputan dengan kedua-dua persembahannya, Kiki mengungguli semua peserta dengan suara lunaknya bersama coach, Aepul Roza. Tempat kedua dimenangi oleh Akhil Mikail, tempat ketiga dimenangi oleh Atikah Rose dan tempat keempat dimiliki oleh Azry Sabri. 

Peserta Akhil Mikail turut dipilih sebagai pemenang Anugerah ‘Persembahan Terbaik’. Manakala Aepul Roza mendapat Anugerah ‘Coach Terbaik’ menyusuli kemenangan Kiki Fateha sebagai juara pada kali ini. Konsert Akhir ‘The Chosen One 2024’ juga menyaksikan penyanyi popular seperti Ziana Zain dan Ajai sebagai juri jemputan. Saksikan episod-episod ‘The Chosen One 2024’ menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

SENARAI LAGU

INFO ‘THE CHOSEN ONE 2024’

• ‘The Chosen One 2024’, program nyanyian realiti kegemaran ramai kembali, telah disiarkan bermula 20 September, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).

• 16 peserta ‘The Chosen One 2024’ terdiri daripada kanak-kanak berusia 11 tahun – 17 tahun dari seluruh Malaysia.

• Empat Finalis telah dipilih untuk berentap di ‘Konsert Akhir The Chosen One 2024’, iaitu:

a. Akhil Mikhail (11 tahun, Johor)

b. Kiki Fateeha (13 tahun, Sabah)

c. Azry Sabri (15 tahun, Sabah)

d. Atikah Rose (17 tahun, Sabah)

• Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

• Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

• Sepanjang ‘The Chosen One 2024’, barisan juri jemputan yang terlibat terdiri dari Misha Omar, Datuk Jalaluddin Hassan, Nabil Ahmad, Datuk Rosyam Nor, Ajai dan Harith Iskander.

• Setiap persembahan diadili berdasarkan teknik vokal (50%), kreativiti & feel (30%), serta watak dan pembawaan persembahan mereka (20%).

Atikah Rose - Emas (Nadeera Zaini)

Akhil Mikhail - Ku Akui (Hafiz Suip)

Azry Sabri - I Want You To Love Me (Alif Satar)


Akhil Mikhail ft Tomok - Hi Hi Bye Bye (Ezlynn), Bye Bye Bye (NSYNC)

Kiki Fateha ft Aepul Roza - Butter (BTS) & Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah)

Atikah Rose ft Adira - Sabri Aleel (Sherine), Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet & Sona One)

Azry Sabri ft Firdaus Rahmat - San Sanana (Asoka), Janji Kita (Spin) & Farhana (Jinbara)


• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One’ musim kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM 30,000 beserta trofi sumbangan Astro dan sebuah lagu terbitan Rocketfuel Entertainment. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000, RM 10,000 dan RM 5,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro. Manakala peserta yang memenangi Anugerah ‘Persembahan Terbaik’ pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 yang dinilai 30% undian dari penonton di rumah dan 70% dari pihak juri.

• Pemenang ‘Coach Terbaik’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.

• Penganjuran edisi kedua ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, ERA sebagai Rakan Radio Rasmi, serta Pa&Ma, Keluarga dan Bintang Kecil sebagai Rakan Media.

• Pemenang ‘The Chosen One 2024’ akan mengikuti jejak langkah Juara musim lalu, Amir Sisi yang telah mempunyai lagu ‘Ayah Ibu’ dan ‘Bumi Indah’ dan terlibat dalam program TV antaranya ‘Rioh Rimba’, ‘On The Way’ dan ‘All Stars Gegar Vaganza’.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.