Pagi Jumaat tiba-tiba dapat call dari Kak Nurul ajak join food tasting sebab ada yang tak dapat datang. Kalau ikutkan malas nak pergi tapi sebab nak tahu tempat dekat mana supaya tak sesat masa Annual Dinner nanti, I pergi je lah.
Awalnya nak gerak asing sebab takut nanti ada meeting untuk committee lepas food tasting tapi bila terkenang nak hadap traffic jam dekat Damansara, baik tumpang orang je lah. Pergi dan balik I dengan En. Fendy tumpang Syu. Kebetulan masa tu hujan so ada lah alasan nak tumpang kereta orang selain dari alasan malas nak drive.
Lebat juga hujan masa petang Jumaat tu sampai Waze bagi jalan lain, naik ke DASH lepastu turun dekat Mutiara Damansara tapi syu terlepas exit pastu masuk Manjalara. Nasib baik lah tak jauh nak u-turn, kalau tak dah pergi berjalan-jalan dekat KL. Nak masuk parking pun berpusing-pusing sebab terlepas simpang. Patutnya sampai awal tapi sebab salah masuk jalan, makin bertambah-tambah ETA dekat Waze tu.
En. Fendy: Ana, u tak ingat ke Glamhall ni dekat mana?
Me: Tak pun, mana pernah buat event dekat situ.
En. Fendy: Apa pulak tak pernah. Kan CTDK buat open house dekat sini.
Me: Ye ke? Tempat yang sama ke? Tapi kan masa tu En. Fendy yang drive
En. Fendy: Kot ye pun I yang drive takkan u tak cam jalan ni
Me: Pergi sekali je, itupun 2 tahun lepas, mana nak ingat T.T
Bila dah sampai dekat entrance masuk NEO Damansara tu baru ingat jalan yang En. Fendy cakap tu. Naik tingkat atas, bukak je pintu lif dah nampak Kak Nurul silang kaki dekat sofa sebab kitorang lambat hshshs
Walaupun kitorang lambat, ada yang lagi lambat sebab sesat dekat parking. Kak Ida paling lambat sekali sebab tersalah park dekat Tower 1. Ni kalau tak join food tasting, masa hari kejadian confirm meroyan sebab sesat sana sini.
Bila semua dah sampai, Pn. Siti jemput semua naik ke Tingkat 7 sebab hall untuk food tasting dan discussion dekat tingkat atas.
Untuk food tasting session ni ada 6 menu dihidangkan untuk semua buat pilihan menu yang mana akan masuk dalam list Annual Dinner nanti. Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Sambal Sotong, Daging Masak Minang, Daging Masak Hitam dengan Pajeri Nenas. Papadom dengan buah-buahan akan ada masa Annual Dinner nanti so tak payah pilih.
Menu yang Glamhall Damansara offer ni menu kenduri kahwin so I tak lah favor sangat pun. I datang sebab nak tengok tempat je bukannya beria sangat nak participate dalam food tasting. Masa Annual Dinner nanti entah makan entah tidak sebab semua menu heavy. Heavy means berempah, berminyak bagai.
Nak request Udang Nestum tapi tu menu tambahan so kena tambah duit lah. Patutnya ada pilihan sama ada sambal sotong ataupun filet ikan dory tapi untuk pakej yang RRM ambil, tak ada pilihan filet ikan tu. Kesimpulannya, sambal sotong masin, ayam masak merah bosan, daging masak hitam berempah sangat. Pajeri nenas pun tak best sebab tu bukan pajeri nenas orang utagha.
Muka orang tak rela datang |
Air pun boleh pilih sama ada nak air sirap selasih ataupun air lemon asam boi. Semua orang setuju nak air lemon asam boi kecuali En. Fendy yang pilih air sirap. Nasib baik lah teh tarik dia sedap so masa Annual Dinner nanti boleh bawak tumbler spare untuk isi teh tarik dia.
Dessert dia sedih sebab puding tu keras tapi dah suruh dia adjust bagi lembut sikit untuk Annual Dinner nanti.
Selesai dengan food tasting, Pn siti tu brief sikit pasal placement untuk Annual Dinner nanti. Ikut plan asal satu meja ada 10 kerusi tapi sebab total untuk yang hadir ke majlis tu nanti dalam 100 orang je so pihak Glamhall buang 2 kerusi pada setiap meja. Tak crowded sangat untuk satu meja tu nanti. Belah belakang dewan pun tak nampak kosong. Just nice lah bila ambil gambar.
Habis briefing Pn. Siti ajak pergi ke Tingkat 6 balik untuk tengok actual hall tapi masa ni ada preparation untuk majlis lain. Cantik ye majlis aqiqah anak perempuan dia, dari entrance dah penuh dengan bunga pink.
Interior dekat dalam hall ni dah cantik dah, tak perlu beria nak hias pun. Annual Dinner kali ni tak buat gah jemput client pun sebab nak meraikan staff je. Performance pun nanti dari staff dengan anak-anak je. Bab entrance dengan photobooth je lah nak fikir nak letak dekat mana nanti.
Everyone else: Okay la hall ni, nice nice
Me: Photobooth letak mana?
Datuk: Meh sini I tunjuk
Me: Eh takpe Datuk, takpe takpe
Datuk: Meh sini ikut saya
Menyesal tanya T.T
Ini lah ruang nak letak photobooth tu, luas kan? Dinding dia dah cantik tapi nanti kena tutup sebab tak masuk dengan tema. Lagipun photobooth akan ada photowall juga so I guess photographer akan tutup dengan backdrop putih atau kain batik.
Dah settle tengok tempat apa semua, discuss itu ini sikit lepastu bersurai.
Bila dah berhenti hujan masa balik ke office tu boleh lah tengok view hutan yang ada kabus sepanjang DASH. Thank you Syu jadi driver kitorang :P
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.