DON DUKUN RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN

Friday, 1 November 2024

DON DUKUN RAIH KUTIPAN RM1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN | Barisan Don Dukun ‘Healing’ Dengan Peminat Hingga Kecut Perut, Pecah Perut Hujung Minggu Ini

Filem komedi seram Don Dukun, yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM1 juta pada hari pertama tayangannya termasuk tayangan awal! 

Menerima sokongan yang amat memberangsangkan, Don Dukun bukan sahaja menghiburkan dengan jalan ceritanya yang unik, malah menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air dalam watak-watak yang berbeza dan mencuri hati.

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Sambutan memberangsangkan Don Dukun sehingga berjaya meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama termasuk tayangan awal ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Kami amat berterima kasih kepada para penonton yang telah memberi sokongan penuh kepada Don Dukun. Ia menjadi inspirasi kepada kami untuk terus mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.

Hari ini barisan pelakon membuat kemunculan istimewa di pawagam-pawagam di Kedah. Suasana meriah diserbu peminat. Insyaallah, pihak kami dan para pelakon akan temui peminat di Pulau Penang dan Kedah pada hujung minggu ini. Kami mengharapkan dapat menemui lebih ramai peminat dan penonton di sana.”

Bagi peminat dan penonton yang ingin bertemu dengan para pelakon Don Dukun, boleh temui mereka di pawagam-pawagam terpilih pada 1 November di Kedah (GSC AMAN CENTRAL dan GSC AMAN JAYA Sg Petani), pada 2 November di Pulau Penang (TGV Bukit Mertajam, GSC Sunway Carnival, GSC Queensbay Mall), pada 3 November di Perak (MMCineplexes Krian Sentral, GSC Aeon Falim Ipoh, GSC Ipoh Parade).

Don Dukun diarahkan oleh Waan Hafiz dan membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.