DON DUKUN CIPTA KEJAYAAN RAIH KUTIPAN RM2.1 JUTA UNTUK TIGA HARI

Monday, 4 November 2024

DON DUKUN CIPTA KEJAYAAN RAIH KUTIPAN RM2.1 JUTA UNTUK TIGA HARI | Don Dukun Buktikan Filem Komedi Seram Masih Menjadi Pilihan Penonton Malaysia!

Filem komedi seram yang mengajak penonton seisi keluarga ‘healing’ di pawagam, Don Dukun, berjaya mencatat kutipan sebanyak RM2.1 juta hanya dalam tempoh tiga hari tayangan. Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC ini telah memukau peminat dengan gabungan elemen seram dan komedi yang menghiburkan hasil arahan Waan Hafiz.


Barisan pelakon Don Dukun telah hadir ke siri jelajah filem di Kedah dan Pulau Penang pada hari Jumaat dan Sabtu lalu bagi bertemu dengan penonton dan peminat. Sepanjang dua hari tersebut menyaksikan sambutan meriah dengan dihadiri penonton dari pelbagai latar usia. Manakala untuk hari ini, para pelakon akan menjelajah ke pawagam-pawagam di negeri Perak. 

Penerbit Eksekutif Don Dukun merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Kami sangat gembira dengan sambutan baik daripada penonton untuk filem Don Dukun. Terima kasih penonton Malaysia! Kejayaan ini juga adalah tanda positif bahawa filem komedi seram masih mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Kami sarankan kepada penonton di luar sana untuk menyaksikan filem ini bersama seisi keluarga dan bergelak ketawa kecut perut hingga pecah perut.”


Don Dukun membariskan pelakon Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Datuk Yusof Haslam, Putri Qaseh serta penampilan istimewa Sharifah Aryana, Serra Kamal, Sharifah Husna, Rashidi Ishak, Aloy Paradok, Zarina Anjolie, Elly Arifin dan Lousia Chong. 

Filem ini mengisahkan Don Arif, seorang 'dukun Instafamous' yang bercita-cita menjadi sehebat keturunannya, walaupun terpaksa menggunakan pelbagai gimik dan tipu daya untuk memikat pengikutnya di media sosial. Namun, impiannya dihalang oleh bapanya sendiri, seorang dukun terhormat, yang enggan mengajarnya ilmu keramat warisan keluarga. Keadaan berubah apabila seorang janda kaya muncul dengan tawaran lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang diselubungi gangguan kuasa gelap. Don Arif mendapati dirinya terjebak dalam persaingan sengit dengan bomoh-bomoh lain yang juga memburu habuan tersebut. 


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Don Dukun yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia! Gunakan #DonDukun #KecutPerutPecahPerut di media sosial untuk berkongsi pendapat dan respon tentang filem ini. 

2 comments

  1. Penangan ZA jadi dukun. Kita pun pi tengok semata nak tengok ZA. ZA jadik apapun mesti nak pegi tengok, heheh.

    ReplyDelete
  2. Nampak lucu sepertinya , baca sinopsis movie pun dah menarik 👍👍. Harap haraaaaap sangaaaat Netflix akan masukkan movie ini setelah lepas dari pawagam

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.