Coaster Batik, Seni Kita

Thursday, 14 November 2024

Bulan lepas pergi event Deepavali dekat KLCC, dekat sana ada banyak booth yang jual pakaian dengan decorative items. I ternampak booth Seni Kita jual coaster batik. Dah lama cari coaster ni tapi tak berkesempatan nak pergi ke Pasar Seni. Tak sangka ada rezeki beli dekat KLCC. 



Coaster yang dijual berbeza design, saiz dan harga. Tak semua berbentuk bulat sebab ada coaster yang ada corak semi oval sebagai border coaster. I cari coaster berwarna ungu untuk match warna dekat work station dan jumpa. 


Jadi lama masa tu sebab cari coaster untuk adik I, sebab dia suka warna hijau tapi warna hijau ada tulisan sayang Malaysia pulak padahal warna lain elok je kosong. Bukan tak sayang Malaysia tapi kosong lagi cantik lah. Dah letak mug atau cup dekat atas coaster tu bukannya nampak pun kiat sayang siapa. 

Sudahnya I ambil design lain dengan warna lain. Adik I suka tak? Mestilah hambar je reaction dia but I did my best though sebab kang kalau tak beli dia merajuk pulak. Dia tak lah tak cantik tapi bukan warna yang dia suka. Masa berurusan dengan seller Seni Kita ni agak kelam kabut lah sebab I sibuk mencari warna hijau and both of them pun cuba cari tapi malas nak lama dekat situ so I ended up beli apa yang ada je. 

Masa beli tu tak perasan seller tu Hafidz Roshdi dengan wife dia, no wonder lah muka seller macam familiar. 

Pergi office esoknya terus bawa pergi sana sebab nak guna. Bila letak dekat work station memang ada vibe lah sebab sama dengan warna mug, keyboard dan planner. Rasanya tahun depan boleh cari pen yang warna purple dan hitam je la kot supaya match the aesthetic. atau mungkin kita patut resign je untuk ubah aesthetic yang lain?

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.