Cari Birthday Cake Adi di Fantaxy Bakery, SS15

Saturday, 9 November 2024


Lepas makan tengahari di Nasi Lemak Burung Hantu, kitorang pergi ke unit kedai yang terletak berhadapan dengan restoran famous tu. Yun ajak pergi Kedai Kek Fantaxy Bakery ni sebab dia tengok rating dekat Google tinggi. Plus, she's craving for mini rolls. Kitorang aim nak beli kek yang kecil je sebab nak celebrate within corporate department je. Kalau department lain kebetulan datang, rezeki terpijak lah. 



Masa pergi ni tak banyak pun kek dia tapi yang ada tu pun menarik perhatian juga lah sebab cantik. 


Selain kek ada juga roti dengan cookies dekat sini. Cookies biasa tau bukan soft cookies. 


Kitorang pilih Caramel Brownies Cake untuk Adi lepastu request staff tulis happy birthday dekat kek tu. Jangan tanya kejadiannya sebab I lupa ambik gambar. Gambar Adi terharu je lah bersepah sebab dia tak tahu pun pasal plan kitorang.


Masa bergerak ke kereta tu ternampak pulak laluan pejalan kaki ni, cantik macam dekat dalam pinterest so I suruh Ain berdiri supaya tak nampak kosong sangat. Balik office terus celebrate birthday Adi sebab dia dah nak balik rumah masa tu. Sebab tu tak nak celebrate satu RRM sebab takut nanti drag masa dia. Masa kitorang celebrate ni pun dia tengah busy siapkan kerja sebelum balik.




Lepas dah bergambar baru perasan syu pegang pisau hala dekat Adi. Dah serupa orang terpaksa ambil gambar kena kepit kiri kanan. Anyway, happy birthday Adi! 

p/s: I tak tahu rasa kek tu macam mana sebab dia bawak balik makan kat rumah T.T

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.