‘Astro’s Big Thank You’ Tanda Penghargaan Istimewa Kepada Semua Pelanggan

Friday, 29 November 2024

‘Astro’s Big Thank You’ Tanda Penghargaan Istimewa Kepada Semua Pelanggan | Sehingga 17 Saluran Tambahan, Naik Taraf Astro Box dan Tonton Astro First Percuma

Astro, peneraju destinasi hiburan di Malaysia kini teruja untuk melancarkan kempen ‘Astro’s Big Thank You’, sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan. Kempen ini menawarkan lebih dari sekadar hiburan, dengan menyediakan sehingga 17 saluran tambahan menarik, percuma naik taraf Ultra dan Ulti box, dan juga penebusan filem Astro First secara percuma – bagi memberikan yang teristimewa buat setiap isi rumah pelanggan Astro.

Hadiah menarik ini termasuklah sehingga 17 saluran tambahan yang merangkumi filem, drama, berita, hiburan dan kandungan kanak-kanak; kepada naik taraf Ultra dan Ulti box untuk pengalaman penstriman yang lebih baik; dan penebusan filem pecah panggung blokbuster Astro First untuk tontonan terus di rumah anda. Kesemua pelanggan boleh menikmati hadiah menarik ini secara percuma tanpa sebarang penambahan kos. Untuk menyemak kelayakkan tawaran ‘Astro’s Big Thank You’, anda hanya perlu muat turun dan log masuk ke’ My Astro App’.

Tai Kam Leong, Ketua Jualan & Pemasaran, Astro, berkata, “Di Astro, para pelanggan adalah nadi penggerak untuk apa jua yang kami lakukan. Menerusi ‘Astro Big Thank You’, kempen ganjaran terbesar kami, kami teruja untuk menzahirkan penghargaan kami dengan ganjaran khas dan tersendiri, untuk meningkatkan pengalaman hiburan mereka. Kami meraikan semua pelanggan kami dengan menjemput anda untuk meneroka setiap dari apa yang kami berikan. Ini adalah cara kami berterima kasih atas setiap sokongan dan kesetiaan para pelanggan kami yang memilih Astro sebagai hab hiburan mereka.”

Istimewa Cuti Sekolah Astro: Home of Kids (Saluran 100)

Untuk menjadikan cuti sekolah lebih Istimewa, kesemua pelanggan akan menikmati saluran tambahan, ‘Home of Kids’ (Saluran 100), bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2024. Menyajikan kandungan terpilih dari Astro Ceria, Nickelodeon, Nick Jr., Moonbug and DreamWorks, ia menawakarkan kandungan menghiburkan tanpa henti untuk semua penonton cilik. Saluran ini juga seiring dengan program Home of Kids yang bakal berlangsung pada 26 sehingga 29 Disember 2024 bertempat di IOI Convention Centre, Putrajaya semasa cuti sekolah.

Melalui semua inisiatif ini, Astro menzahirkan tanda penghargaan kepada semua pelanggan dengan memberikan komitmen dalam menyampaikan hiburan premium, mudah di akses untuk seluruh Malaysia.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama dengan Pek Primary dengan hanya RM149.99/Sebulan (RRP: RM239.99) untuk 24 bulan. Nikmati hiburan terbaik, semua dalam satu tempat! Untuk info lanjut, log masuk di My Astro app, layari astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838.


*Semua harga tertera dalam siaran ini termasuk cukai. Terma dan syarat tertakluk kepada setiap kempen/tawaran.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.