Astro Kembali Dengan ‘INNOVATHON’ Musim 2, Tawar Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan Dengan Nilai Terkumpul Sehingga RM1,000,000 Untuk Inovasi Paling Kreatif’ | Musim 2 Tampil Dengan Idea Lebih Inovatif Dan Kreatif, Buka Pentas Inovator Pamer Bakat Pemikir’
Astro sekali lagi bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), melancarkan program ‘INNOVATHON’ Musim 2, sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa. ‘INNOVATHON’ Musim 2 bakal bermula pada 30 November 2024, Sabtu, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 1 Disember 2024, Ahad. Dan INNOVATHON Musim 2 juga bakal bersiaran Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).
Lebih Istimewa, program ‘INNOVATHON’ pada musim ini turut membabit kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga peringkat Universiti. Program ini juga turut menarik perhatian Asia School Of Business (ASB) untuk menjadi rakan strategik bagi musim kali ini. Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat, dan bakal bersaing di pentas ‘INNOVATHON’ dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod. Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia. Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir, dan mereka akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.
Astro teruja dapat menjalankan peranannya dalam menyediakan platform buat kesemua pemikir berbakat ini. Sebagai sebuah platform yang besar, ‘INNOVATHON’ memberikan ruang dan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini untuk membentangkan inovasi kreatif mereka, dan juga dalam masa yang sama membantu menyokong inisiatif Kerajaan dalam mengkomersilkan lagi bidang Sains dan Teknologi.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata Musim pertama program ‘INNOVATHON’ telah menarik ramai pemikir inovatif dari segenap lapisan umur, oleh itu untuk musim kali ini, selain dari bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian MOSTI, kita kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi bagi meraikan dan menggalakkan golongan pemikir inovatif dari kalangan pelajar sekolah dan juga universiti. Ini sebagai menyahut inisiatif Kementerian-Kementerian dalam usaha mempopularkan budaya sains dan teknologi terutama dalam golongan generasi muda, memberi peluang kepada para pemikir kreatif ini menggunakan pentas ‘INNOVATHON’ untuk melontarkan idea kreatif mereka.”
Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi bin Ramli, berkata “INNOVATHON mampu merangsang perubahan berterusan, memperkasa kreativiti masyarakat dan membuktikan inovasi subur dalam kalangan rakyat Malaysia”.
Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Content Asia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, ‘INNOVATHON’ musim 1 telah membuktikan bahawa program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.