Bagi menambahkan keterujaan peminat terhadap Kahar: Kapla High Council, Amir Ahnaf muncul sebagai penyanyi lagu tema filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini.
Video lirik lagu yang berjudul ‘KUDETA’ itu, dilancarkan hari ini di semua platform penstriman digital serta media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Lebih menarik, lagu tema ini dinyanyikan bersama bekas vokalis Sekumpulan Orang Gila, Riko Agus dan band Eleven Tonight.
Lagu berentak ‘post hardcore’ ini dihasilkan oleh Izmal Che Ahmad dan Eleven Tonight dan lirik oleh Zoul Zaaba, Izzy Farhanah. Lirik lagu ini menterjemahkan naratif filem dengan berkisarkan tentang transisi dan bangkit daripada penderitaan kepada kemenangan serta membawakan mesej keganasan bukan jalan penyelesaian.
Kahar : Kapla High Council adalah filem prekuel kepada siri fenomena, Project : High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar. Turut membintangi filem ini adalah pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Fadhli Masoot, Thompson Goh, Khenobu, Husyairi Hussain, Hasnul Rahmat, serta penampilan istimewa Naim Daniel, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Sathisvaran Magesvaaran, Yusof Hashim (Ucop) dan Ameer Asyraf.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital. Dalam pada itu, penonton dan peminat sudah mula boleh membeli tiket awal filem Kahar : Kapla High Council sekarang yang akan ditayangkan 28 November depan.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.